Kes Susu Tiruan | Isu Susu Dutch Lady Curious Tiruan atau Tercemar Yang Viral Di Media Sosial

Bismillah. Cikros di sini.

Makin menjadi pulak kes susu fake kat Malaysia ni. Tak lama dulu kes susu Enfagrow yang disahkan tiruan oleh pengeluar.

Kali ni isu susu Dutch Lady pulak. Bahaya betul susu baby pun ada yang buat fake untuk kaut untung. Industri susu baby kan mecatatkan keuntungan yang besar.

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Anak aku, Izzah dulu membesar dengan susu keluaran MeadJohnson tu dari susu Enfalac, Enfagrow dan Enfakid. Masa tu memang Izzah tak suka makan sebab susu tu dah kenyang. Sampai perut pun muncit minum susu banyak. Mudah kena penyakit pulak tu. Huhu!

Masa Irfan pulak susu aku dropped masa masuk kerja so diselang-seli susu EBM dengan susu Dutch Lady dalam 2 pek. Lepas tu aku bagi susu kambing Suffy Goat. Habis dalam 6 pek macam tu lah. Bila aku resigned Irfan direct feeding susu badan dan stop terus susu formula.

Time Dina ni memang fully breastfeeding so alhamdulillah. Tak terkesan dengan isu susu tiruan atau susu bayi tercemar ni. Tapi still aku follow isu susu Dutch Lady Curious ni. Kesian ramai baby yang sakit mungkin akibat minum susu Dutch Lady tu.

Isu Susu Dutch Lady Curious Pek Promo 3 Pek

Isu susu Dutch Lady tu bermula dari post yang dibuat encik Reza dengan berkongsi apa yang dialami anak dia sejak Januari 2018.

Anak dia memang sudah lama minum susu Dutch Lady sejak umur 1 bulan lagi minum susu Dutch Baby, Dutch Baby Susulan diikuti dengan susu Dutch Lady Curious 1-2 pek biasa bukan pek promo.

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

So ini bukan isu baby tak sesuai dengan susu Dutch Lady tu.  Isunya bermula sejak baby minum susu Dutch Lady Curious 1-2 PEK PROMO (3 pek) perisa BIASA. Ini flow nya:

  1. Pek susu pertama ruam (rash) timbul. Kami ingat allergic pampers. (Pack pertama dibuka sekitar dalam bulan Januari 2018)
  2. Pek susu dua start ada batuk-batuk sikit. Cirit birit.. (Pack kedua dibuka sekitar pertengahan bulan Januari 2018)
  3. Pek susu ketiga batuk teruk, demam, lemah, tak selera makan..suhu badan anak meningkat 39Celcius, batuk semakin teruk selepas minum susu. (Pack ketiga dibuka sekitar penhujung bulan Januari 2018 dan pack ketiga yang kami masih simpan sample baki susu tersebut)

Satu Demi Satu Kes Susu Dutch Lady Timbul

Selepas tular isu susu Dutch Lady Curious pek promo tu, satu demi satu parents yang anak alami masalah selepas minum susu Dutch Lady post isu yang sama di FB.

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Aku rasa parents yang terlibat perlu ambil langkah HENTIKAN pemberian susu Dutch Lady jika anak mengalami simptom seperti:

  • Ruam merah di bahagian leher dan kelangkang.
  • Gatal-gatal / gegata
  • Batuk yang teruk / masalah pernafasan / nafas berbunyi
  • Cirit birit
  • Muntah
  • Demam Panas yang on / off

Tak kan nak tunggu keluar official statement baru nak henti bagi anak minum susu tu. Anak sendiri kan?

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Kali ini bukan sahaja sebab minum susu Dutch Lady Curious pek promo tu… tapi susu Dutch Baby pulak.

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

JIKA ANAK MINUM SUSU DUTCH LADY TIADA MASALAH BOLEH TERUSKAN SAHAJA.

Tak payah lah nak kondem macam-macam kat anak orang yang alami masalah. Bersyukurlah anak sihat dan tak jadi apa-apa. Jangan lepas ludah jilat balik air liur tu pulak. U know what I mean, huh?

Apa Perlu Dibuat Jika Simptom Semakin Teruk?

  1. Segera bawa anak ke HOSPITAL untuk rawatan pakar.
  2. Buat laporan di Jabatan Kesihatan Daerah dan BAWA SAMPEL SUSU tersebut.
  3. BERHENTI terus dari memberi anak susu tersebut. Gantikan sementara dengan susu lain dan PANTAU keadaan anak samada ada perubahan positif atau sebaliknya.
  4. HUBUNGI pihak Dutch Lady untuk membuat aduan di talian 1800-88-1191 atau emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com. Pastikan korang beri nombor batch susu yang tertera pada pek susu.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Dutch Lady Malaysia mengenai cara-cara pengguna membaca, mengenali dan memastikan pada produk pek Susu Dutch Lady :

  1. Tarikh Luput (Expiry Date)
  2. Nombor Mesin
  3. Harga
  4. Kod Siri
  5. Kod Kelompok

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Selain Isu Susu Tiruan Apa Lagi Punca Simptom?

So far belum diketahui samada betul atau tidak masalah berpunca dari susu Dutch Lady. Mungkin juga ada faktor lain yang menyumbang kepada masalah isu susu Dutch Lady ini.

  • Ada bahan tercemar samada dari kilang atau ibu bapa sendiri
  • Cara bancuhan yang salah dan tidak mengikut sukatan yang telah ditetapkan
  • Susu yang tercemar selepas dibuka
  • Jangkitan bakteria dan virus

Kenyataan Dari Dutch Lady Moms Club

Dikongsi dari Page : Dutch Lady Moms Club

Dutch Lady Malaysia telah dimaklumkan mengenai aduan berhubung dengan seorang kanak-kanak yang perlu mendapatkan nasihat perubatan beberapa hari selepas meminum susu Dutch Lady Curious (900g).

Kami memandang serius setiap insiden seperti ini dan akan menjalankan siasatan menyeluruh. Kami telah menerima sampel produk tersebut dan ianya telah dihantar ke makmal kami dan makmal luar yang berstatus bebas untuk menjalankan ujian. Pada peringkat ini, tidak diketahui sama ada punca itu disebabkan oleh susu atau atas sebab lain.

Kami meletakkan kesihatan dan kesejahteraan semua pengguna sebagai keutamaan kami. Usaha kami pada masa sekarang adalah untuk mengetahui punca permasalahan dan terus memenuhi tanggungjawab kami untuk menyediakan pemakanan yang selamat dan berkualiti kepada pengguna kami.

Kami sedar pelanggan dan pengguna Dutch Lady bimbang tentang keadaan ini. Walau bagaimanapun, sekali lagi kami ingin menekankan bahawa kami mengamalkan kawalan kualiti dan keselamatan yang paling ketat sepanjang peringkat proses pembuatan dan rantaian bekalan kami. Ini untuk memastikan semua produk yang dihasilkan di bawah kualiti dan kebersihan yang paling tinggi. Produk di bawah jenama Dutch Lady mematuhi undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline Dutch Lady kami di 1800-88-1191 atau dutchladycareline@frieslandcampina.com

Kenyataan Rasmi dari Dutch Lady Malaysia

Dutch Lady Malaysia mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.

Tindakan ini diambil berhubung aduan kesihatan yang diterima daripada pelanggan. Insiden tersebut telah mencetuskan perbincangan yang hangat di media sosial.

Sejurus selepas menerima aduan, Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

“Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Keraguan Terhadap Kesahihan Produk

Berhubung perkara yang dipersoalkan di saluran media sosial baru-baru ini, Dutch Lady juga ingin menangani spekulasi yang telah dibangkitkan mengenai pembungkusannya.

Tambah Gupta, “Kami menyedari bahawa maklumat yang tidak tepat telah mula disebarkan di media sosial ketika para netizen berkongsi kebimbangan mereka. Bagi melindungi kepentingan pelanggan, kami perlu memperbetulkan spekulasi terhadap beberapa butiran pembungkusan kami yang telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu.”

Dutch Lady ingin menjelaskan bahawa ciri-ciri di bawah terdapat dalam semua produk Dutch Lady yang sahih.

  • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
  • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
  • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
  • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation

Kenyataan Rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia

“KKM melalui BKKM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung jenama Dutch Lady Curious (900g) 1-2 Tahun Biasa yang tular di media sosial.”

Isu Susu Diutch Lady Curious Pek Promosi

Sumber : https://web.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *