Baju Tidur Budak | Kenapa Baju Tidur Bonds Wondersuit Sangat Best & Adakah Baju Bonds Inspired Sama Seperti Baju Bonds Original?

Bismillah. Cikros di sini.

Aku dah anak 3 tapi sebelum ni tak pernah dengar tentang baju tidur jenama Bonds. Hinggalah suatu hari tu ada viral kat Facebook, tentang sorang mummy ni letak anak dia dalam bakul empat segi instead of car seat.

Ya!! Dia bawak baby baru lahir tu naik kereta letak dalam bakul  plastik! Konon bagi tips jimat duit tak payah beli car seat. Memang mengundang cemuhan netizen lah.

Baju Bonds

Tapi dalam banyak-banyak komen tu ada satu tu cakap, “Baby siap pakai baju BONDS lagi, tapi car seat kedekut nak beli?

Baju Bonds? Apakah baju Bonds tu sampai membandingkan baju tidur baby dengan seketul car seat. Serius omak curious like a meowww.

Oh, gee!! Macam ni rupanya baju Bonds sleepsuit tu. Omak ketinggalan kapal terbang rupanya. Baju Bonds dah wujud dekat 100 tahun baru omak tau. Wa haha!

Baju Bonds

Mulanya aku tengok baju Bonds Wondersuit tu macam baju tidur / sleep suit biasa je. Aku memang pakaikan Dina sleepsuit pun.

Baju Bonds

Tapi baca punya baca. Rupa-rupanya banyak kelebihan baju tidur Bonds Wondersuit tu. Kalau aku kenal baju tidur Bonds ni masa Dina kecik sure aku beli dah untuk Dina. Sebab fungsi baju Bonds ni memang best! Especially untuk baby baru lahir.

Kelebihan Baju Tidur Bonds Wondersuit

Aku suka sangat baju tidur Bonds Wondersuit ini sebab:

  • Baju Bonds Wondersuit ni baju 3-in-1 sebab menggabungkan baju tidur, mitten dan stokin dalam satu baju. Ciptaan yang sangat best untuk omak budak. Aku rasa kalau ada baby baru lahir memang bagus sangat pakai baju Bonds ni. Tak payah risau mitten atau stokin tercabut atau kena cabut. Wa haha!
  • Design mitten dan stokin baju Bonds pula sangat awesome. Sebab boleh pilih nak guna mitten dan stokin tu anytime. Flexible yang amat weh. Super love sangat! Hanya size 0000 (newborn) hingga saiz 0 (6-12 bulan) yang ada fungsi mitten dan sock ni.
  • Baju Bonds Wondersuit ni ada saiz dari newborn hingga toddler 3 tahun (size 0000 to 3).
  • Baju Bonds Wondersuit guna two-way zip. So mudah sangat nak tukar diaper tanpa perlu buka baju semua.
  • Jangan risau zip kena dagu anak sebab baju Bonds ada protective zip cover kat bawah dagu tu.
  • Pilihan warna dan design yang banyak dan cantik
  • Diperbuat daripada kain yang lembut, selesa dan boleh meregang.

So baju tidur Bonds Wondersuit memang sangat best untuk baby baru lahir hingga umur setahun. Sebab ada sarung tangan dan kaki tu lah. Tapi yang tak best nya ialah harga baju Bonds Wondersuit adalah kebabooooom mahal! Bo hoho!

Baju Bonds

Harga baju Bonds original bermula dari RM80++ hingga RM100++ tau. Meleleh lah air hidung omak yang jobless ni kempunan nak beli baju Bonds tak dapat. Budget lari laju-laju meninggalkan omak. Wa haha!

Baju Bonds Inspired Pun Ada!

Barang best bila popular mesti kena ciplak punya lah. Baju Bonds pun tak terkecuali. Ada berlambak baju Bonds Inspired kat pasaran weh.

Baju Bonds

Harga pun aku tengok jauh lebih murah. Kira affordable lah untuk omak yang bukan orang ado-ado ni. Hehe!

So far yang aku jumpa baju Bonds Inspired dari jenama Tiny Club dan Kids Tale. Katanya baju Tiny Club 99% menyamai baju Bonds original dari segi fabrik dan cutting yang besar ikut Eropah punya size.

Baju Bonds

Baju Kids Tale pulak kain lebih nipis dan cutting ikut Asian size. Harga Kids Tale of coz murah sikit dari Tiny Club. Harga Kids Tale dalam RM25 manakala Tiny Club dalam RM28-RM34 macam tu. Kat Shopee berlambak orang jual baju Bonds Inspired ni. Check lah sendiri.

Baju Bonds

Apa yang best nya baju Bonds Inspired?

  • Kain 100% cotton, tak tebal dan tak panas.
  • 98% ciri hampir sama dengan Bonds original.
  • Cutting size baby Asia
  • Size 66(3-6m) Size 73(6-12m) Size 80(12-18m) Size 90(18-24) Size 100(2-3y)
  • Semua saiz ada sarung tangan dan kaki
  • Corak yang cantik dan menarik sebijik Bonds ori.. huhu
  • Harga murah mampu milik.

Aku teringin nak bagi Dina pakai baju tidur Bonds tu. Tapi harga mahal lah pulak. Nak beli kena at least 3 pasang tu. Banyak tu duit nak pakai. Erkkkk. Hehe!

Baju Bonds

So pilihan lain beli Bonds inspired lah. Baju ala-ala Bonds pun okei lah tu daripada tak ado. Bersyukur lah omak.

Baju Bonds

Aku beli jenama Tiny Club dan Kids Tale. So,  yang mana best? Personally, aku suka baju Tiny Club sebab cutting besar so baju boleh pakai lama. Jimat beb. Hehe!

Anak aku tu rasa tinggi baru 80cm ++. Tapi belikan dia saiz 100cm. Memang labuh lah tapi boleh je lipat. Budak kan cepat membesar.

So Dina boleh pakai baju tidur tu sampai lah tinggi dia lebih dari 100cm. Mmm.. masa tu umur dia dalam 4-5 tahun kot? Bijak tak omak? Wa haha!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

4 Comments

  • sahlina says:

    assalam sis,

    yess sis baju bonds atau ‘jebonds’ panggilan kalangan mak2 dalam grup..material kain dia mmglah tersangat best.. tapi if dah mula terjebak memang susah nak patah balik dah..takpe sis if nak beli yang ori pun boleh sbb bonds akan ada hari yang dorg buat sale..kadang2 tu baju jatuh sampai 26 hengget pun ado. time tu kita grab hehehehe…

    apapun selamat datang ke dunia menjebonds kan diri..sanggup puasa sbb nk bg ank cantik…hehehehe

    • Ros Ibrahim says:

      jebonds? comel sungguh panggilan jebonds ni wa haha!s serius sale dapat RM26++? dah mcm rega inspired bonds dah tu.. tq info

  • Madyah Rashid says:

    salam sis.. yg kids tale tu sis beli dekat mne.. bley share x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *