Tips Perkembangan Awal Kanak-Kanak | 28 Tips Parenting Yang Sangat Penting Untuk Mendidik Anak Anda

Bismillah. Cikros di sini.

Aku nak share tips perkembangan awal kanak-kanak yang dikongsi oleh Awienn Mansor di Facebook. Benda baik wajib disebarkan untuk kita sama-sama belajar dan perbaiki diri.

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang diperolehi semasa Parenting Talk bersama Dr Putri Afzan Maria Zulkifli. Semoga ramai omak abah dan anak-anak yang mendapat manfaat. Amin ya Mujib.

1. Anak lelaki:

  • 0-6 tahun – rapat dengan ibu untuk kasih sayang
  • 7-14 tahun – rapat dengan ayah untuk jadi masculine
  • 14 tahun ke atas – mula cari “idola” lain selain ibu dan ayah

2. Umur anak lelaki 14 tahun ke atas – oleh kerana tahap umur ini anak2 sudah mula mencari ‘idola’ lain selain ibu dan ayahnya, penting utk anak itu berada dalam ‘circle’ yang betul.

3. 90 % EQ dibentuk semasa umur 0-6 tahun. 10% IQ lagi selepas 6 tahun.

4. Prepare anak untuk ada jatidiri yang kuat dahulu sebelum “paksa” dia bina IQ

5. Filem animasi Inside Out sgt bagus utk memahami hubungan neuron2 di otak dan EQ yg bagus.

6. It’s ok to apologize to our children

7. Kalau anak tantrum disebabkan berkecil hati dengan kita, peluk anak itu

8. Kalau anak tantrum disebabkan tak dapat apa yang diingini, jangan peluk. Be firm. Biarkan seketika dan pujuk dia semula.

9. Gadget – over exposure kepada gadget dari kecil akan hilangkan “sensory” anak; tak tahu rasa sakit, tak tahu nak luahkan perasaan etc

10. Anak yang langsung tidak tahu marah, tidak pernah menangis, tak menunjukkan apa2 perasaan, adalah tanda2 perkembangan yang tak normla

11. Ibu bapa harus faham “intelligence” anak. Tak semua kanak2 dikurniakan linguistic and logical-mathematical intelligence di awal usia. Normal jika kanak-kanak 6 tahun masih tak dapat membaca dan menulis. Skill itu akan develop lama-kelamaan bila dibimbing. Fokus kepada apa “intelligence” dia.

12. Jangan pandang remeh stress di kalangan kanak2, terutamanya bila kanak2 dihalang utk menjadi kanak2.

13. Main pasir, main air, biarkan anak jatuh – tips untuk rangsang “sensor” anak supaya dia tahu dan perasaan yang timbul

14. Tips anak2 utk senang pegang pensel utk menulis – belajar menggunakan gunting dari awal.

15. Bila ibu bapa bercakap pastikan mata 1 aras dengan mata anak. Jikalau kita bercakap atau menegur dalam keadaan kita berdiri dan anak melihat kita mendongak, itu bagaikan kita terlalu superior dengan anak

16. Layankan apa saja pertanyaan anak. Jangan matikan conversation kerana kita tak tahu atau malas nak layan.

17. Teruskan berkomunikasi dengan anak di rumah, walaupun ibu sedang memasak. Bagitau anak apa yang kita sedang lakukan.

18. Umur 7 tahun, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara logik. Akan timbul banyak persoalan dari mereka. Layan dan jawab sebaik mungkin. Jangan ignore. Jangan matikan minat dan keyakinan dia bercakap dan berkongsi pendapat.

19. Contoh ibu bapa matikan conversation. “Mommy, why is the sky blue?” “Because Allah creates it that way.” – Jika ibu ada pengetahuan dlm ini, terangkan kpd anak dgn lebih lanjut prosesnya. Jika ibu tak pasti jwpnnya, ajak anak sama2 google utk cari jwpn. Tunjuk gambar atau video. Sama2 bercerita. Tujukkan kpd anak bagaimana gadget boleh digunakan dgn betul.

20. Ibu bapa belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai intonasi dan ekspresi. Jangan guna 1 ton suara saja untuk bertanya, memuji, tegur etc

21. Create good imprints in our children’s brain. Bila sekali perkara negatif terjadi, ianya akan terus melekat di kotak fikiran kanak2. Imprints negatif itu takkan hilang, cuma ditutupi dgn perkara2 gembira dan positif yg mereka lalui kelak.

22. Yakin dengan kemampuan dan kebolehan anak. Jikalau anak tak dapat membaca dan mengira dengan lancar lagi di Tahun 1, support anak dan pilih jalan terbaik untuk perkembangan anak walaupun caranya dengan masukkan anak di kelas Linus. Bila EQ anak kuat tak timbul perasaan tak yakin, malu, takut. Malah dia akan seronok belajar benda baru. Ibu bapa juga perlu “chill” dan faham graf perkembangan anak masing-masing dan buang perasaan bersaing itu. Perkembangan kanak-kanak adalah berbeza. Fahami anak-anak kita. Apa “intelligence” dia.

23. Bercakap dengan anak seperti kawan. Bercerita tentang apa saja.

24.  Jangan halang anak lelaki utk menangis. Menangis adalah satu fitrah manusia utk meluahkan perasaan. Anak2 akan semakin stress bila dia tak dapat luahkan perasaannya bila berasa sedih. Kanak2 kecil tidak tahu cara mengawal emosi dgn cara lain seperti org dewasa.

25. Fahami konsep Multiple Intelligences – potensi dan kecemerlangan anak2 datang dari pelbagai bidang. Bukan hanya linguistic dan logical-mathematical intelligences saja.

26. Youtube. Anak-anak yang mempunyai linguistic intelligence mampu beljara bahasa dengan baik melalui video. Dapat pickup slang dan ingat perkataan yang didengari. Tambah vocab dengan cepat. Sebab itu ada kanak-kanak yang dapat menulis, membaca dan menguasai bahasa dengan baik di awal usia.

27. Tips ibu bapa kawal emosi (3 langkah ke belakang) – apabila anak tantrum, ambil 1 langkah ke belakang (pastikan keadaan sekeliling anak selamat) dan teruskan berkomunikasi dengan anak. Ulang untuk 2 langkah seterusnya. Biarkan anak lepaskan tantrum seketika, kemudian pujuk. Bila ibu bapa ambik langkah ke belakang, beri masa kepada diri untuk bertenang dan berfikir kenapa anak tantrum supaya kita tak melakukan sesuatu diluar kawalan.

28. Bonding time. Membaca dengan anak. Bercerita dengan anak. Anak-anak kecil membaca dengan melihat gambar. Support mereka. Gunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dengan anak.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *