Tips Pergi Haji & Umrah | Panduan Berguna Persiapan Pergi Haji & Umrah Bagi Yang Pertama Kali Pergi Haji & Umrah

Bismillah. Cikros di sini.

Aku terjumpa beberapa tips pergi haji dan umrah yang aku rasa kena published kat sini untuk panduan aku di masa depan. Aku tak pasti siapa penulis asal. Terima kasih banyak-banyak kepada pemberi tips pergi haji dan umrah ni. Semoga murah rezeki. Amin ya Mujib.

Tips Persiapan Untuk Pergi Haji

  1. Tinggalkan segala dokumen penting yang tak perlu seperti IC kepada waris kita. Tak perlulah bawa IC kita ke sana, kat sana tak guna pun. Risau kalau hilang, dah jadi satu masalah untuk kita bila balik Malaysia nanti.
  2. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
  3. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
  4. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga. Boleh basuh baju di sana. Banyak hotel terutamanya hotel bawah Tabung Haji ada menyediakan tempat jemur kain di bahagian tingkat atas (bumbung) hotel. Kalau malas ke ampaian, ramai je yang jemur di tangga atau dalam bilik. Bawalah tali untuk buat ampaian. Tak bawa pun takpe, boleh beli di sana je.
  5. Bawa ubat panadol dan lain-lain ubat yang perlu seperti ubat selsema & batuk. Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
  6. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
  7. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan. Makanan inilah pembuka selera sebab kat sana masakan tak sama dengan Malaysia. Kalau kat rumah ada banyak stok sos cili paket kecil yang kita dapat masa pergi KFC pun bagus.
  8. Bawa pakaian sekadar yang perlu sahaja, tak perlulah bawa terlalu banyak. Kalau tak cukup pakaian jangan risau, boleh basuh atau beli di sana pada harga yang murah. Lagi-lagi bila ditambah dengan hasil “shopping” di sana, memang tak muat beg. Ada jemaah yang terpaksa pos pulang baju yang di bawa dari Malaysia untuk mengosongkan ruang beg. Pihak Poslaju (Pos Malaysia) dan Nationwide ada buka kaunter di banyak hotel penginapan rakyat Malaysia.
  9. Biasakan berjogging atau berjalan jauh di Malaysia sebagai persiapan untuk ke sana. Ibadah haji adalah ibadah yang sangat memerlukan kekuatan fizikal. Banyak tenaga perlu digunakan. Paling memenatkan adalah perjalanan untuk pergi melontar jamrah. Kesian bila tengok pakcik makcik yang sudah berumur, ada yang sampai pengsan kerana penat berjalan.
  10. Khemah di Mina adalah sangat panas. Walaupun setiap khemah ada air-cond, tetapi banyak yang rosak. Yelah, guna setahun sekali je. Eloklah kalau bawa kipas tangan untuk digunakan bila panas.

Tips Beli Sim Kad Telefon

  1. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
  2. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
  3. Nak beli sim card kat sana sekarang ni kena tunjuk passport. Ini menjadi masalah sebab passport kita akan dipegang oleh pihak Tabung Haji atau travel agent kita di sana. Di hotel penginapan biasanya ada orang akan jual sim card tak perlu passport, tapi pada harga yang berlipat kali ganda sebab diorang tahu kita terdesak. Cara yang terbaik adalah kita beli sim card siap-siap semasa di airport Jeddah. Masa ni kita masih pegang passport sendiri.
  4. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
  5. Untuk buat panggilan ke Malaysia, pihak TM ada sediakan kaunter telefon di setiap hotel jemaah Malaysia. Kena beli kad iTalk harga 50 Riyal. Kalau yang advanced sikit atau nak free, boleh guna app Line untuk buat panggilan. Minta ahli keluarga kita di Malaysia untuk download juga. Cuma bergantung kepada kekuatan internet di sana nanti. Whatsapp tak boleh guna untuk buat call di sana, mungkin sebab line internet terlalu lemah.

Tips Pergi Haji dan Umrah

Tips Membawa & Mengeluarkan Duit Belanja

  1. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Hanya perlu bawa kad nama yang diberikan kepada para jemaah. Kalau lebih boleh simpan balik. Jangan bawa duit banyak, takut hilang atau dicuri di sana. Jangan ingat kat Mekah ni tiada pencuri. Manusia ni kalau nak buat jahat, dia tak kira Mekah ke tak.
  2. Ramai yang tak tahu sebenarnya kita boleh keluarkan duit melalui ATM di sana guna kad ATM Malaysia kita. Exchange rate ikut kadar semasa yang kompetitif. Kalau kita perasan, kat belakang kad kita ada lambang Cirrus. Cirrus ni adalah jaringan ATM antarabangsa yang bolehkan kita keluar duit di ATM satu dunia, macam MEPS di Malaysia. Cuma syaratnya adalah kita kena activate dulu kad ATM kita untuk digunakan di Arab Saudi. Call sahaja nombor telefon bank yang ada di belakang kad ATM kita.
  3. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk duit poket.
  4. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.

Tips Semasa Ibadah Haji & Umrah

  1. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Saiz batu cukup sekadar saiz biji kacang. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
  2. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
  3. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
  4. Sebelum masuk ke Masjidil Haram, pastikan kita dah buang air siap-siap. Susah apabila sudah masuk ke masjid dan mahu keluar semula untuk buang air. Tandas hanya ada di luar masjid dan untuk keluar semula dari masjid adalah jauh dan perlu berhadapan dengan ramai orang.
  5. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
  6. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
  7. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
  8. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
  9. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
  10. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
  11. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
  12. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh.
  13. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
  14. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
  15. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
  16. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
  17. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
  18. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.Jangan terkejut kalau kat sana, bila kita beli barang dan ada baki sen-sen, diorang tak bagi baki tapi bagi gula-gula getah. Sebabnya orang Arab tak suka pakai duit syiling. Jadi kebanyakan kedai akan pulangkan baki dalam bentuk barang-barang yang lebih kurang sama nilainya, yang paling biasa diberi adalah gula getah.
  19. Apabila ke masjid, bawalah beg untuk isi selipar kita, sekurang-kurangnya beg plastik. Bawa sekali selipar kita bersama ke dalam masjid. Walaupun ada rak-rak kasut yang disediakan, kemungkinan untuk kita tidak jumpa semula selipar kita adalah sangat tinggi. Sama ada kita lupa kita letak di mana atau pun selipar kita diambil oleh orang lain.
  20. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
  21. Boleh solat Jumaat di masjid berdekatan hotel kita, bukan semestinya ke Masjidil Haram. Terutamanya apabila semakin ramai jemaah haji sudah berkumpul di Tanah Haram. Untuk pergi ke Masjidil Haram pada waktu puncak ini adalah sukar dan membahayakan terutamanya bagi jemaah yang uzur atau berumur. Lebih elok simpan tenaga untuk menyempurnakan ibadah haji.
  22. Kalau hendak ke masjid pada hari Jumaat, datanglah seawal yang mungkin, terutamanya kalau kita hendak solat di bahagian Mataf (tempat tawaf). Para jemaah biasanya sudah mula berkumpul seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tempat yang berdekatan dengan Kaabah. Kalau kita datang pukul 11, biasanya pintu utama ke masjid sudah pun ditutup. Kita perlu ke bangunan tambahan atau solat di perkarangan masjid.
  23. Bawa sekali spray air apabila ke masjid. Ini untuk mudahkan kita ambil wudhu’ sekiranya terbatal di dalam masjid. Nak keluar susah, sebab tempat wudhu’ pun di luar masjid.
  24. Pakai kasut sukan untuk pergi melontar jamrah supaya kita selesa berjalan. Jarak perjalanan pergi balik untuk melontar jamrah adalah 6.5 km. Kalau kita pakai selipar jepun je, memang sakit kaki lah.

Tips Makan & Shopping

  1. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
  2. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
  3. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
  4. Kalau teringin makan makanan Malaysia, tempat biasa yang dituju adalah kedai Felda D’saji. Lokasinya di Level 2, As Safwa Food Court, Safwa Tower. Safwa Tower ni kalau kita keluar daripada pintu King Abdul Aziz, terletak di sebelah kiri Zam Zam/ Clock Tower.
  5. Kalau nak beli makanan dan barang keperluan harian, biasanya orang akan pergi ke pasaraya Bin Dawood yang ada di banyak tempat. Paling dekat dengan masjid ada di shopping mall bawah Clock Tower, nampak bila keluar masjid.
  6. Kalau nak beli barang sebagai buah tangan untuk bawa balik ke Malaysia, lebih murah beli di Mekah berbanding Madinah. Kalau nak beli kurma pula, elok beli bila dah dekat nak balik supaya kurma tu tak kering bila balik Malaysia.
  7. Kalau teringin nak merasa duduk di hotel mahal yang betul-betul di hadapan masjid seperti Hilton dan Pullman, boleh tempah pada harga yang sangat murah berbanding biasa selepas 13 Zulhijjah apabila jemaah Arab mula balik. Harga ketika waktu puncak boleh mencecah sehingga 5,000 riyal satu malam. Tapi selepas 13 Zulhijjah, harga akan jatuh sehingga serendah 300 riyal kerana hotel telah mula kosong. Pak Arab kat sana pergi haji kejap je, sekadar cukup syarat dan rukun haji. Jemaah dari luar seperti Malaysia je yang tinggal lama sehingga 40 hari.
  8. Berhati-hati kalau nak naik teksi di sana. Sebahagian daripada pemandu teksi di sana bersikap kasar dan ada juga yang menipu. Pernah ada kawan saya semasa musim haji tahun lepas diminta bayar 150 riyal untuk perjalanan hanya 1 km walaupun jumlah yang dipersetujui asal semasa naik teksi adalah 10 riyal. Nasib baik kawan saya ni bertindak pantas, sampai sahaja di destinasi, dia terus berlari keluar dari teksi selepas tinggalkan 10 riyal di tempat duduk. Pemandu teksi di sana juga biasanya hanya tahu berbahasa Arab. Kalau ada kawan atau Ustaz yang boleh bercakap Arab, mintalah untuk jadi jurucakap. Elakkan juga untuk naik teksi berseorangan. Seeloknya naik bertiga supaya lebih selamat.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *