Smiggle Alat Kelengkapan Sekolah Mewah | Harga Barang Smiggle Mahal & Siapa Tiada Smiggle Dia Orang Miskin!

Bismillah. Cikros di sini.

“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila dorang tengok saya takda barang Smiggle, dorang kata saya orang miskin.”

Oh, gee! Smiggle jadi penanda aras orang kaya atau miskin pulak ye. Macam-macam tau. Hehe!

Hari tu tiba-tiba Smiggle tular @ viral kat media sosial Malaysia. Sebab ada budak kena label kawan-kawan sebagai orang miskin sebab tak ada barang Smiggle.

Bila masuk outlet terkejut tengok harga mahal. Lepas tu cakap kat anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya je boleh beli barang macam ni. Dan macam-macam lagi lah jawapan diberi.

Selepas beberapa waktu, ibubapanya belikan juga. Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan takda Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin — Hazrezal Ahmad

Smiggle Malaysia Murah

Aku pun tak pernah kenal benda alah Smiggle sebelum ni. Dah tular Smiggle baru ku tau.  Jom lah kita tengok apa ke benda nya Smiggle tu.

Smiggle adalah singkatan dari perkataan Smile dan Giggle.  SMIle + giGGLE = Smiggle

So kiranya kalau dapat Smiggle tu mesti senyum tersengih sambil ketawa mengekek lah tu. Of coz lah. Barang mahal tu beb!! Wa haha!

Smiggle Malaysia Murah

Alat Kelengkapan Sekolah Smiggle

Smiggle adalah syarikat dari Australia yang menawarkan beberapa produk berupa alat kelengkapan persekolahan yg mula beroperasi pada tahun 2003.

Barang Smiggle masuk market Malaysia dalam tahun 2016. Tapi di Singapore, Smiggle ni dah wujud sejak 2011. Jauh ketinggalan LRT lah Smiggle kat Malaysia ni. Orang Singapore dah tak heran, kita je baru nak kecoh. Wa haha!

Sasaran pengguna barangan Smiggle ni of coz lah kanak-kanak. Tapi orang dewasa yang suka benda-benda comel pun mesti tergila-gilakan Smiggle ni. Aku tengok pun terjatuh hati jugak. Ekekee!

Smiggle Malaysia Murah

Barang Smiggle ni warna jenis terang dan colour blocking. Design barang Smiggle tak kira lah bekas pensil, beg, lunch bag, pensil, botol air dan sebagainya semua comelicious.

Smiggle Malaysia Murah

Jika anak belum kenal apa itu Smiggle, jangan cuba-cuba nak perkenalkan dengan Smiggle ni tau. Sekali dia kenal dan jatuh cinta dengan Smiggle, habis bocor poket omak babah. Gentle warning dari Cikros ni. Wa haha!

Kedai Smiggle di Malaysia

Harga barang Smiggle ni memang kebaboomm mahal jika dibandingkan dengan alat kelengkapan sekolah jenama biasa. So of coz sasaran Smiggle adalah orang bandar dengan kuasa membeli yang tinggi.

Sebab tu kedai yang jual Smiggle di Malaysia hanya ada di mall yang besar iaitu:

  • Bangsar Village | Gurney Plaza | Ioi City Mall | Mid Valley Megamall
  • My Town Shopping Centre | Nu Sentral | One Utama City Centre | Pavilion
  • Queensbay Mall | Sunway Pyramid | Suria KLCC | The Curve

Smiggle Malaysia Murah

Tapi kalau korang mengidam nak beli barang Smiggle tapi duduk jauh kat kampung terpencil, jangan risau. Search je Smiggle kat Lazada atau Shopee. Berlambak ada orang jual barang Smiggle. Cuma tak pasti original ke tidak lah. Bo hoho!

Korang juga boleh gunakah khidmat personal shopper untuk beli barang Smiggle yang diidamkan. Berlambak kot personal shopper Smiggle kat Malaysia ni. Demand tinggi beb. Manyak untung.

Harga Smiggle Sangat Mahal?

Aku rasa harga barang Smiggle ni memang mahal tapi dalam range yang lebih kurang sama macam barangan berjenama lain seperti Barbie dan Disney. Kotak pensil pun cecah RM80 ke atas. Bo hoho!

So kalau nak jugak beli Smiggle kena bijak. Hanya beli Smiggle semasa barang Smiggle buat sales @ jualan murah. Sure dapat harga barang Smiggle murah dan jimat banyak.

Contohnya: Bekas pensil Smiggle harga RM80++ boleh dapat dalam RM30++. Beg sandang Smiggle harga RM180++ boleh dapat dalam RM120++. Banyak tu jimat kannnnnn.

Smiggle Malaysia Murah

Aku rasa kalau omak abah mampu tak salah pun belikan anak barang Smiggle. Setengah orang sanggup bayar mahal untuk jenama. Aku pulak tak kisah barang harga mahal jika kualiti terbaik, tahan lasak dan tahan lama. Alah membeli, menang memakai gitu.

Anak aku tak kenal Smiggle ni pun. Selamat omak. Wa haha!

Alat kelengkapan sekolah untuk anak memang aku prefer beli yang berjenama dan berkualiti. Macam beg troli Izzah tu aku beli jenama Swan. Harga tak usah cakaplah. Seketul beg lebih RM150++ harganya. Beli masa sales lah.

Tapi puas hati sebab beli sekali boleh tahan 1-2 tahun. Kalau beli beg biasa yang murah pakai sekejap dah rosak. Kena ganti 2-3 kali dalam setahun. Campur tolak duit semua yang dibelanja pun lebih kurang jugak jika beli yang berkualiti.

Sometimes yang mahal dan berkualiti lagi lama boleh tahan. Jaga baik-baik boleh tahan bertahun-tahun.

Aku rasa tak kisah lah jenama apa pun. Mahal atau murah. Yang penting jangan ajar anak membangga diri dan riak. Ada barang berjenama bukan tiket untuk menghina kawan-kawan sekelas.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *