Kisah Blogger | Apakah Harga Sebuah Blog Post Di Mata PR Agencies & Pemilik Produk?

Bismillah. Cikros di sini.

Aku dah lama jadi blogger. Since 2007. Sudah masuk 11 tahun beb! Tepuk bahu sendiri. So… bila jadi blogger ni, terutama since aku pernah jadi founder MomBloggersPlanet.com — ramai pulak makhluk yang berbaik dengan aku dengan macam-macam niat.

Biasa lah. Most of them nak menumpang nama demi menarik visitors ke blog sendiri.

Nota: Nama domain MomBloggersPlanet.com aku dah tak renew. Sebaik saja nama domain tu expired, terus ada satu company beli dan offer untuk jual semula pada harga kebaboom melampau USD2,195 yang bersamaan RM10,000!! Macam lah aku hingin nak beli balik. Wa haha!

Sebab MomBloggersPlanet.com agak popular di kalangan mommy bloggers Malaysia, maka banyak PR Agencies yang invited aku pergi launching events. Excited lah aku. Bo hoho!

Biasanya mereka jemput pergi event in exchange of a blog post tentang event dan produk tersebut. So, apa yang PR Agencies offered pada blogger macam aku ni?

EXPOSURE, NETWORKING & GOODIE BAG!

Tak pernah lagi aku dibayar untuk hadir ke launching event. Maklum lah. Omak bukannya blogger popular @ social media influencer. Kalau top blogger tu nak pergi event pun dibayar ratus-ratus hingga ribu sekali hadir.

Blogger picisan macam aku dapat goodie bag je lah. Kalau nasib baik dapat makan sedap kat restoran atau hotel yang best. Tapi most of the time dapat goodie bag je noks. Blogger dan goodie bag berpisah tiada. Hehe!

Ada sekali tu, satu seller ni tak guna PR Agency dan terus contact aku. Jemput aku ke food tasting event sempena pembukaan restoran tu kat Malaysia.

Aku ni bab makan mesti pergi punya lah. Tapi omak sangat sangat kecewa.

Makanan yang disediakan limited kepada produk kek yang dijual tu. Kek dipotong kecik-kecik-kecik-kecik untuk bagi semua blogger rasa. Giler kedekut!

Event masa lunch hour tapi tiada jamuan makan untuk meraikan blogger. Memang betul-betul food tasting lah. Ambik rasa je. Bo hoho!

Pastu goodie bag pun tak ada!! Kami balik dengan tangan kosong dan perut lapar. Kejam sungguh!

Terus hilang semangat nak tulis review. At least bagi lah diskaun atau sample kek pada blogger yang datang. Penat aku datang dari jauh, habis duit minyak, tol dan buang masa ambik gambar produk tu. We get nothing in return!

Terkono den! Sejak kejadian tu aku tak mau lagi pergi event launching. Especially yang direct dari seller. Buang masa je weh!

Tapi aku still lagi pergi event yang dianjurkan oleh syarikat besar seperti Disney. Biasanya syarikat ni invite bloggers melalui PR Agency mereka.

Apa yang best pergi event Disney? Aku suka blogger event anjuran Disney sebab dapat goodie bag yang sangat best dan ada jamuan makan yang sedap dan mengenyangkan. Boleh bawa satu famili pulak tu.

Aku jugak suka pergi event yang dibuat di hotel sebab sure ada jamuan makan kat hotel tu sekali. Best ke best?

Pilih Kasih Antara Artis & Blogger

Aku pernah banyak kali terkena dengan layanan PR Agency yang pilih bulu. Goodie bag artis mesti lagi besar dan banyak barang best dalam tu. Tapi goodie bag blogger picisan kemetot dan barang murahan. Sakit hati tau. Wa haha!

Mesti lah geram. Sebab blogger ni bukan main snap gambar banyak-banyak. Pastu kena tulis blog post review panjang berjela about the event dan product. Invited tapi dilayan macam hampeh.

Artis? Treated so much better lah sebab nama pun artis. Goodie bag besar dan barang mahal. Nak datang event pun berbayar lah kan.

Kadang-kadang sesama blogger pun ada kasta jugak. Certain blogger dapat goodie bag barang mahal, limited edition harga ratusan ringgit. Tapi blogger picisan dapat goodie bag barang murahan harga puluh ringgit je. Patah berkecai hati omak tau.

So now dah lama aku tak pergi event. Ada invitation aku ignored. Bolayan. Time is gold beb. Tak nak aku bazirkan masa aku dengan attend event yang tak memberi faedah kepada aku. Nak aku attend event dan tulis review sila bayar okeh. Blogger pun ada KOS perlu dibayar. Exposure dan experience bukan satu bentuk bayaran!

Tapi kalau event Disney aku sure pergi punya lah sebab best. Wa haha!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *