Express Car Wash Setia Taipan | Car Wash Setia Alam Murah – Hanya RM8 Cuci Kereta Semua Jenis!

Bismillah. Cikros di sini.

Aku masa bujang dulu basuh kereta sendiri je. Time malas pergi basuh kat mesin cuci kereta automatik di stesen minyak. Sejak kahwin aku dah bersara dari mencuci kereta. Ada orang tu yang ambik alih. Wa haha!

Aku nak promote satu tempat cuci kereta bagi mereka yang nak cuci kereta dengan cepat. Malas tunggu lama. Time is money, kannnn?

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Terjah lah Express Car Wash Setia Alam, Taipan 2 ni. Masa aku pergi cuci kereta kat Express Car Wash Setia Taipan ni, 5 orang pekerja gotong-royong cuci kereta aku. Apa yang penting? Kerjasama!

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Memang express lah siap cuci kereta. Sesuai lah tu dengan nama Express Car Wash. Siap tokey kedai pun sama-sama mencuci kereta aku. Mabeles tu!

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Car Wash Murah RM8 Semua Jenis Kereta!

Biar betul? Dah lah express, terlajak murah pulak tu cuci kereta kat Express Car Wash Setia Taipan ni.

Aku rasa kedai cuci kereta lain biasa letak harga cuci kereta ikut jenis dan saiz kereta. Harga cuci kereta dari RM8 untuk kereta mini / kecik hingga RM16 untuk kereta MPV / SUV / 4×4.

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

So… harga cuci kereta RM8 untuk semua jenis kenderaan di Express Car Wash Setia Alam Taipan 2 ni memang sangat murah dan berbaloi.

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Selain perkhidmatan mencuci kereta, kat Express Car Wash Setia Alam ni pun ada pelbagai servis berkaitan kereta seperti vacuum kereta, cuci kusyen / seat kereta, nano mist spraying, polish & wax kereta dan sebagainya lah.

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Seat Kereta Penuh Tapak Kasut Anak Punya Kerja!

Aku rasa kalau korang ada anak sure dalam kereta tu macam tongkang pecah. Tak eh? Aku sorang je kot macam tu. Wa haha!

Kusyen kereta aku tu penuh tapak kasut. Irfan lah suka bertenggek kat seat tak bukak kasut. Katanya duduk tak nampak kat luar. Adudu!

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Mesin ni boleh cuci bersih seat kereta, sofa dan karpet rumah!

Harga vacuum kereta di Express Car Wash Setia Alam ni ikut jenis kereta:

  • kereta kecil – RM2
  • kereta sedan – RM4
  • kereta MPV / SUV – RM6

Harga professional cleaning car seat / karpet kereta:

  • compact / Sedan : RM90
  • MPV : RM130
  • Large MPV : RM150
  • Carpet : RM60-RM100

Express Car Wash Setia Alam ni bukan hanya boleh cuci seat / kusyen kereta, tapi boleh juga cuci bersih SOFA & KARPET yang hitam berlumut kat rumah korang tu. Boleh datang ke kedai untuk cuci atau nak mereka pergi ke rumah korang pun boleh!

Kereta korang ada masalah berbau asap rokok? Busuk semacam baunya? Kereta jadi tempat tinggal serangga seperti semut dan lipas?

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Mesti buat Nano Mist Spraying kat Express Car Wash Setia Alam, Taipan 2 ni. Harga nano mist spraying RM20 untuk kereta saiz biasa. RM27 untuk kereta bersaiz besar. Tak lama pun tunggu nano mist spraying ni. 10 minit siap! Kereta pasti wangi, sure puas hati.

Ada pertanyaan? Hubungi Express Car Wash Setia Alam, Taipan 2 di nombor +6017-349 9240.

Express Car Wash Setia Alam Taipan 2

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *