Anak Cirit Birit Muntah | Petua Hilangkan Cirit Birit Bayi & Rawat Muntah Air Baby Dengan Cepat, Berkesan & Selamat

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Selain batuk, demam dan selsema, cirit birit dan muntah adalah gangguan kesihatan yang selalu berlaku kepada kanak-kanak. Jika ada anak yang masih kecil memang parents kena bersedia dengan ilmu untuk hadapi anak kena cirit birit dan muntah.

Aku dulu masa kecik kalau kena cirit birit simple je ubat cirit birit. Kunyah daun jambu!! Kelat rasanya tapi confirm lega cepat cirit birit tu. Hehe!

Masa aku remaja pulak ubat cirit birit aku masih lagi daun jambu. Tapi ada extra ubat iaitu pil Chi Kit Teck Aun. Aku kan duduk boarding school TKC.

Bila balik kampung masa cuti sekolah atau sebaliknya memang kena siap sedia dengan pil Chi Kit Teck Aun ni. Sebab perjalanan naik bas express dari Seremban – Jerteh makan masa 8-10 jam. Tak boleh imagine kalau kena cirit birit dalam bas. Hak hak hak!

Ubat Cirit Birit & Muntah

Semua anak aku pernah alami episod cirit birit dan muntah yang agak teruk. Izzah dulu pernah kena severe diarrhea selepas ambik suntikan vaksin Rotavirus. Sebab aku dan suami yang handle Izzah masa dia cirit birit tu maka kami pun sama-sama kena cirit birit jugak. Kesan dari vaccine shedding la tuh.

Masa tu kami tak ambik apa-apa ubat cirit birit pun. Aku bagi minum air kelapa je kot.

Irfan pulak pernah sekali cirit birit masa dia baby. Tak pasti sebab apa. Maybe salah makan. Aku bagi minum air kelapa jugak. Sebab kelapa muda senang dapat. Petik kat belakang rumah je. Hehe!

Hari tu Irdina pun kena cirit birit jugak. Cair dan busuk tengik najisnya. Malangnya pokok kelapa kat belakang rumah aku dah kena tebang. Sumber air kelapa muda dah tak de!

Ubat Cirit Birit Muntah

Nasib baik aku ada simpan sikit stok Aloe Vera Gel Forever Living. Aku bagi minum Aloe Vera Gel yang pure botol kuning tu. Terus stop mencirit.

Aloe Vera Gel Forever Living

Ada sekali tu Dina muntah air berkali-kali. Selepas minum air walau sikit pun akan muntah balik. Aku rasa dekat 6 kali sepanjang malam tu.

Tak tahan asyik kena cuci sisa muntah dia kat cadar dan baju, aku bagi dia minum Aloe Vera Gel Forever Living pada pukul 3 pagi.

Selepas minum Aloe Vera Gel tu dalam 15 minit lepas tu dia ada muntah lagi. Aku bagi lagi minum Aloe Vera Gel. Selepas tu terus tak muntah lagi dah. Alhamdulillah!

Ubat Cirit Birit Muntah

Punca Cirit Birit @ Diarrhea

Masalah cirit birit (diarrhea) terjadi bila berlaku peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam masa yang singkat.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus.

Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.

Cirit birit biasa terjadi disebabkan oleh keracunan makanan akibat parasit seperti Giardia lamblia dan Cryptosporidium dalam makanan. Manakala bakteria yang menyebabkan cirit birit termasuklah Campylobacter, Salmonella, Shigella dan Escherichia coli.

Jangkitan virus yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuk Norwalk virus, cytomegalovirus dan hepatitis virus. Rotavirus adalah penyebab biasa cirit-birit akut pada kanak-kanak.

Ubat Cirit Birit Muntah

Ubat-ubatan tertentu seperti ubat kanser serta antibiotik juga boleh menyebabkan cirit-birit.

Cirit-birit biasanya akan sembuh tanpa rawatan selepas beberapa hari, terutamanya jika ia disebabkan oleh jangkitan. Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit biasanya akan sembuh dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan jarang akan berterusan lebih lama daripada dua minggu.

Petua Menghilangkan Cirit Birit

Aku share sini petua atau rawatan untuk melegakan cirit birit bayi, kanak-kanak dan dewasa.

Minum Banyak Air

Masa cirit birit mesti minum banyak air untuk elakkan dehidrasi. Minumlah air sedikit demi sedikit tetapi pada kadar yang lebih kerap.

Garam Dehidrasi Oral (ORS)

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Pil Chi Kit Teck Aun

Mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa dua jam.

Pucuk Daun Jambu

Kunyah beberapa helai daun jambu. Masa kecik aku selalu amalkan makn daun jambu sebagai ubat cirit birit. Memang berkesan!

Ubat Cirit-Birit

Ubat cirit-birit boleh membantu mengurangkan dan memendekkan masa cirit-birit. Diphenoxylate dan Loperamide adalah ubat cirit-birit utama yang digunakan, kerana ia telah terbukti berkesan.

Diphenoxylate dan Loperamide melambatkan pergerakan otot dalam usus supaya lebih banyak air diserap di kawasan usus. Keadaan ini menjadikan najis yang terbentuk lebih pejal. Namun perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat ini adalah untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

Probiotik Semulajadi

Probiotik adalah bakteria hidup yang didapati dalam yogurt. Terdapat beberapa bukti menunjukkan probiotik tertentu boleh memendekkan tempoh cirit-birit.

Make sure makan yogurt yang asli tanpa pewarna atau perisa tambahan. Greek yogurt adalah yang paling baik untuk dimakan masa cirit birit.

Aloe Vera Gel Forever Living

Aku always ada ready stok Aloe Vera Gel Forever Living untuk kegunaan famili semasa kecemasan. Contohnya masa kena cirit birit dan muntah atau time sakit perut — memang sangat berguna dan melegakan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *