Avent Straw Cup Review | Kenapa Aku Suka Guna Avent Straw Cup @ Botol Avent Berstraw Untuk Anak Aku Minum?

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku ajar anak aku minum air masak sejak mereka mula makan semi-solid food.  Mula-mula aku suap air masak guna sudu.

Lepas tu ajar minum guna cawan which aku tak suka sebab selalu tumpah. Anak nak pegang sendiri. Tau saja lah bila jari jemari comel tu pegang cawan. Clumsy! Hehe!

So penggunaan cawan adalah semasa aku ada bersama sahaja. Senang aku nak pantau.

Jika tertumpah pun aku boleh terus lap bagi kering. Supaya anak tak terpijak air dan tergelincir jatuh pulak.

Tapi tak kan lah nak bagi anak minum air masak masa makan sahaja. Main lain macam mana? Mesti tekak anak dahaga. Especially selepas aktif bermain. Mesti nak minum air masak!

Solution aku sejak dari zaman Izzah kecik ialah menggunakan Avent Straw Cup.

Avent Straw Cup Review

Irfan dan Dina dah pandai minum dari straw sejak umur 10 bulan. Aku lagi prefer anak guna botol berstraw sebab memang confirm tak tumpah air.

Avent Straw Cup Review

Anak pun boleh minum sendiri tak perlu di pantau. Anytime dahaga boleh terus minum tanpa perlu kacau omak. Hehe!

Avent Straw Cup Tahan Lasak & Spill Proof

Aku suka Avent Straw Cup ni sebab bagi aku ini adalah training cup atau botol minuman berstraw yang paling tahan lasak dan tidak akan menumpahkan air. Spill proof @ kalis tumpah tu yang paling penting sekali.

Actually aku dah pernah cuba macam-macam jenis sippy cup dan straw bottle at pasaran. Kebanyakan dibuat daripada plastik lembik mudah pecah bila anak baling. Tak spill proof pulak tu. Omak sangat don’t like!

Avent Straw Cup Mudah Dicuci Bersih

Aku juga sangat suka Avent Straw Cup sebab parts dia mudah dicabut dan mudah dicuci hingga bersih.

Avent Straw Cup Review

Tak macam setengah sippy cup atau straw cup berjenama lain yang susah dicuci. Sampai tumbuh kulat atau mold hitam yang boleh menyebabkan anak jatuh sakit.

Avent Straw Cup Review

Klik untuk baca ==> Kisah Sippy Cup Anak Kotor Hitam Berkulat Macam Ni Sekali. Ewwww!

Aku memang jaga bersih Avent Straw Cup anak aku. So hanya akan tukar botol baru bila Avent Straw Cup tu betul-betul nampak lusuh @ corak pun dah hilang. Setahun sekali kot aku tukar botol tu. Punya lah aku jaga. Hehe!

Tapi straw dia tu aku always tukar dalam 3 bulan sekali atau anytime jika ada mold mula lekat dan degil tak nak tanggal. Kulat mudah melekat pada straw sebab straw kan selalu basah dan mudah lekat sisa makanan.

Avent Straw Cup Review

Anak aku time tidur pun mesti ada Avent Straw Cup yang berisi air kat tepi katil. Sebab malam pun bila terjaga mereka akan minum air masak. So straw memang kena selalu tukar lah.

Avent Straw Cup Banyak Pilihan Warna Menarik

Masa time Irfan, pilihan warna dan corak Avent Straw Cup yang ada kat Malaysia ni limited 2 warna sahaja — pink dan biru. Sangat limited hingga aku belikan Irfan both warna pink dan biru. Hehe!

Avent Straw Cup Review

Tapi sekarang aku tengok Avent Straw Cup dah ada banyak warna dan corak menarik! Excited pulak omak. Avent Straw Cup Irfan dan Irdina tu dah lama tak berganti tu. Hahaha!

Avent My Bendy Straw Cup

Oh! Ada Avent My Bendy Straw Cup lah pulak sekarang ni. Nampak ergonomik design botol minuman Avent ni. Ada curvy body so mudah anak nak pegang.

Avent Straw Cup Review

Aku tak pernah guna Avent My Bendy Straw Cup ni so tak pasti straw dia senang cuci ke tak. Nanti lah aku beli Avent My Bendy Straw Cup ni untuk anak-anak aku. Harap-harap best lah.

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *