Belajar Taekwondo | Apa Beza Black Belt Taekwondo 1st Poom vs 1st Dan?

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Apa Beza 1st Poom vs 1st Dan Black Belt? Mengikut peraturan WTF (World Taekwondo Federation), penganugerahan tali pinggang samada 1st Poom atau 1st Dan ditentukan oleh umur pemegang tali pinggang hitam Taekwondo.

Acara Penyampaian Black Belt Taekwondo 2017

Semasa ujian black belt tiada perbezaan dari segi bentuk ujian yang dibuat. Tapi masa dapat tali pinggang hitam (1st Degree Black Belt) berbeza ikut umur.

  • 1st Poom – pemegang black belt Taekwondo berumur bawah 15 tahun (belt berjalur hitam merah)
  • 1st Dan – pemegang black belt Taekwondo berumur lebih 15 tahun (belt warna hitam)

Acara Penyampaian Black Belt Taekwondo 2017

Pelajar Taekwondo berumur bawah 15 tahun boleh mendapat 1st Poom, 2nd Poom dan 3rd Poom. Kemudian bila mereka mencapai umur 15 tahun, pemegang black belt 1st Poom Taekwondo boleh terus menukar tali pinggang Poom kepada Dan tanpa perlu melalui ujian lagi.

Contohnya: Umur 12 tahun ada 2nd Poom Black Belt yang bersamaan 2nd Dan Black Belt semasa berumur 15 tahun.

Black Belt Taekwondo

Aku Black Belt masa umur 23 tahun (1997). Tahun 2015 aku apply kad keahlian baru bawah Taekwondo Malaysia (TM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *