Petua Dapat Anak Rambut Perang | Anak Aku Irdina Rambut Blonde!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini .

Amboi. Berebut-rebut nak petua dapat anak rambut perang nampak. Hehe!

Betul ke nak tahu cara nak dapat anak rambut perang kemerahan? Serius?

No.. no! Bukan dengan guna inai atau pewarna rambut tau. Semulajadi blonde gitewww! Hak hak hak!

Aku nak story tentang baby aku, Irdina @ Dina-saur. Masa lahir rambut dia aku rasa hitam berkilat.

Baby Rambut Perang

Dark black. Kena cahaya lampu atau matahari pun tetap nampak hitam.

Baby Rambut Perang

Kaler sama macam rambut Izzah.

Baby Rambut Perang

Anak aku Izzah dan Irfan rambut semua hitam legam. Tak de setitik pun kaler perang. Hehe!

Baby Rambut Perang

Masa dia umur dalam 4+ bulan aku perasan berlaku perubahan yang awesome pada rambut dia.

Rambut Dina-saur yang asal dari dalam perut tu mula gugur dan makin menipis. Aku rasa ini perkara biasa. Rambut asal baby dari dalam rahim akan gugur dan akan tumbuh rambut baru. Tapi kan…..

Omakgorg! Rambut anak aku jadi blonde! Perang kekuningan!

Baby Rambut Perang

Kena cahaya terus jadi blonde. Perang kuning. Kadang-kadang nampak macam putih platinum.

Baby Rambut Perang

Kelas betul anak Melayu platinum hair. Hak hak hak!

Macam mana boleh jadi rambut perang ni pulak doh? Tak kan lah aku ni ada genetik keturunan penjajah British. Hak tuih!! Omak perasan! Hehe!

Rambut dia makin menipis macam botak so tak comel. Masa umur 6 bulan lebih babahnya pun cukur kasi botak.

Baby Rambut Perang

Aku expect lepas cukur nanti tumbuh rambut baru warna hitam lah. Omak abah adik beradik rambut hitam kan. Tapi kan….

Omakgorg! Tetap blonde rambut baby aku tu!

Baby Rambut Perang

Hari tu masa balik Terengganu, mak aku @ tok wan Dina-saur pun tegur, ” Eh.. rambut meroh!”

Masa Izzah bawak Dina-saur main basikal kat depan rumah pun ada yang menegur. ” Eh.. rambut dia merah lah!”

Baby Rambut Perang

So confirmed. Mata aku tak main silap mata. Memang rambut anak aku perang kemerahan.

Kadang-kadang rambut Dina-saur nampak light black. Kadang2 perang merah. Kadang2 light brown. Kadang2 kuning blonde. Kadang2 putih platinum. Macam chameleon pulak boleh tukar2 kaler. Hehe!

  • Malam dalam rumah — light black
  • Siang dalam rumah / bawah cahaya lampu — perang merah / light brown
  • Bawah cahaya matahari – kuning blonde / putih platinum

Baby Rambut Perang

Nasib lah hidung tak berapa mancung dan mata tak biru. Kalo tak konpius semua orang. Hak hak hak!

Cerita pasal mata biru — hari tu aku pergi Legoland. Masa beratur nak naik bot ada sorang lelaki Cina ni bawak anak perempuan dia. Umur dalam 5 tahun kot. Rambut dark brown dan mata dia warna biru cair. Cantik sangat!

Aku pun fikir mesti mak dia orang putih mata biru. Melilau mata aku cari mana mak dia. Pastu datang famili budak mata biru tu.

Ada mak dan adik-beradik dia. Tapi kann..

Mak dia Cina jugak mata hitam. Adik beradik dia pun semua mata hitam. Mana datang mata biru dia?

Contact lenses? Ishh.. tak mungkin. 5 tahun je baru. Konpius aku kejap. Hak hak hak!

Aku post cerita anak aku rambut kaler perang ni untuk rekod. Rambut anak aku warna semulajadi tau. Siapa tuduh aku kaler rambut baby aku siap lah. Aku belasah! Omak garang.

Baby Rambut Perang

Mana petua nak anak rambut perang tu? Tak de pun petua. Lari laju-laju!!

Baby Rambut Perang

Pssst.. Tapi aku rasa mungkin sesuatu yang aku sapu pada kulit kepala Irdina masa dia kena cradle cap (kerak kepala) tu yang menyumbang kepada ke-blonde-an rambut dia. Mungkin juga. Nanti aku story lain kali. Sabar yo!

FOLLOW IRDINA.BLOND ON INSTAGRAM

[instagram-feed]
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

4 Comments

  • Okje says:

    Pan asianlah jadinya ye Ros…. Bakal laku keras Dina ni nanti nampaknya hihi….

    Comel Dina ni, geram tengok pipi montel dia tu, putih pulak tu, dahlah rambut blonde …

  • Shaa says:

    Sesuatu tu aloe vera tu ke? Ke tu cume iklan? Hehe. Nak tau letak ape jdi perang cmtu.

  • Mas says:

    Salam kak ros..Nak tau petuanya. Minggu lepas sy de nampak budak rambut blonde. Rasa tertarik nak tau.. Hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *