Tempat Menarik di Selangor | Sekolah Alam : Edu-Park UPM (Universiti Putra Malaysia)

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini .

Education Park @ Edu-Park UPM — aku baru tahu kewujudan taman pendidikan pertanian yang sangat menarik ni minggu lepas!

Aku rasa Edu-Park UPM yang ada sejak tahun 2014 ni memang sangat best. Semua orang samada dewasa dan kanak-kanak boleh masuk Edu-Park untuk belajar tentang penyelidikan agro. Sambil2 tu boleh melawat sendiri universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia.

Edu-Park UPM

Edu-Park UPM menawarkan lawatan berpandu (guided tour) berkumpulan ke setiap pusat-pusat penyelidikan berkaitan agro dengan kadar bayaran yang minimum. Korang boleh melihat sendiri kajian dan pembangunan (R&D) berkenaan pertanian dan penternakan.

Banyak ilmu boleh dapat kat Edu-Park UPM ni tau. Tempat ni sangat sesuai untuk dilawati oleh pelajar tadika, sekolah dan home schoolers. Boleh belajar banyak dari “sekolah alam” di Edu-Park UPM ni tau!

edu-park-upm-06

Ada 8 lokasi menarik di UPM boleh dilawati iaitu:

  • Putra Dairy — ladang lembu
  • Deer Farm — ladang rusa
  • Equine Centre – pusat ekuin/kuda
  • Conservatory Park — Taman Konservatori Pertanian
  • Human Anatomy Museum — Muzium Anatomi Manusia
  • Animal Anatomy Museum — Muzium Anatomi Haiwan
  • Galeri Serdang
  • Malay Heritage Museum — Muzium Warisan Melayu

Edu-Park UPM

Konsep Edu-Park UPM adalah pembelajaran mengikut modul-modul yang telah direka khas bagi setiap lokasi. Setiap modul ada yuran yang dikenakan kepada dewasa dan kanak-kanak. Pemegang MyKad akan mendapat diskaun.

Jika nak melawat Edu-Park UPM mesti buat tempahan @ booking sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh lawatan. Pastikan ada minima 10 orang (maksima 40 orang) dalam setiap kumpulan.

Edu-Park UPM

Tapi jika merancang untuk melawat Edu-Park ni masa cuti sekolah, tak perlu ada 10 orang pun boleh. Sebab pihak Edu-Park akan masukkan korang dalam mana-mana kumpulan lain yang ada. Apa pun, tanya dulu pihak Edu-Park UPM okei!

Putra Dairy — Ladang Lembu

Putra Dairy di Edu-Park UPM adalah ladang ternakan lembu tenusu yang sangat menarik.

Edu-Park UPM

Kawasan ladang lembu EduPark UPM sangat luas dan cantik. Macam berada di ladang lembu New Zealand!

Edu-Park UPM

Tak hairanlah Putra Dairy di Edu-Park UPM ni sering menjadi lokasi pengambaran filem dan juga wedding photography.

Edu-Park UPM

Korang boleh alami pengalaman memberi lembu makan rumput dan juga memberi anak lembu minum susu dari botol.

Edu-Park UPM

Modul Dairy Tour (40 minit) — RM42 dewasa, RM20.40 kanak-kanak/senior | pemegang MyKad RM27.60 dewasa, RM13.20 kanak-kanak/senior

  • Interpretive Talk
  • Calf Feeding
  • Bottle Feeding
  • Sight Seeing
  • Photo Session

Edu-Park UPM

Edu-Park UPM

Deer Farm — Ladang Rusa

Deer Farm di Edu-Park UPM adalah ladang ternakan rusa jinak yang sangat best. Korang boleh alami pengalaman memberi rusa makan pellet dan memberi anak rusa minum susu botol.

Edu-Park UPM

Masa aku ke Deer Farm ni ada seekor anak rusa comel yang sedang breastfeeding. Memang comel sungguh!

Edu-Park UPM

Modul Deer Dearest Tour (40 minit) — RM42 dewasa, RM20.40 kanak-kanak/senior | pemegang MyKad RM27.60 dewasa, RM13.20 kanak-kanak/senior

  • Interpretive Talk
  • Calf Feeding
  • Bottle Feeding
  • Sight Seeing
  • Photo Session

Edu-Park UPM

Equine Centre – Pusat Ekuin/Kuda

Equine Centre di Edu-Park UPM adalah pusat ternakan kuda seluas 4 hektar yang mengandungi 2 kandang kuda. Ada 19 ekor kuda yang dipelihara di sini.

Edu-Park UPM

Kat sini korang boleh memberi kuda makan lobak merah dan juga menunggang kuda. Kelas menunggang kuda disediakan dengan bayaran berpatutan.

Edu-Park UPM

Modul Cowboy World (45 minit) — RM42 dewasa, RM20.40 kanak-kanak/senior | pemegang MyKad RM27.60 dewasa, RM13.20 kanak-kanak/senior

  • Interpretive Talk
  • Feel/Touch Horse
  • Feeding Horse
  • Sight Seeing
  • Photo Session

Conservatory Park — Taman Konservatori Pertanian

UPM Conservatory Park di Edu-Park adalah tempat di mana korang boleh melihat lebih 500 spesis tumbuh-tumbuhan dalam satu lokasi.

Edu-Park UPM

Ada beberapa zon yang boleh dilawati seperti zon halia, tumbuhan ubatan, paku-pakis, ulaman, tumbuhan akuatik, orkid liar, periuk kera, keladi, rempah ratus, tumbuhan wangian dan buah-buahan hutan.

Edu-Park UPM

Fokus utama taman ini terhadap tumbuhan herba. Spesies yang ditanam mempunyai nilai perubatan untuk menjadi alternatif kepada ubat. Ada antaranya jarang dilihat dan sukar diperolehi.

Modul Secret Garden Tour (40 minit) — RM36 dewasa, RM14.40 kanak-kanak/senior | pemegang MyKad RM24.00 dewasa, RM9.60 kanak-kanak/senior

Modul Herbal Spa (40 minit) — Demo Herbal Bath – RM36 dewasa | pemegang MyKad RM24 dewasa

Modul Take-me-Home (40 minit) — Come Color the Flora – RM14.40 kanak2 | pemegang MyKad RM9.60 kanak2

Modul Basic Plant Planting (1 jam) — RM36 | pemegang MyKad RM24

Human Anatomy Museum — Muzium Anatomi Manusia

Human Anatomy Museum di Edu-Park UPM adalah tempat yang menarik untuk belajar tentang ilmu perubatan dan kesihatan manusia.

 

edu-park-upm-universiti-putra-malaysia-human-anatomy-01a

Muzium Anatomi Manusia ini menawarkan 11 modul interaktif untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana tubuh badan berfungsi dan cara menjaga kesihatan.

Modul Explore Human Body (1 jam) — RM36 dewasa, RM18 kanak-kanak/senior | pemegang MyKad RM24 dewasa, RM12 kanak-kanak/senior.

Boleh pilih salah satu antara 11 modul berikut:

  • All in One (1 hour): The Wonders of Human Body
  • 5 Amazing Human Senses
  • The Powerful Heart in Circulatory System
  • Bone Structure
  • Where Are Your Muscles
  • A Tour of Your Respiratory System
  • Your Brain & Nervous System
  • Where Does The Urine Come From?
  • Boys vs Girls
  • Whats Happens To The Food We Eat?
  • How Are Drugs Being Developed

Animal Anatomy Museum — Muzium Anatomi Haiwan

Animal Anatomy Museum di Edu-Park UPM telah wujud sejak tahun 1979 lagi!

Edu-Park UPM

Kat sini korang boleh tengok dari tulang sebesar zirafah hingga tulang sekecil katak.

Modul Animal Anatomy Exploration (1 jam) — RM9.60 | pemegang MyKad RM6

Galeri Serdang

Galeri Serdang di Edu-Park UPM adalah galeri pameran pelbagai hasil seni ciptaan pelajar dan pensyarah UPM.

Edu-Park UPM

Masa aku pergi minggu lepas sedang berlangsung pameran seni sains bertajuk NYAWA ’16 : Brain (24 Oktober – 31 December 2016) dari pukul 9am – 4pm. Kemasukan adalah percuma.

Edu-Park UPM

Menariknya pameran NYAWA ’16: Brain di Galeri Serdang UPM ni ialah segala hasil seni sains mempunyai kaitan dengan otak manusia.

Edu-Park UPM

Malay Heritage Museum — Muzium Warisan Melayu

Muzium Warisan Melayu di Edu-Park UPM ni wajib pergi! Ada banyak barang warisan Melayu seperti pakaian, manuskrip, peralatan rumah dan senjata yang dipamerkan.

Muzium Warisan Melayu UPM

Ada juga 4 rumah tradisional Melayu berusia 95-200 tahun dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Terengganu.

Muzium Warisan Melayu UPM

Muzium Warisan Melayu UPM

Muzium Warisan Melayu UPM

Untuk tempahan @ booking lawatan ke Edu-Park UPM: +603-8947 1413 /14 / 19 — 8am – 1pm/ 2pm – 5pm. Info lanjut: http://www.edupark.upm.edu.my/

Edu-Park UPM

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *