Kisah Lampin Kain | Jimat Sangat Ke Pakai Lampin Kain Moden @ Cloth Diaper CD?

Bismillah. Aloe!

Jimat sangat ke pakai lampin kain moden @ cloth diaper ni? Betul ke jimat??

Memang sangat2 jimat! Bandingkan sendiri kos guna cloth diaper dengan kos guna lampin pakai buang/disposable diapers. DD/dispo/pampers/drypers/sposies tu semua.

Setiap famili berbeza peruntukan sebulan untuk disposable diapers anak masing2 kan. Ianya bergantung kepada umur anak dan jumlah anak yang masih lagi kena pakai pampers tu juga.

Kos Penggunaan Cloth Diaper

Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda? Anda tentu lebih tahu keperluan anak sendiri, betul?

Harga Cloth Diaper Mahal!

Tak betul tu. Cloth diaper moden sekarang banyak pilihan. Ada yang murah dalam RM15-RM30 seketul. Ada yang mahal hingga cecah RM120 seketul pun ada.

Biasanya yang mahal ni brand imported. Macam handbag lah — ada yang branded jugak.

Kos Penggunaan Cloth Diaper

Ikut budget dan minat korang lah nak beli yang mahal atau murah. Tapi kena bijak juga pilih cloth diaper yang berkualiti.

Kedekut sangat beli yang cikai dan murah nanti mudah rosak @ cepat bocor mengamuk pulak kan ekekeke

Mungkin pada awal2 tu rasa sesak nafas juga untuk beli 10-20 CD sekaligus. Kalau tak cukup budget nak beli banyak, beli lah sikit2 setiap bulan. Lama2 banyak jugak dan cukup untuk full time CD anak tu.

Cloth Diaper Boleh Diwariskan

Cloth diaper ni KALAU korang jaga dengan baik — sabun sesuai, cara basuh & sidai betul — insyaAllah boleh tahan lama dan boleh diwariskan dari abang kepada adik.

Aku dah ber-cloth diaper ni sejak Izzah baby. Bila Izzah dah potty-trained masa umur 4 tahun, cloth diaper Izzah tu memang dalam keadaan tip top lagi. Siap boleh jual sebagai second hand. Orang yang beli pun terkejut tengok CD tu macam baru!

Kos Penggunaan Cloth Diaper

Lampin kain moden anak aku Irfan tu pulak sekarang baby bongsu aku, Irdina yang guna. Masih dalam keadaan sangat baik walaupun dah berusia lebih 2 tahun lebih CD tu semua.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *