Cloth Diaper Review | Lampin Kain Moden = Cloth Diaper Charlie Banana – Best ke Tak?

Bismillah. Aloe!

Hari ni aku nak review lampin kain moden @ cloth diaper jenama Charlie Banana.

Aku guna CD Charlie Banana ni sejak Irfan umur satu tahun — awal tahun 2014. Sebelum tu aku dah malas nak terjebak dengan cloth diaper. Semua cloth diaper Izzah dah selamat dijual.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Tapi fikiran aku berubah selepas Irfan boleh berjalan. Rasa macam tak fair pulak Irfan tak ada gambar ber-cloth diaper. Mesti comel terkedek-kedek bontot tembam pakai lampin kain moden tu. Giler punya alasan ekeke.

Aku pilih Charlie Banana sebab aku suka kualiti swim diaper jenama Charlie Banana yg aku beli masa Irfan 3 bulan.Kain sangat soft dan jahitan sangat kemas.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Mula2 aku beli 4 ketul lampin kain Charlie Banana untuk cuba try test. Pastu rasa memang sangat best. So aku beli lagi.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Masa tu kurang pilihan corak untuk boys so aku beli je cloth diaper Charlie Banana yang kaler pink. Pink pun cantik apa even on boys kannnn.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Tak lama lepas tu aku beli lagi one box of 6 cloth diaper limited edition yang bercorak celoreng. Memang awesome sangat aku rasa lampin kain Charlie Banana ni.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Jumlah lampin kain Charlie Banana dalam koleksi aku = 12 cloth diaper.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Cloth Diaper Charlie Banana – 4 Bintang

Charlie Banana ni adalah sistem diaper jenis hybrid. Korang boleh masukkan insert dalam pocket macam pocket diaper + boleh juga letak disposable liner @ alas pakai buang.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

Kelebihan Cloth Diaper Charlie Banana

  • Microfleece lining Charlie Banana tu sangat lembut dan gebu! Rasanya lapisan fleece Charlie Banana ni yang paling soft aku pernah jumpa.

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

  • One size boleh guna dari newborn hingga toddler. Saiz cloth diaper mudah diubah-suai melalui getah elastik pada leg opening yang tersembunyi dalam lapisan fleece. Getah elastik tu macam bra strap dan boleh adjust dari saiz XS-XL.
  • Lubang poket Charlie Banana berada di bahagian depan jadi bahagian belakang bergetah tu diselaputi fabrik fleece yang lembut so tak menyebabkan kesan merah @ red marks
  • Susunan butang snap Charlie Banana secara crossover sangat memudahkan adjust sizing pada perut baby
  • Design yang sangat kemas memastikan tiada PUL terkena direct pada kulit bayi

Kekurangan Cloth Diaper Charlie Banana

  • Boleh menjadi bulky jika dimasukkan dua inserts microfiber — boleh diatasi dengan menggunakan insert microfiber Charlie Banana bersama insert yang nipis seperti zorb atau hemp
  • Tidak sesuai sebagai night diaper
  • Harga sangat mahal & tak banyak penjual Charlie Banana di Malaysia

Aku beli 12 ketul Charlie Banana pada tahun 2014 dan pernah gunakan secara part time pada Irfan. Semuanya masih dalam keadaaan sangat baik. So sekarang cloth diaper Charlie Banana ni aku gunakan pada Irdina pula sebagai diaper siang hari @ day diaper.

Setiap cloth diaper Charlie Banana ni diberikan 2 saiz microfiber inserts (M & L). Untuk Irdina, aku gunakan microfiber insert saiz M dan double dengan insert Zorb. Aku letak Zorb di atas microfiber. So far boleh tahan hingga 3 – 4 jam.

Awas! Korang kena extra careful kalau guna cloth diaper Charlie Banana untuk baby yang masih ekslusif menyusu badan. Bab kencing no problem. Tapi bab berak baby tu OMG sikit ekekee.

Najis @ poop baby yg hanya menyusu badan kan sangat cair @ runny so boleh berlaku poop tsunami  jika dia berak banyak ketika baring. Najis cair boleh meleleh keluar samada dari leg opening atau bahagian belakang.

Aku rasa ni biasalah berlaku. Even kalau pakai lampin pakai buang @ disposable pun poop boleh meleleh jugak. Especially jika peha baby tu slim.

So kena make sure saiz leg opening tu adjust betul2 ikut peha baby. Aku hanya pernah 2 kali je kena “poop tsunami” ni semasa guna Charlie Banana dengan Irdina.

Irdina sekarang dah makan semi-solid food so najis pun dah jadi semi solid. No more problem hehehe

Lampin kain moden Charlie Banana aku ni sudah bertahan selama lebih dari 2 tahun. So far microfleece lining masih lagi dalam keadaan baik. Aku rasa faktor2 berikut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti cloth diaper yang digunakan:

  • Jenis sabun cloth diaper yang digunakan
  • Method simpan used cloth diaper sebelum basuh — dry pail @ wet pail
  • Tempoh peram used cloth diaper sebelum basuh — 1 hari, 2 hari, 3 hari, 4 hari etc
  • Cara sidai cloth diaper di ampaian *tunggu aku story!*

HARGA/ASAL/JENIS CD/JENIS FABRIK

  • Harga = mahal RM95++
    — masa aku beli dulu in 2014 hrg RM65; now ringgit jatuh so harga jadi sgt mahal
  • Origin = imported
  • Jenis cloth diaper = pocket/AI2/hybrid
  • Jenis fabrik outer cover = PUL

DIAPER PUL/LAPISAN LUAR

  • Ketebalan PUL = nipis
  • Gusseted cover = tidak
  • Pilihan corak outer cover/PUL = cantik & unik
  • Pilihan penutup = butang disusun secara crossover
  • Cover boleh guna beberapa kali sebelum basuh = tidak

DIAPER LINING/LAPISAN DALAM

  • Lebar crotch = sederhana
  • Inner lining = microfleece sangat lembut & gebu
  • Gusseted lining = tidak
  • Mudah tanggal kesan kotor/poop stain = ya
  • Mudah kering = cepat

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

JENIS INSERTS

  • Jenis inserts = microfiber (M & L)
  • Mudah kering = sederhana

Cloth Diaper Review Malaysia - Charlie Banana

DIAPER SIZING

  • Snuggness/overall fit = sederhana
  • Adjustable leg opening = ya
  • Flexible sizing = ya
  • Boleh tambah extra inserts = ya
  • Waktu kegunaan = siang
  • Tempoh guna sebelum penuh = 3 jam

PENJUAL CLOTH DIAPER CHARLIE BANANA ONLINE

Nota: Jika ada lain2 penjual cloth diaper Charlie Banana online di Malaysia ni sila komen jika nak aku masukkan dalam list penjual.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *