Kisah Kain Lampin | Senarai Sabun Untuk Basuh Lampin Kain Moden @ Cloth Diaper = CD

Bismillah. Aloe!

Cloth diaper mommies out there! Korang basuh lampin kain moden @ cloth diaper = CD anak guna SABUN APA ye?

Belasah je basuh cloth diaper dengan pencuci yang biasa digunakan untuk basuh baju2 tu? Hey… jangan!!

Kebanyakan lampin kain moden @ cloth diaper  = CD tak boleh guna sabun sebarangan. Pencuci biasa macam Dynamo, Top, Kao Attack dan sebagainya tu boleh menyebabkan CD korang bermasalah.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

CD tu kan mahal. Seketul lampin kain moden harga dalam RM20 – RM120. Nak basuh cloth diaper guna sabun pencuci biasa tu no hal lah. CD korang, korang punya suker la kan. Tapi bila CD bocor, repell air, bau busuk tengik dan mereput silalah menangis tepi mesin basuh…ekekeke

Pengalaman Aku Basuh Cloth Diaper Sejak 2008

Masa mula2 terjebak dengan lampin kain moden ni — tahun 2008-2009 — aku guna sabun Pureen HAD tu. Masa tu aku main belasah je guna sebab dia hypoallergenic. Tak ada pun cloth diaper laundry rules masa tu hehehe

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Kira okei la sabun ni tapi lama2 ada masalah insert microfibers berbau hancing  — bau amonia dari air kencing melekat pada inserts.

Baru sejam dua pakai dan kena air kencing lagi cepat sangat berbau lagi — kesan detergent build up @ sisa sabun melekat. Aku panggil bau ni “hampring” – maksudnya bau hancing sampai pening .. ekekee.

Lepas tu aku guna sabun Charlie’s Soap jenis serbuk. Charlie’s Soap ni aku guna sikit je lampin kain moden aku tu fresh je bau. Tapi still kadang2 inserts tu ada juga berbau hancing sikit2.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Actually aku tak suka sangat sabun jenis serbuk ni. Sebab sabun serbuk kena make sure bilas dengan air banyak2. Else boleh melekat kot sisa serbuk tu kat cloth diaper.

Sometimes aku rasa Charlie’s Soap ni macam tajam @ panas bila serbuk + air kena pada tapak tangan.  Tangan aku ni memang sensitif sikit.

Penjual Charlie’s Soap kat Malaysia yang aku beli dulu ialah BabyShashanMom. com. Tapi penjual ni dah tutup kedai.

Actually ramai seller lampin kain moden yang best2 masa zaman Izzah dulu (2008-2010) dah tak jual lagi anything related to cloth diaper. Aku rasa mereka ni dulu jual pun sebab mereka guna pada anak2. Bila anak2 dah besar so tak ada motivasi nak terlibat dengan lampin kain moden lagi dah kot hehehe.

Sekarang aku guna pencuci Forever Aloe MPD — cecair pencuci yang paling best aku rasa untuk cloth diaper. Lampin kain moden lepas basuh tu sangat2 fresh bau dia.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Aku biasa sapu pada montot baby krim ruam berminyak (Earth Mama Angel Baby Bottom Balm & Forever Propolis Creme). So far tak pernah ada masalah bocor atau repel cecair.

Paling best sebab inserts microfibers pun dah tak ada bau hampring! Even aku biar cloth diaper yg dah kotor dalam baldi semalaman (dry pail) tak bau sangat pun amonia pada inserts.

Kalau dulu biar baru beberapa jam pun bau amonia @ hancing @ hampring tu sebatu boleh bau. Sekarang aku siap ambik cium inserts belum basuh tu depan hidung sebab macam pelik bau hancing mild sangat… ekekkeee

Aku tak payah stripwash bagai dah sejak guna Forever Aloe MPD. Tak ada masalah detergent build up. Inserts pun jadik gebu & berbau fresh. Daya serapan pun makin best. Aku suka!

Pantang-Larang Sabun Untuk Basuh Cloth Diaper

Alamak! Nak guna lampin kain moden @ cloth diaper = CD pun ada pantang larang. Tak boleh guna sabun sebarangan pulak.

Kalau salah guna sabun memang CD akan bermasalah berbau busuk @ hancing @ hampring, mudah rosak – getah longgar, koyak, mereput, sisa sabun melekat menyebabkan CD tak menyerap air = repelling hingga kebocoran. Kulit anak juga mungkin kena ruam lampin yang teruk hingga melecet, melecur dan bernanah.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Sebaiknya guna pencuci yang memang diformulasi untuk mencuci lampin kain moden @ cloth diaper. Biasanya pencuci ini agak mahal sebab di import dari luar negara. Tapi aku rasa masih berbaloi sebab hanya guna sedikit untuk setiap cucian.

Cuba elakkan guna pencuci yang ada bahan2 berikut terutama yg no 1-5. Yg enzim tu hanya enzim cellulase sahaja yang tak bagus sebab ia boleh mereputkan fabrik bamboo & cotton. Enzim lain seperti amylase (menguraikan karbohidrat, spt kanji) dan protease (menguraikan protein seperti wool, silk, blood/darah dan poop stains / kesan najis) okei je untuk digunakan pada cloth diaper. Enzim tak menyebabkan ruam sebab ianya tak bertindak-balas pun dengan sel2 hidup pada kulit bayi.

  1. pelembut @ softener tiruan— menyebabkan detergent build up @ sisa sabun melekat + repelling @ tak serap air
  2. peluntur @ bleach/whitener — sangat tajam pada cloth diaper @ mudah rosak + tak sesuai dengan kulit bayi
  3. pencerah @ optical brightener — pewarna kimia yg melekat pada cloth diaper @ detergent build up + alahan dan ruam lampin
  4. minyak/lemak @ oils/fats — menyebabkan detergent build up @ sisa sabun melekat + repelling @ tak serap air
  5. enzim cellulase @ cellulase enzyme — tindakbalas dgn sesetengah fabrik seperti bamboo & cotton @ mudah rosak
  6. pewangi tiruan — memalsukan kebersihan sebenar cloth diaper sbb terlalu wangi + boleh menyebabkan ruam lampin
  7. antibackteria — tindakbalas dengan sesetengah fabrik & lapisan PUL @ mudah rosak

Take note jenis pencuci hanya satu faktor yang menentukan hayat cloth diaper. Banyak  faktor lain yang boleh mempengaruhi hayat CD korang. Contohnya: berapa lama peram sebelum basuh, method simpan used diaper samada wet pail atau dry pail, cara basuh, jenis mesin basuh, kualiti air, cara keringkan samada dryer atau sidai bawah matahari dan juga cara sidai cloth diaper di ampaian.

Sebab tu kadang2 pencuci cloth diaper yg best pun tak berkesan pada certain people. Pencuci tak salah pun tapi CARA korang handle cloth diaper masa basuh/kering/sidai tu kalau tak betul memang hancur lah lampin kain moden korang tu.

Pencuci Yang Dibuat Khusus Untuk Lampin Kain @ Cloth Diaper

Pencuci berikut (1-9) disarankan oleh MCDP (Malaysian Cloth Diapering Parent) sebagai sesuai untuk cuci cloth diaper. Disaran tak bermakna pencuci tu 100% bagus untuk cloth diaper. Ada mommies yg alami pengalaman teruk juga dengan pencuci2 ni so guna atas risiko sendiri.

  1. Autumnz – Baby Safe Laundry Detergent
  2. Rockin’ Green Detergent
  3. Charlie’s Soap (powder)
  4. Pureen HAD (liquid)
  5. Tiny Bubbles Detergent
  6. LunaCare Detergent
  7. Nellie’s Laundry Soda
  8. Mountain Green
  9. BumGenius Diaper Detergent

Jom tengok satu persatu kandungan bahan2 dalam pencuci khas cloth diaper ni. Secara peribadi aku akan bagi icon = guna atas risiko sendiri (testimoni negatif/susah dapat), = disarankan (testimoni positif/senang dapat) dan = bahaya/meragukan

1: Autumnz – Baby Safe Laundry Detergent | local brand | powder

Sekotak serbuk pencuci Autumnz 1kg berharga RM19.90. Boleh cuci hingga 33 loads. Tak pasti bahan sebenar yang digunakan. Laman web Autumnz pun tak disclose senarai bahan yang digunakan.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Autumnz Baby Safe Laundry Detergent: Low Residue Formula

Claims: Dye & Fragrance Free, Enzyme Free, No Optical Brighteners, Phosphate Free, Anti-bacterial, Gentle for Sensitive Skin, Biodegradable, Ultra-Concentrated

Penjual Autumnz Laundry Detergent di Malaysia: Autumnz.comBabyDots.com.my

Nota: Aku dah cuba search bahan sebenar dalam Autumnz Baby Safe Laundry Detergent ni kat Google tapi so far tak jumpa. Siapa pernah guna boleh tengok kat box apa bahan dia? So aku tak sure adakah pencuci ni betul2 cloth diaper friendly. Harga memang sangat murah RM0.60/cucian. Mungkin boleh tahan hingga 2 bulan. Ada mommies okey je guna pencuci Autumnz tapi ada jugak yang komplen inserts jadi keras dan baby kena ruam.

Testimoni:

  • I tried autumnz before but I get buildup way too fast + insert keras.
  • Autumnz detergent? Saya baru beli, dh pakai 3-4 times, and i found out insert jd keras la. the worst was the hemp insert. even thirties hemp yg dh bnyk kali mix with mf, sblm ni mmg tak keras pun. but this time, horrible skit. ish tak tau nk ckp mcm mane
  • Ya I use autumnz for regular baby laundry. My bamboo wipes pun a bit hard, but when wet its ok. Dunno why like that
  • Ya ya.. My baby punya socks pun turn to hard and flat. So weird.
  • B4 nie sy guna soap nut..ank mg takde masalah ruam..saja2 suka2 try sabun autumnz.anak saya kena ruam yg teruk smpai mengupas kulit.stop autumz..strip wash.guna soap nut balik.masalah ruam selesai.

2: Rockin’ Green Detergent | imported brand | powder

Sebungkus serbuk pencuci Rockin’ Green 1.3kg berharga RM69. Boleh cuci hingga 45 TL/90 FL loads. RM1.50 / cucian. Ada juga mini sachets 100gm berharga RM4.90 satu untuk 2 TL/ 4 FL loads. Perlu hancurkan dalam air panas (tidak mendidih) + rendam cloth diaper selama 30-60 minit sebelum cuci.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Rockin’ Green Detergent: Sodium Carbonate , Sodium Percarbonate, Natural Chelating Agents, Sodium Sulfate, Biodegradable Surfactants, Natural Fragrance Oils (for scented version).

Penjual Rockin’ Green Detergent di Malaysia: BummiaKids.com.my  – Bamboolite.com.

Nota: Rockin’ Green ni imported so kandungan bahan tersenarai dengan jelas. Dari review yang aku baca memang kebanyakan mommies berpuas-hati dengan sabun Rockin’ Green ni walaupun harganya agak mahal.  Tapi ada juga mommies yang tak suka sebab CD masih ada masalah bau, inserts microfiber/bamboo koyak dan ruam lampin. Aku tak pernah guna Rockin’ Green ni sebab dah jumpa pencuci yang aku suka iaitu Forever Aloe MPD tu. Tapi aku dah beli sepaket untuk cuba try test jugak hehehe.

Testimoni:

  • Rgd ni rasa mahal sekali je. Tapi sekali basuh guna 1 teaspoon je guna ( 2-3 hari punya cd)..
  • Been using rgd for 3 years, setahun sekali je beli rgd.. Haha. Sekali je stripwash sebab nk tukar baby
  • Mahal tapi bagus. Mama yang ada budget beli untuk cucian harian. Mama yang tak cukup budget, guna sabun local yang not bad (cloth diaper & baby freindly), then maybe beli pack kecil RGD buat deep wash.
  • RGD, si filzah x tahan..rashes teruk..huhu.. so pki je la sabund cd yg biasa2 aje…
  • Saya guna rgd. Basuh cd 3 hari sekali. 1 paket besar rgd tahan 8 bln lebih. Guna 1-2 scop. Cd tiptop. So far tak pernah stripwash cd.
  • Insert keras bleh jadi gebu balik…amat gumbiranya hati ini…^_^
  • Dengan adanya sabun ni ibu xrisau nak buat STRIPWASH lg….dah xyah pakai sunlight segala..hehe.
  • Oleh sebab sabun ni agak mahal..utk jimat ibu guna utk STRIPWASH je…tp mahal pun amount guna sket je…so masih jimat. 1 sampel pack tu ibu dapat basuh 5 kali CD. 1 kali dalam 10 pcs CD. Jimat kan??…hehe
  • Sangat puas hati dengan performance..insert kene air karat pun bleh ilang.
  • I had been using Rocking Green. Happy. But maybe when realise bau recently, instead of strip wash, I put more Rocking Green; put 2 little(smaller than teaspoon) instead of one. Then within one months, all my Bamboolite inserts koyak teruk.
  • I heard that rocking green is not good for bamboo based CD and soaker. It destroys bamboo faster.
  • RGD tidaklah 100% bagus… walaupun saya dah rinse pakai tangan dulu, still kadang2 ada bau kurang enak lepas keluar dari washing machine. (saya basuh hampir setiap hari)
  • Rgd kulit anak tk tahan naik rashes .. Baca review mommies di us pun ckp baby dia alergic to rgd
  • Sy guna RGD..insert gebu n suka bau fresh lps klua wm..dh 4 bln berCD n RGD sy masih ada half lg mmg berbaloi
  • Last 2 nights i used RGD per cap for full load..byk buih compared to pureen HAD, errr..in terms hilang bau rasa pureen had better.

3: Charlie’s Soap | imported brand | powder

Satu beg serbuk pencuci Charlie’s Soap 1.2kg berharga RM60++ kot. Boleh cuci hingga 80 loads.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Charlie’s Soap: Sodium carbonate, sodium metasilicate (rinse aid formed by heating a mixture of sand and sodium carbonate), biodergradable C12-15, Pareth-2 (Vegetable and mineral sourced surfactants)

Claims: zero abrasives,  zero lye, zero phosphates, zero bleach, zero dyes , zero perfume

Penjual Charlie’s Soap di Malaysia: n/a

Nota: Ramai mommies kat US cakap Charlie’s Soap ni menyebabkan kesan lecur pada kulit bayi. Patutlah dulu aku rasa Charlie’s Soap yang bercampur air macam tajam & panas bila aku pegang. Rupa2nya bahan dia iaitu sodium metasilicate tu jika tak dibilas bersih2 boleh menyebabkan chemical burn pada kulit!

Sodium metasilicate bertindak dengan menukarkan lemak @ fats menjadi sabun – sama tidakbalas macam bahan kimia Lye yang sangat beralkali dan boleh melecurkan kulit manusia serta merta.  Lye biasa diguna dalam pembuatan bahan kimia seperti Sodium hydroxide dan Potassium hydroxide. Uhuh.. harsh chemicals! So aku rasa Charlie’s Soap ni kena buang dari senarai pencuci yang cloth diaper friendly.

Testimoni:

  • Unfortunately for my children, Charlie’s left a whole heck of a lot of ammonia behind and even a little something else. Which caused a bloody, blistering reaction so awful, my kids’ bottoms looked like a terrible acid burn. A chemical burn covering everywhere the diaper touched.
  • My baby got terrible burns from this soap. All of our laundry, which has been washed in charlie’s, is making us itch and my babies clothes turn her red. It’s not a problem of sanitation or disinfection. It’s a chemical burn. It’s a big deal.

4: Pureen HAD | local brand | liquid

Satu botol cecair pencuci Pureen HAD 1 liter berharga RM22. Boleh dapat murah masa sales dalam RM17 sebotol. HAD = Hypo-Allergenic Detergent. Laman web Pureen tak senaraikan secara terperinci nama bahan dalam Pureen HAD.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Pureen HAD: 100% biodegradable, vegetable surfactant, for babies’ delicate skin as well as adults’ sensitive skin.

Claims: Fragrance-free; No Bleach & No Phosphate; No Enzyme & No Brightener

Penjual Pureen HAD di Malaysia: boleh di beli di supermarket / hypermarket / kedai barangan bayi

Nota: Aku guna Pureen HAD ni masa cloth diapering Izzah in 2008-2010 sebab ianya hypoallergenic. Aku suka sebab pencuci jenis cecair so tak ada risiko sisa serbuk melekat pada cloth diaper. Pureen HAD ni okei bagi aku. Tapi aku kena juga stripwash sebab insert microfibers tu bau hancing @ hampring. Ada mommies cakap yang Pureen HAD menyebabkan inserts jadi keras.

Testimoni:

  • Saya pengguna sabun HAD pureen untuk basuh CD and pakaian baby. Tapi saya perasan baju, insert dan especially towel akan jadi keras kejung.
  • sy pki pureen HAD.lame gak than tp bau sabun tuh x beslah..hihi..Sblm ni pakai pureen HAD jugak tp insert cpt keras
  • Sy start pakai pureen HAD mase bulan okt, skrg dh nk masuk jun..ade lg sabun tu..jimat memang jimat..hehe
  • I use Pureen HAD. The bamboo insert seems “mereput“, become “lembik” & get torn easily

6: Tiny Bubbles Detergent | imported brand | powder

Sekotak serbuk pencuci Tiny Bubbles 1 kg berharga RM59.90. Boleh cuci hingga 60 load. RM1 / cucian.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2Tiny Bubbles: Sodium carbonate, Sodium sulfate, Sodium percarbonate, Sodium alkyl aryl sulfonate, Linear alcohol ethoxylate.

Penjual Tiny Bubbles di Malaysia: SentuhanBayu.biz

Nota: Tiny Bubbles Cloth Diaper Detergent ni tak banyak dijual kat Malaysia. Dulu TinyTapir.com ada jual jugak rasanya. Skrg tak de.

Testimoni:

  • Try tiny bubbles…syok sgt2! tahan lama…1 kotak 1kg sampai skrg ni tak sampai setgh pun pakai (4 bulan dah pakai, sekali cuci pakai 1 scoop penuh)…saya rasa padan la dgn harga dia, tahan berbulan2…dah abih ni teringin nak try RGD full pack pulak…skrg ni pakai samples je utk stripwash

7: LunaCare Detergent | local brand | liquid

Satu botol cecair pencuci LunaCare 1 liter berharga RM23. Ada juga botol 500ml dengan harga RM15. Laman web Lunatots tak senaraikan secara terperinci nama bahan dalam Lunacare Detergent

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 LunaCare Detergent: Concentrated formula

Claims: 100% phosphate free, biodegradeable, NO enzymes, NO optical brightener, NO dye & fragrance

Nota: Aku tak pernah cuba LunaCare so tak pasti okei ke tak. Ada mommies cakap okei LunaCare ni. Ada jugak yang guna LunaCare naik ruam sampai berdarah & bernanah.

Testimoni:

  • Dulu i penah guna juga Lunacare tue,pastue anak i naik ruam
  • Saya pernah try Lunacare tp tak sesuai dgn anak saya
  • Dlu i guna lonatots nye detergent, nek rashes pai bdarah2 menanah. Smlm g cosway, try lak beli ecomax. So da basuh smlm, xde da bau hancing. Hopefully x naik rashes la.

8: Nellie’s Laundry Soda | imported brand | powder

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Nellie’s Laundry Soda: Sodium Silicate, Coconut oil based surfactants

Claims: Hypoallergenic, residue free, all natural ingredients, leaves clothes soft and fresh, super concentrated

Penjual Nellie’s Laundry Soda di Malaysia: n/a

Nota: Aku tak pernah dengar tentang Nellie’s Laundry Soda yang berasal dari Kanada ni. Tapi since pencuci ni ada dalam senarai MCDP so aku go through jugak lah. Tak banyak info yang boleh aku dapat. Tak pasti ada jual ke tidak kat Malaysia.

9: Mountain Green | imported brand | liquid

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Mountain Green: Purified water, natural and biodegradable vegetable-based surfactants (coconut and/or palm), mild food grade preservative (Sodium Propionate), Sodium Bicarbonate

Claims: free of harsh chemicals, phosphates, phosphorous, enzymes, PEG, polycarboxylates, benzene, cocamide DEA, chlorine,  and artificial dyes

Penjual Mountain Green di Malaysia: n/a

Nota: Aku tengok kandungan bahan2 Mountain Green memang okei untuk cloth diaper. Pencuci ni dalam bentuk cecair so bagi aku sangat sesuai untuk cloth diaper – kurang risiko serbuk sabun melekat pada fabrik. Dulu TinyTapir.com ada jual rasanya. Tapi sekarang not sure siapa seller yang jual pencuci Mountain Green ni. Aku try cari local review pasal Mountain Green ni tapi tak jumpa.

10: BumGenius Diaper Detergent | imported brand | powder

Satu kampit serbuk pencuci BumGenius 1.8 kg berharga RM59.90. Boleh cuci hingga 71 load. RM0.85 / cucian.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 BumGenius: Sodium carbonate, Sodium sulfate, Sodium percarbonate, Sodium alkyl aryl sulfonate, Linear alcohol ethoxylate.

Claims: Free of dyes, optical brighteners, fragrances, enzymes and phosphates – approved for use with BumGenius diapers.

Penjual BumGenius Diaper Detergent di Malaysia:SentuhanBayu.biz

Nota: BumGenius Diaper Detergent ni memang dihasilkan oleh pengeluar cloth diaper yang pernah jadi favorite aku iaitu BumGenius. So aku rasa pencuci ni memang cloth diaper friendly. Tengok nama senarai bahan pun okei.

Baru2 ni aku tengok BumGenius ada keluarkan pencuci cecair BumGenius Liquid Laundry. Kandungan bahan: Purified Water, Potassium Cocoate, Decyl Glucoside, Lauryl Glucoside, Octadecanoic Acid, Sodium Citrate, Quillaja Saponaria Bark Extract, Glycerin (Vegetable), Sodium Carbonate, Protease Enzyme, Citric Acid, Amylase Enzyme — owh ada enzim!!

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Mesti mommies semua confused kan sbb selama ni kata enzim tak sesuai untuk cuci cloth diaper. Actually enzim protease dan amylase ni okei je untuk cloth diaper. Hanya enzim cellulase sahaja yang fungsinya untuk elak kain berbulu @ anti pilling tak bagus sebab ia boleh mereputkan fabrik bamboo & cotton.

11. Charlie Banana Laundry Detergent | imported brand | powder

Sebekas serbuk pencuci Charlie Banana 2.64 liter berharga RM85.85. Boleh cuci hingga 100 loads. RM0.85/cucian.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Charlie Banana Laundry Detergent: Biodegradable coconut oil based surfactants, natural washing soda and sodium silicate.

Claims: Contains no dyes, phosphates, UV brighteners or perfumes, Hypoallergenic – perfect for those who have sensitive skin, non-toxic and completely biodegradable, safe on all high efficiency machines

Penjual Charlie Banana Laundry Detergent di Malaysia:BabyDots.com.my

Nota: Aku tengok dari segi bahan okei untuk cloth diaper. Tapi aku tak jumpa local review untuk Charlie Banana Laundry Detergent ni. So boleh cuba atas risiko sendiri.

Pencuci Bukan Formulasi Cloth Diaper Tapi Selamat Digunakan

Pencuci berikut ni pula tak diformulasi untuk lampin kain tapi dikatakan selamat untuk basuh cloth diaper — guna atas risiko sendiri!

  1. BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
  2. Might Detergent 
  3. Fab
  4. Trojan
  5. Kuat Harimau 
  6. Cosway Ecomax Delicate
  7. TLC Kiddies 
  8. Forever Aloe MPD 2x Ultra

1: BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser | local brand | liquid

Sebotol cecair pencuci BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser 1 liter berharga RM35.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser: Eco-friendly biodegradable formula – natural or plant derived ingredients

Claims: Phosphate-free, hypo-allergenic, no artificial fragrances or harsh detergent is used, easy rinse formula prevent diaper rash

Penjual BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser di Malaysia : TheBabyOrganix.com | AppleCrumbyandFish.com | OneBabyWorld.com

Testimoni:

  • I’ve been using this for 3 yrs now. No complaints..
  • KD guna.. ok saja.. bersih n so natural smell.
  • Sy pengguna tegar brand ni dr anak yg pertama till yg kedua ni msh guna ni

2: Might Detergent | local brand | serbuk

Wujud lagi kah Might Detergent ni kat Malaysia? Sebab aku search Google lansung tak jumpa info. Tak sure siapa pengeluar Might Detergent ni. Rasa kat Tesco tak de. Mungkin ada kat Giant. Tapi ada review dari mommies.

Testimoni:

  • Might detergent also one of detergent safe and suitable for cloth diaper. Not bad also.
  • Saya guna might environment detergent. sekotak tahan berbulan2.rasa dah 5 bulan still guna kotak yg sama.(anyway saya basuh 2/3 hari sekali)
  • Might Detergent can use to wash CD. But would prefer other detergent as Might Detergent will leave some coconut smell especially if you use too much of it. I hate that smell very much. Thus use it only once for CD laundry.
  • Might Detergent powder sekotak tu I pakai dkt 3 bulan, tak samapi lagi separuh kotak hihi.

3: Fab | local brand | serbuk

Serbuk pencuci Fab ni memang murah dan popular lah. Brand legend ni hehehe. Ada beberapa variasi iaitu Fab Perfect, Fab Antibacterial, Fab Color and Fab with freshness of Lavender.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Aku rasa yang boleh guna untuk cloth diaper hanya Fab Perfect. Yang lain tu macam ada addtional bahan yang mungkin tak sesuai untuk lampin kain moden. Harga sebungkus Fab Perfect 3.9kg kat Tesco RM29.

4: Trojan | local brand | serbuk

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Serbuk pencuci Trojan ni pun brand legend ekekeke. Aku search kat Google tak jumpa info pun. Kat hypermarket ada jual kot.

5: Kuat Harimau | local brand | serbuk

Serbun pencuci Kuat Harimau pun brand legend jugak. Mudah nak beli kat Tesco. Harga sepaket 2.5kg Kuat Harimau Putih Powder Detergent hanya RM9.95. Paling murah kot aku rasa.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Ada banyak variasi sabun Kuat Harimau ni. Make sure pilih yang paling basic. Kebanyakan mommies yang guna sabun Kuat Harimau untuk cuci cloth diaper berpuas hati. Murah dan berkesan tanpa kesan sampingan.

Testimoni:

  • I use Kuat Harimau too! No problems so far. I love the smell
  • stakat ni ok sbb kuat harimau ni tak berbuih sangat kalau nak dibandingkan dgn daia, biozip, fab dan lain2. sbb tu yg lain2 kena guna sikit jer. bau sabun kuat harimau pun tak kuat sekuat daia. kalau daia ngan boom tu satu kilomenter pun dah blh bau. tak yah tanya pakai sabun apa dah blh tau.
  • so far selama sy guna kuat harimau ni, x pernahla anak dapat rashes ke apa..kulit anak saya mmg agak sensitif, tp ok je pakai sabun tu..
  • saya guna sabun harimau kuat & trojan utk basuh cd, kalo pakai banyak sabun apap un akan build up bila kurang bilas.. saya tak rajin nak bilas sampai 7-8 kali kalo pakai wm, setakan 3-4 pun saya rasa banyak.. hmm setakat ni 2 sabun tu guna dgn kuantiti yang sikit takde masalha.. 10 cd dgn 15 insert saya pakai setakat sesudu mkan sabun trjan @ kuat harimau tu

6: Cosway Ecomax Delicate | local brand | liquid

Bahan2 Cosway Ecomax Delicate: pH-neutral formula,  Plant-based laundry additive, antibacteria

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Claims: Free of harmful ingredients like phosphates, nitrates, nonylphenol, optical brighteners and zeolites. Easy-rinse to prevent leaving residues on fabrics that may cause skin irritation.

Testimoni:

  • Extra rinses mmg perlu sbb ecomax ni byk buih. Anggaran sabun utk 10-15 sets of CD, guna 1/2-3/4 detergent spoon. Ni kena test sendiri sbb hasil buangan anak berbeza ikut apa yg dia minum dan makan.
  • So disebabkan itu saya tukar sabun kepada ecomax delicate wash. Alhamdulillah dah jadi lembut dan gebu gebas semula.
  • Skrg mmg tgh guna ecomax (mmg best!!), slps guna hAd dan kuat harimau (saya tak suka sbb insert still bau walau dah basuh sekali lg n insert jd keras kejung)…
  • Ecomax Delicate wangi, macam fresh floral smell. Pureen HAD unscented.
  • Buihnya banyak, you start dgn 2-3 picit. Klu buih terlalu banyak, you kurangkan satu picit. Klu macam tak cukup you tambah satu picit lagi. Trial & error sebab setiap orang punya load tak sama.
  • Sy dah 3 thn lebih pkai ecomax delicate wash.so far xde problem.insert pun cantik gebu..x penah lg guna brand2 lain.ecomax ni pkai skit je mmg jimat betul
  • Liquid based, smell good and cds are in tip top condition
  • Ecomax pun mcm tu jg..klu da pee,hmmm hancing jg la bau,ni start time raya hri tu,byk travel then,kumpul2 cd smpi ke mlm bru bsuh..biasanya trus bsuh..hmmmm
  • Saya guna cosway ecomax delicate cd cepat naik bau.. Sebelumni guna concentrate ok.. Sbb baca kata delicate yang sesuai.. Tp yang tu pulak cepat naik bau..

7:  TLC Kiddies | local brand | liquid

Bahan2 TLC Kiddies: Purified water, plant base + biodegradable surfactant, table salt, care addictive, fragrance, preservative (<0.2%), chelating agent, color.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Testimoni:

  • Pernah try TLC dulu untuk beberapa bulan, ok, takdeh masalah buildup. Kawan saya guna, dia kata ok, mild, no buildup, no skin allergic, insert tak keras. Tapi terlalu mild, stain tak berapa nak keluar.
  • bau i rasa macam Sandalwood. Tapi after dry, bau mostly hilang, tiggal sikit2. I also guna untuk emergency, sebab dulu pakai RGD. Habis stock, so guna TLC untuk beberapa bulan je, takleh nak comment panjang. Tapi CD tak leaking la, anak pun tak naik rashes… itu dah kira ok.
  • salwa guna tlc kiddies dah 8 bulan lebih. So far ok je. Cd tak leaking, insert mf n bamboo pun tak keras kejung. Belum pernah stripwash lg sbb tak rasa adanya keperluan.
  • Stain pun hilang je bila basuh.
  • I dah try sekali. 3 extra rinse to be safe. Sbb mcm byk buih sikit compared to RGD. Maybe I pun terpakai byk. Lupa patut 1/4. Heheh

8: Forever Aloe MPD 2x Ultra | imported brand | liquid

Satu botol cecair pencuci Forever Aloe MPD 2x Ultra 946ml berharga RM102. Ahli biasa harga RM86.50 – jimat 15%. Ahli VIP harga RM66. Bagi yang cuci diaper 2-3 hari sekali boleh cuci hingga 95 full loads lebih kurang 25 diapers 10ml (3/4 sudu makan) per wash cycle – RM1.07/RM0.90/RM0.70 per cucian.

Bagi yang cuci diaper hari2 macam aku dalam 5-8 diaper boleh cuci hingga 189 loads hanya 5ml (1 sudu teh) per wash cycle – RM0.50/RM0.45/RM0.35 per cucian. Aku rasa memang sangat jimat.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Pencuci serba guna ni memang berkesan dan selamat untuk cuci pakaian dan cloth diaper.

Bahan2 Forever Aloe MPD 2x Ultra: An aqueous solution containing surface active agents (Water [Aqua], Ethoxylated Linear Alcohols, Benzenesulfonic Acid, C10-16-Alkyl Derivatives, Sodium Salts, Sodium Xylene Sulfonate and Sodium Sulfate), Conditioner (Aloe Barbadensis Leaf Juice), Fragrance (Parfum), Methylisothiazolinone, and Colorant.

Claims:  Multi-purpose, 2X concentrated cleaner, Phosphorus-free, Environmentally-friendly, biodegradable ingredients, mild, gentle formula with aloe vera is kind to hands and clothes.

Nota: Testimoni ni dari aku sendiri. So far aku rasa Forever Aloe MPD 2x Ultra ni memang best sangat2 untuk cuci cloth diaper Sebab2nya:

  • Jimat sebab hanya pakai sikit untuk satu cucian
  • Bau yang sangat bersih dan semulajadi fresh/segar
  • Tak ada masalah walaupun aku sapu krim ruam berminyak pada baby (Earth Mama Angel Baby Bottom Balm & Forever Propolis Creme)
  • Kadang2 lupa sapu krim tapi so far tak pernah naik ruam @ rashes
  • Dah guna lebih 6 bulan so far tak payah strip wash, tak ada masalah bocor @ repelling semua jenis CD — pocket microfleece, pocket suede, pocket bamboo, AIO organic cotton, AI2 bamboo etc
  • Semua jenis inserts – microfiber, bamboo, cotton, zorb & hemp lembut dan gebu; daya serapan bertambah
  • Fleece & suede pun nampak macam baru dan putih
  • Tak ada lagi masalah inserts berbau hancing @ hampring. Bau amonia jadi mild. Kadang2 aku pelik anak aku kencing ke tidak ni. Rasa basah tapi macam tak ada bau. Kena cium letak depan hidung baru bau. Kalau dulu sebatu dah bau hancing ekekeke.

Pencuci Bukan Sabun

1: Soap Nut

Soap Nut ni nama je “soap” tapi bukan sabun. Soap nut ni adalah sejenis kacang kering yang ada saponin @ sabun semulajadi. Soap nut ni popular di kalangan ibu yg ada anak eczema sebab dikatakan tidak merengsakan kulit anak2 mereka yg sgt sensitif.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Ada mommies yang guna soap nut untuk cuci cloth diaper. Berani deh. Kalau aku memang reject soap nut ni sebab warna dia tu coklat pekat mcm tak sesuai cuci cloth diaper yg mahal2 tu. Ada mommies cakap mmg inserts jadi kekuningan.

Testimoni:

  • Now pakai soapnut.. Sgt ok..sbb bau hancing da ilang, ms pakai sabun2 biasa tu kdg2 bau gak urine tu.. Tp pakai soapnut pon sy still pakai sabun murah masa basuh tu.. Pas basuhan pertama br boh soapnut hihi
  • After some times using soapnut on my white items, i found that they turned abit yellowish/greyish. I read that for white items we need to add oxigen bleach,
  • Oh, i am not alone… i have stop using it, because the MF inserts all turned yellowish.
  • dulu saya pon perasan anak sy jadi rashes sejak pakai soapnut… lepas tu tak pakai dah.. ada kawan2 jadi camtu gak.. tak sure adakah soapnut culpritnya tapi stop je lah.. hehe
  • Sy pun..my bb kene ruam.n kemerahan d private part. Siap tukar 2 jam sekali sbb sy andaikn mayb sy lmbat tukar.n merahnya semakin merebak..n sapu cream.x juga berkurang.n terfikir.mayb due to soapnut.then stop cd.basuh all the cd without any detergent.then the problem hilang..so skrg stop dah guna soapnut
  • saya pun dah 2 minggu newborn saya ruam-free sejak berhenti pakai soapnuts.
  • saya basuh cd using soapnuts ada bau hancing sket ble dh kering.

2: Laundry Ball

Laundry ball @ bola pencuci adalah bola yang mengandungi butiran pencuci, kramik dan magnet dalam komposisi khusus untuk mencuci pakaian tanpa detergent biasa. Laundry ball boleh menghasilkan sinar infrared dan ion negatif yg boleh menarik kotoran keluar dari fabrik.

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Kat oversea ada mommies yang guna laundry ball untuk cuci cloth diaper ni. Tapi kat Malaysia aku rasa laundry ball ni tak popular. Susah nak cari dan mahal kot.

Pencuci Yang *TAK BOLEH GUNA* Untuk Basuh CD

  1. Pureen ABD
  2. Cosway Kiddiewash 
  3. Pureen Kiddiwash
  4. Kao Attack
  5. Nappikleen
  6. Top Detergent
  7. Dynamo
  8. Basic H (Shaklee)
  9. Amway SA8 Liquid Concentrated Laundry Detergent

1: Pureen ABD| local brand | liquid

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Pureen ABD: Powerful germicide that kills germs and odour, combines highly effective enzymes that remove stubborn stains, anti-depository agent & softener.

Claims: Cleans effectively and gentle on fabric, imparts smooth feel to the fabric, low suds

Testimoni:

  • I use Pureen ABD .. the charcoal bamboo inserts became not fluffy anymore just after one month usage.
  • Usually at night soak for 1-2hr with Pureen ABD, notice the bamboo insert not as fluffy/soft as new, a bit hardened and crack to pieces..
  • Fully CD sjk lepas pantang, ruam makin menjadi2. skrg,dhentikan CD dh 3ari,pakai DD and wat stripwash kt sume CD..i use pureen ABD
  • Basuh pakai pureen ABD.. guna cd lps basuh bocor. Keempat2 cd sy beli semuanya bocor. Try bsh blk kali ni tak pakai sabun. Alhamdulillah tak bocor. Then check sabun tu, rupanya with softener da.

2: Cosway Kiddiewash | local brand | liquid

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Cosway Kiddiewash: softening agent, optical brightener and solar bleaching catalyst

Testimoni:

  • Uwaaa baru seminggu pakai kiddie wash cosway…pocket cd jadi tak menyerappee bertakung…tak masuk kat insert pun…kenapa ye?before this pakai pureen had tak penah jadi mcm nih…been using CDs dah bertahun this is the first time jadi mcm nih
  • kiddie wash coswah mmg cpt build up… kena pakai sikit jer kot…
  • saya takleh dah nk guna kiddie wash..all my organic inserts,bamboo nq hemp dah koyak..
  • masa awal2 berCD saya pakai cosway kiddiewash…takda masalah, tp sbb tak berani pakai byk takut detergent build-up, sy pakai skit je (saya pakai dlm krg skit 1/4 drpd penutup) CD ada yg berbau hancing skit laa..
  • Den tukar kpd kiddiewash, so far ok xde rashes, just masih bbau hancing even da wat byk circle.
  • Lps tu sy upgrade pakai cosway kiddiwash. Improvelah skit, bau better tapi still masalah inserts cepat bocor. Lepas tu anak develop rashes kt penis and makin teruk.
  • cosway kiddiwash tp tak sesuai sgt..rash and build up cd kerap bocor..
  • sy bsuh cd pakai kiddiewash.bla kering wangi la.tp bla skali dia pee,trus jd menyengat bau x best.

3: Pureen Kiddiwash

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Ingredients: Special formula with vegetable based softener and whitener.

Claims: Kills Germs @ anti bacteria, stain Removal, colour care, lower pH, low Suds, biodegradable and phosphate-free – environmental friendly.

4: Kao Attack

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Testimoni:

  • Jadi, saya pakai sabun Kao Attack yg biasa tu. Sukatan 1/3 sudu utk cucian 2 hari CD yg soiled. Saya membasuh menggunakan sabun itu 2-3 kali dlm minggu itu. Walaupun saya lebihkan sekali ganda bilasan, akhirnya terjawab sudah..apa akibat menggunakan sabun sebarangan ^^” ~ pocket CD dgn inner suede dan microfleece semuanya ‘repel’ pee. Pee anak teruna saya berjuraian meleleh ikut celah peha. Insert tak berapa nak lencun pun

5: Nappikleen

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

6: Top Detergent

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Testimoni:

  • sabun top Xtaula nk kabo Dh 1y pkai Kekeke Xpnah stripwash lg,xda leaking,insert@soaker fluffy je
  • Me 7 ke.8.tahun pun hheheheh..masih.top..xde lagi yg rosak…rosak sbb cd yg x elok ada…brand yg sama coolababy…qqbaby.masih utuh turun temurun 3 ank

7: Dynamo

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

8: Basic H (Shaklee)

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Basic H Shaklee: Water, Alkyl Polyglucoside (from corn & coconut), Ethyoxylated Fatty Alcohol (from coconut), Xanthan Gum (from vegetables) and Methyl Chloro Isothiazolinone (biodegradable preservative)

Claims: natural base,non toxic,non phosphate, non harm chemical

Nota: Basic H Shaklee tak dibuat untuk cuci pakaian apa lagi cloth diaper. Ia lebih kepada general house cleaning – cuci cermin, gris, lantai etc.  Untuk laundry Shaklee ada keluarkan serbuk pencuci khas tapi tak sesuai untuk cloth diaper.

9: Amway SA8 Liquid Concentrated Laundry Detergent

Pencuci Cloth Diaper - Lampin Kain Moden

Bahan2 Amway SA8: Sodium Carbonate (Washing Soda), Pareth-25-7 (Nonionic Surfactant), Citric Acid (Organic Water Softener) Fumaric Acid (Dispersant), Hydrated Silica (Absorbent Mineral), Cellulose Gum (Anti Redeposition Agent), Water, Amylase (Starch Stain Remover), Protease (Protein Stain Remover), Distyryl Biphenyl Derivative (Fabric Brightener), Fragrance

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *