Demam Panas Bayi & Kanak- Kanak | Betul Ke Demam Panas Bagus Untuk Anak?

Bila anak yang masih bayi demam panas memang sangat merisaukan. Terutama jika bayi masih kecil di bawah umur 1 tahun. Tak boleh tidur malam dibuatnya.

Saya dulu kalau Izzah demam panas cepat-cepat bawa dia pergi klinik. Doktor biasanya akan bagi ubat demam dalam bentuk cecair Paracetamol atau Nurofen dan juga ubat demam Voren suppository yang perlu dimasukkan dalam bontot bayi.

Kalau demam bayi tinggi melebihi 39’ celcius memang doktor akan suruh terus masukkan ubat bontot. Kadang-kadang kat klinik tu doktor siap tolong masukkan ubat tu sekali.

Izzah memang kerap demam panas. Sistem imun badan Izzah semasa berumur bawah 5 tahun memang sangat lemah. Selalu sangat selsema, batuk dan demam panas.

Ubat demam, ubat selsema dan ubat batuk memang sentiasa ada dalam peti sejuk.

Demam Panas

Hinggakan Izzah sangat suka makan ubat. Tak batuk pun dia pura-pura batuk semata-semata nak makan ubat batuk!

Mulanya saya ingat baguslah Izzah suka makan ubat. Senanglah nak bagi dia ubat semasa sakit. Tak perlu kena paksa-paksa kan.

Tapi sebenarnya bila anak suka sangat makan ubat menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Something is very wrong!

Budak suka makan sesuatu bila dia kerap sangat makan benda tu kan. Anak kerap sakit jadi makan ubat demam, selsema dan batuk sudah jadi kebiasaan pada dia.

Baguskah anak kerap sakit dan kerap makan ubat? Sudah tentu tidak!

Jadi kalau anak anda tak suka makan ubat maknanya anak jarang jatuh sakit. Tak perlu paksa anak makan ubat jika dia tidak mahu. Ada cara yang lebih alami (natural) yang kita boleh buat untuk bantu anak sembuh dari demam, batuk dan selsema.

Demam Panas

Anak demam? Belajarlah cara untuk menguruskan demam anak. Jangan terlalu bergantung kepada ubat demam. Ada cara yang kita boleh buat untuk mengawal suhu anak semasa demam.

Sepatutnya kita sokong proses demam panas. Sebab demam panas menunjukkan sistem imun bayi dan anak kita berfungsi dengan baik. Demam panas adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.

Ubat demam yang terus menerus diambil semasa demam boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah merebak. Sekejap suhu naik. Sekejap turun. Sekejap naik. Sekejap turun.

Tak sempat kuman mati kita dah kacau proses demam panas yang bertujuan untuk melawan penyakit. Sebab tu ada banyak kes demam berlarutan hingga berlaku jangkitan pada otak, paru-paru dan buah pinggang. Nauzubillah..

Bangangnya mak sorang ni! Tak sayang anak lah tu. Anak demam dia biar tak bagi ubat demam. Duk jerlum memanjang apa hal. Apa punya mak macam ni.

Saya pernah nampak status menghentam mak-mak yang cuba merawat demam secara alami di Facebook.

Tak tergesa-gesa bagi ubat demam tak bermakna tak sayang anak. Menyokong proses demam memerlukan kita buat lebih lagi daripada berikan ubat demam semata-mata.

Menyokong proses demam panas memerlukan ibu berkorban tidak tidur malam untuk memantau suhu, menjerlum, sponging dan menyusu badan dengan kerap. Menyokong proses demam panas juga memerlukan ibu sentiasa memastikan anak minum dengan kerap dan menyediakan makanan berkhasiat bagi membantu sistem imun bekerja dengan lebih baik dalam melawan penyakit.

Anak batuk dan selsema? Cuba buat Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion.

Ubat demam, selsema, batuk dan antibiotik sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada bayi.

Ubat-ubatan ini merencatkan fungsi sistem imun badan bagi melawan penyakit. Kesannya adalah sementara sebab itu anak kita kerap jatuh sakit.

Tahukah anda yang ubat demam Paracetamol akan mengurangkan perembesan enzim glutathione yang mengurangkan kebolehan badan melawan jangkitan. Ubat demam hanya mengurangkan panas badan dan tidak merawat punca demam panas berlaku.

Ubat demam contohnya, akan memutuskan fungsi saraf yang menyampaikan rasa sakit dari otak kepada sel tubuh. Sebab itu ubat demam juga dikenali sebagai pain killer.

Hypothalamus di dalam otak ada mekanisma thermostat yang berfungsi mengawal suhu badan. Semasa demam sejenis protein bernama pyrogen dihasilkan yang menyebabkan peningkatan sintesis bahan bernama prostaglandin dalam otak. Suhu badan akan meningkat.

Prostaglandin dihasilkan oleh badan sebagai tindak-balas terhadap kecederaan dan penyakit tertentu. Salah satu tindakan prostaglandin ialah meningkatkan sensitiviti urat saraf supaya bila berlaku kecederaan kita akan merasa sakit supaya kita cuba melindungi bahagian badan yang cedera itu. Postaglandin juga menyebabkan suhu badan meningkat untuk melawan unsur asing seperti bakteria yang berada dalam badan.

Paracetamol atau ubat demam bertindak sebagai antipyretic yang menghalang sintesis prostaglandin yang menyebabkan kesakitan hilang buat sementara dan suhu jatuh dalam masa 30 minit selepas di makan.

Ubat demam tidak memberi peluang langsung kepada sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk bertindak secara semulajadi bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Bila sistem imun badan anak selalu terencat @ dihalang fungsinya dengan ubat demam sudah tentulah anak mudah jatuh sakit. Bakteria dan virus sangat suka budak yang sistem imun lemah ni tau.

Demam Panas Bagus Untuk Bayi dan Kanak-Kanak?

Dulu, Izzah memang selalu demam panas. Saya memang sangat risau bila dia kena demam panas. Suhu panas sedikit terus saya berikan ubat demam cecair Paracetamol. Bila demam tinggi saya masukkan ubat bontot terus.

Demam Panas

Bagi saya masa tu adalah sangat penting untuk turunkan suhu badan dia secepat mungkin. Biasanya dalam masa 30 minit selepas ubat demam diberikan memang suhu badan akan jatuh ke paras normal.

Tetapi dalam masa 2-3 jam demam panas akan kembali!

Hal ini akan berlaku selama 3-5 hari sebelum demam panas betul-betul hilang.

Kenapa begitu? Kenapa demam panas masih terus berlaku?

Memanglah. Sebab sistem imun badan anak sedang berusaha keras untuk melawan bakteria dan virus dalam badan anak. Suhu badan perlu naik sekurang-kurangnya 38’ celcius untuk mematikan kuman yang menyebabkan penyakit.

Allah sudah jadikan badan kita lengkap dengan sistem imun untuk melawan penyakit.

Tapi kita menghalang fungsi sistem imun anak untuk jalankan tugasnya melawan penyakit dengan memberikan anak ubat demam!

Anak demam panas. Berikan ubat demam. Suhu normal. 2-3 jam kemudian demam panas lagi. Berikan ubat demam lagi. Suhu normal. 2-3 jam kemudian demam lagi.

Jika bernasib baik kitaran demam panas ini hanya akan berlaku selama 3-5 hari. Jika tidak ia boleh berlarut berminggu-minggu.

Kenapa kita tidak berikan masa untuk sistem imun badan anak untuk menjalankan tugasnya? Sepatutnya kita menyokong proses demam panas kerana demam panas menunjukkan sistem imun badan anak sedang berfungsi dengan baik untuk melawan penyakit.

Biasanya bila saya demam panas saya sendiri tidak akan tergesa-gesa makan Panadol. Pernah suhu saya mencecah hampir 40’ celcius dan kulit badan terasa sangat panas bila disentuh. Saya berusaha menurunkan suhu badan dengan mengeluarkan peluh melalui senaman dan minum sup ayam panas atau milo panas. Saya juga mandi dengan kerap.

Selepas sehari dua bila rasa badan masih tak sihat dan kepala terasa sakit teruk baru saya makan sebiji panadol. Kesannya.. demam saya terus kebah dengan hanya sebiji panadol.

Memang sangat berbeza jika demam terus makan Panadol. Demam itu tidak akan terus kebah dengan sebiji panadol. Kita perlu makan beberapa kali Panadol selama beberapa hari baru demam kebah.

Mana lebih baik untuk badan kita – berikan masa untuk sistem imun badan bertindak melawan penyakit iaitu menyokong proses demam selama sehari dua sebelum makan ubat ATAU terus makan ubat berulang kali tanpa bagi peluang langsung sistem imun menjalankan tugasnya?

Saya sendiri tidak bergantung pada ubat demam. Tetapi kenapa saya boleh terus menerus berikan ubat demam pada anak saya Izzah masa dia demam. Teruk betul saya. Patutlah demam Izzah lambat baik.

Berikan Ubat Demam Walaupun Anak Sudah Tidak Demam

Izzah pernah kena asma, batuk dan demam panas sehingga saya perlu bawanya berjumpa dengan pakar kanak-kanak di hospital.

Doktor arahkan saya berikan Izzah ubat demam selang 4 jam sekali walaupun demam sudah tiada.

OMG. Tak demam pun bagi juga ubat demam?

Seriously. Paed Izzah yang arahkan saya bagi ubat demam walaupun demam sudah surut beberapa hari.

Demam Panas

Saya ikut cakap doktor selama sehari sahaja selepas demam Izzah baik. Naluri saya kuat menghalang saya daripada sambung bagi ubat demam pada anak saya selepas demamnya kebah.

Untuk apa bagi anak ubat demam selang 4 jam sekali walaupun sudah tidak demam panas?

Untuk terus menerus rencatkan fungsi saraf dan sistem imun badan anak? Astagfirullah.

Anak Demam Jangan Selimutkan

Kalau perasan, gambar Izzah semasa demam adalah dalam berselibung selimut tebal.

Ada yang marah saya. Mana boleh selimut anak masa demam! Bukak baju dan lap dengan air! Selimut macam tu lagi la panas budak tu!

Macam kak Rock lah mulut dia. Laser berapi-api. Awak pakai kasut saya ke masa tu? Tak kan. You’re not my shoes lah.

Ya saya tahu. Biasanya kalau demam kita sepatutnya pakai nipis. Buka baju anak lagi bagus. Supaya kepanasan dari badan boleh dibebaskan ke udara. Tak digalakkan selimut atau pakai baju tebal.

Izzah pernah kena asma dan ada reaksi alergik kepada nebuliser Ventolin. Selepas sejam sedut gas ventolin kepala Izzah menjadi sangat panas manakala tangan dan kaki menjadi biru hingga terasa sejuk beku bila disentuh.

Badan Izzah menggigil dengan dahsyat sekali hingga saya terpaksa menyelimut badannya untuk mengurangkan kesejukan yang boleh menyebabkan kejutan pada organ dalaman. Bila tangan dan kaki kembali panas sekata dengan kepala baru saya buka selimut dan lap badan dengan kain lembab. 3 kali perkara ini berlaku barulah saya kenalpasti puncanya ada Ventolin.

Kebetulan pulak hanya gambar Izzah berselimut yang saya paparkan. Tak kan saya nak papar gambar anak dara saja tak pakai baju? Izzah bukan bayi lagi tahu.

Agak-agak la pun nak hentam orang pun. Think lah before you talk.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

7 Comments

  • Anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info… Sebelum ni pun bila anak demam saya terus bagi Ubat Demam.. Tapi apabila dah membaca entri ini, mungkin lepas ini saya akan memberi peluang kepada sistem imun anak saya bertindak balas melawan penyakit…

  • Wafa says:

    Terima kasih atas perkongsian..

    Detail dan sangat bermanfaat.

  • nana says:

    Mmg btl tiada kebetuln ats dunia ni..Semua prcgn rapi Allah Taala.sy dlm dilema pd mulanya,samada perlu htr ank sy ke hosp atau trus dirumah dgn cr amali.ank sy dmm on n off.dia ckp benci dgn ubt.dia sanggup disuntik dr mkn ubt.adray br 5thn.sy ketakutn saat pns dia kmbli.hmpr 40°c.namun bl sy bc blog mama izzah ni,sy akui kerelevenannya..subhanallah..ptt la demam dia ssh kebah,sy asyik ggu ‘kerja’ mrka dgn ubt..

  • Nada says:

    Mohon share ye..

  • maya says:

    Bagusla perkongsian ilmu ni…
    Dah dua hari anak saya demam. Kakinya panas so memang saya pakaikan yang nipis sahaja serta jerlom kepala dengan tuala basah. Tapi memang betullah kata puan, kalau kita ni demam, kadang2 kita tak ambil pun ubat demam atau paracetamol bagai. Kita mandi, minum air banyak2, kadang2 berselimut berstokin dan minum sup yang suam. Kadang2 makan buah sebab tak sedap tekak kan. At the end, bila badan dah kebah, kita rasa segar sangat. Nothing to worry kan. Cuma ibu kena alert dan rajin. Saya share info puan ye.

  • edora says:

    wow satu info yang sangat bagus…selalunya bila anak saya demam, segera2 saya cari ubat demam untuk redakan demam mereka tapi macam yang puan tulis la..2,3 jam demam balik…so hari ni saya nak try teknik ni…trimas

  • Ieda says:

    Terima kasih atas perkongsian info dan pengalaman menjaga anak demam. Kita perlu alert setiap perubahan yg berlaku pada anak especially bila ada simptom muntah yang berterusan dan berak cair serta pucat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *