Dutch Lady ActivGold™ | Tenaga Berterusan Untuk Si Manja Terus Belajar

Tepat pukul 8:00 pagi, seorang guru prasekolah sudah bersiap sedia untuk memulakan harinya dengan sebatang kapur di tangan. Beliau telah menyusun jadual pembelajaran yang meliputi input visual, aktiviti pembelajaran, latihan membaca dan eksperimentasi untuk membantu anak muridnya belajar.

Apabila memandang sekeliling kelasnya, beliau melihat wajah murid yang hambar, tidak berminat dan bersemangat untuk memberi tumpuan kepada pelajaran. Memang normal bagi kanak-kanak kecil bersikap begini namun ia boleh menimbulkan masalah apabila mereka besar kelak kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja sekolah.

Izzah

Sebagaimana olahraga mengambil makanan sihat dan berkhasiat untuk bertanding, kanak-kanak juga perlu makan dengan betul untuk belajar dengan baik di sekolah. Kita semua tahu bahawa pemakanan dan pembelajaran saling berkait.

Sesetengah makanan menguatkan fungsi otak, daya ingatan, daya tumpuan dan prestasi kognitif. Malangnya, ramai orang tidak sedar bahawa kanak-kanak bukan sahaja memerlukan tenaga untuk badan, tetapi juga memerlukan tenaga yang berterusan untuk otak.

Tenaga Berterusan

Apabila badan kita dalam keadaan rehat atau sewaktu kita tidur, otak kita tetap aktif kerana banyak proses arahan kepada badan seperti mengawal suhu badan, kadar denyutan jantung dan pernafasan berlaku. Justeru, adalah penting bagi otak mendapat tenaga berterusan untuk menjamin prestasi optimum.

Boyle,P.J. et al.(1994). Diminished brain glucose metabolism is a significant determinant for falling rates of systemic glucose utilization during sleep in normal humans. J Clin Invest 93, 529-535.

Izzah

Menurut Pakar Sains Kanan FrieslandCampina Innovation International, Dr. Anne Schaafsma,

“Sungguhpun asid dokosaheksaenoik (DHA) dianggap sebagai blok binaan bagi otak, glukosa adalah sumber tenaga utama untuk kecekapan fungsi prestasi kognitif seperti daya tumpuan dan daya ingatan.”

FrieslandCampina Innovation International menjalankan penyelidikan berkaitan perkembangan dan fungsi otak, khususnya peranan Isomaltulosa memberi bekalan tenaga berterusan.

Apakah Isomaltulosa?

Isomaltulosa adalah bahan semula jadi yang diperolehi daripada madu dan tebu. Ia membekalkan jumlah tenaga yang sama seperti sukrosa, tetapi dihadamkan secara lebih perlahan, seterusnya membolehkan kenaikan glukosa darah lebih rendah dan lebih perlahan berbanding sukrosa.

Dr. Schaasfma menjelaskan, “Hasil kajian saya mendapati bahawa Isomaltulosa membolehkan glukosa memasuki darah secara lebih perlahan, mengelakkan kenaikan dan kejatuhan mendadak tahap glukosa. Ini menjadikan bekalan tenaga secara lebih kekal dan lebih panjang kepada otak.”

Perkembangan Kognitif

Menyedari pentingnya pemakanan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak, Dutch Lady milik Royal FrieslandCampina N.V. mengorak langkah pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ActivGold™ dengan Isomaltulosa dan DHA serta formula yang membekalkan nutrisi penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Dutch Lady ActivGold_Packshot

“Di Dutch Lady Malaysia, kami faham dan kami sedar bahawa untuk merangsang proses bermain, belajar dan meneroka secara optimum, kanak-kanak memerlukan pemakanan yang baik dan tenaga secukupnya untuk badan dan otak mereka. Dalam zaman keemasan hidup kanak-kanak, mereka aktif belajar setiap hari dan memerlukan bekalan tenaga berterusan kerana otak mereka hanya boleh menyimpan tenaga selama 15 minit3,” kata Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

ActivGold

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ActivGold™ mengandungi Isomaltulosa dan DHA. Tenaga berterusan untuk si manja terus belajar. Penyelidikan terhadap Isomaltulosa membuktikan komitmen Dutch Lady Malaysia untuk membekalkan nutrisi yang terbaik untuk perkembangan kanak-kanak.

Taib MNM, Shariff ZM, Wesnes KA, et al. (2012) The effect of high lactose-isomaltulose on cognitive performance of young children. A double blind cross-over design study. Appetite 58, 81-87 .

Benton D, Nabb S. (2003) Carbohydrate, memory, and mood. Nutr Rev. May;61(5 Pt 2):S61-7.

Hasil kajian menunjukkan bahawa fungsi otak bergantung pada bekalan tenaga yang stabil. Selain itu, bekalan tenaga yang stabil membolehkan otak berfungsi pada tahap optimum untuk jangka waktu lebih lama.

Dutch Lady ActivGold

Untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan membolehkan mereka mencapai potensi penuh, adalah penting untuk memastikan pemakanan yang betul adalah sebahagian daripada diet harian mereka.

Dutch Lady ActivGold™ Step 3 dan Step 4 dengan Isomaltulosa dan DHA boleh didapati dalam pek 550gram dan 550gramx2, dengan dua pilihan perasa, iaitu Original dan Honey. Dutch Lady ActivGold™ boleh didapati di semua pasar raya besar di Malaysia seperti Tesco, Speedmart 99, Mydin dan kedai runcit di Semenanjung Malaysia.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *