Kisah Breastfeeding | Deodorant Boleh Minum Tak Mati Punya + Smelly No More!

Merujuk kepada entri saya bertajuk: Kisah Breastfeeding | Kourtney Kardashian Sanggup Badan Berbau Demi Menyusu Anak tu…….

Sesiapa yang breastfeeding anak atau ada niat nak menyusu anak hingga at least 2 tahun tu… sila buka mata sikit lah. Tak nak buka dua belah mata buka sebelah pun tak apa…

Cuba check label dedorant @ pewangi ketiak @ anti-perspirant korang tuuu.

Apakah bahan-bahannya? What are the ingredients?

Adakah salah satu bahan kimia berikut ada di dalamnya:

  • Aluminum
  • Parabens
  • Propylene Glycol
  • Phthalates
  • Articlosan

Kebanyakan deodorant dan anti perspirant ada ALUMINIUM tu.. yang dikaitkan dengan kanser payudara. Bahan lain macam Parabens tu pulak boleh kucar-kacirkan hormon. Manakala Propylene Glycol tu boleh merosakkan sistem saraf.

deodorant

Kalau bertahun-tahun duk tenyeh benda kat ketiak.. tak mustahil kita jadi candidate breast cancer… Nauzubillah!

Tak mustahil jugak ianya penyebab kenapa sekarang ramai sangat wanita susah mengandung. Hormon kacau how can you conceive naturally kannn.

Let me give you an example. Kita tengok deodorant yang saya pakai for the past few years…iaitu BODY SERIES Deodorant & Antiperspirant Roll-on. Deodorant ni keluaran Amway dan saya suka sebab baunya very light dan tak menyebabkan ketiak berbau terlalu cepat… ngeeee.

Bahan-bahan dia:

Active Ingredient: Aluminum Chlorohydrate 25% ww/pp. Other Ingredients: Water, Propylene Glycol Dioctanoate, Steereth-2, Steereth-20, Lichen Extract, Alclexa, Glycine, Fragrance.

Nampak itu Aluminum Chlorohydrate? Nampak itu Propylene Glycol Dioctanoate?

Omaigod!

deodorant-1

Tak concern ke bahan kimia merbahaya semua tu meresap masuk liang susu?

Well.. mungkin jumlah aluminium yang sesat masuk liang susu tak banyak… but still…. ada aluminium dalam susu badan kita yang akan diminum oleh baby yang imun sistem pun tak matang lagi.

So… I’m very very very very very very concern!!

Saya sudah buang semua stok BODY SERIES Deodorant & Antiperspirant Roll-on saya.. eh stok la sangat… ada 2 je pun heh heh.

Lepas melahirkan Irfan saya memang tak pakai deodorant langsung. Berpantang dan berbau… itu motto saya masa pantang ngeeee. Dah la duduk terperap dalam rumah.. cuaca panas pulak tu… nasib baik boleh kerap mandi.

Tapi tak kan tak pakai deodorant masa kembali bekerja. Tengik bau satu office karang..

Deodorant Bebas Aluminium, Organik dan Boleh di MINUM

Ha ah. Serius. Tak tipu. Memang ada deodorant yang boleh kita minum tapi tak poison. So… confirm tak mati…heh heh.

Kalau deodorant saya yang lama tu.. siap ada warning kalau tertelan cepat-cepat ke hospital. Kalau tak kojol macam ikan.

Tapi deodorant ni siapa cakap boleh je kalau nak minum. Kalau NAK la kan.. heh heh.

Apakah deodorant yang hebat itu? Curiousnya…

Moogoo Fresh Cream Deodorant.

Saya suka.. saya suka!

Moogoo Fresh Cream Deodorant

Ingredients: Water (Purified), Magnesium Hydroxide (Milk Of Magnesia), Xantham Gum (Food Grade Thickener), Backhousia Citriodora Leaf Oil (Aussie Lemon Mytrle), Zea Mays (Corn) Seed Flour, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Humulus Lupulus (Hops) Extract.

Moogoo Fresh Cream Deodorant

Saya suka sebab Moogoo Fresh Cream Deodorant ni bau dia sangat light dan sedap. Macam bau lemon myrtle.. bukan bau perfume macam most dedorant.

Ia juga sangat berkesan mencegah bau badan. Betul.. walaupun berpeluh tapi ketiak memang tak masam macam dulu lagi dah. I like!

Moogoo

Tapi harga Moogoo Fresh Cream Deodorant agak mahal iaitu RM29 (60ml). Pricey pun pricey lah… asalkan organik dan tak ada bahan kimia macam aluminium tu. Boleh minum pulak tu (kalau sanggup la kan) heh heh.

Moogoo Fresh Cream Deodorant boleh dibeli di website Moogoo Malaysia atau kat Caring Pharmacy atau Vitacare Pharmacy.

Ada deodorant alternatif lain yang lebih murah untuk ibu menyusu iaitu…

Deodorant Smelly No More!

smelly-no-more-deodorant-01

Smelly No More Total Image ni saya rasa lagi bagus sebab dia target punca ketiak berbau iaitu BAKTERIA @ antibakteria.

Logik la kan. Kalau ketiak penuh bakteria dan kita letak segunung deodorant wangi @ antiperspirant pun… memang tetap akan berbau juga.

Smelly No More

Bila kita hapuskan punca ketiak berbau iaitu bakteria. Confirm hilang terus bau ketiak tu…ngeeee.

Yang bagusnya Smelly No More ini berasaskan batu mineral: natural mineral salts. So bebas dari aluminium dan bahan kimia merbahaya lain.

Paling penting Smelly No More Total Image ni sangat sangat sangat berkesan!!

Smelly No More

Saya suka.. saya suka.. saya suka!!

Mulanya saya cuak juga nak pakai Smelly No More ni untuk ke pejabat. Siap bawak Moogoo Fresh Cream Deodorant tu sebagai spare. Mana tau tetiba ketiak jadik hangit heh heh.

First day pakai Smelly No More terus saya jatuh cinta. Saya lagi cinta Smelly No More daripada Moogoo Fresh Cream Deodorant.

Sebab:

  • Ketiak tak melekit langsung sebab nak pakai hanya basahkan ketiak dengan air kemudian roll @ sapu Smelly No More.
  • Ketiak tak berbau langsung. Memang sesuai lah nama deodorant tu Smelly No More.
  • Ketiak tak rasa gatal. Setengah deodorant kan menyebabkan ketiak gatal-gatal kannn.
  • Ketiak semakin cerah. Makin hari makin putih pulak ketiak saya ni…heh heh.

Harga satu deodorant Smelly No More ni RM15+ sahaja. Saya beli kat Guardian Pharmacy. Carilah kat bahagian deodorant tu… mesti ada punya.

Kecik je Smelly No More ni tapi memang power mencegah bau badan. Saya buat kerja macam memasak, kemas rumah etc yang confirm peluh keluar mencurah-curah tu pun… tetap tak ada bau tengik ketiak you!!

Saya bagi satu Smelly No More pada Big Babah. Dia pun suka sebab memang tak ada bau badan hangit lagi dah. Kejap kejap cium ketiak… sebab tak bau… heh heh.

Smelly No More ni boleh tahan lama sebab ianya batu mineral. Dah pakai berbulan pun macam tak luak batu tu.

Tapi kena jaga betul-betul jangan bagi jatuh Smelly No More tu. Sebab kalau jatuh batu mineral tu akan retak @ pecah dan kena beli baru. Memang boleh pakai lagi tapi rasa sakit sikit lah ketiak sebab sapu batu yang retak….

Baik beli baru je.. yang retak tu boleh guna sapu kat kaki sebelum pakai kasut… confirm kaki tak berbau…ngeee.

So…sesiapa yang breastfeeding tu berhenti lah guna deodorant ada aluminium tu. Untuk kebaikan ibu dan bayi jugak kannnnn.

  • Kalau rasa nak ketiak ada bau wangi sikit guna je Moogoo Fresh Cream Deodorant.
  • Kalau rasa nak ketiak bau natural @ tiada bau masyeeeem guna lah Smelly No More.

Daaa!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • Sidratul Muntaha says:

    kami lama dah tak pakai deodorant due to axillary abscess
    kalu mak kami.dia guna kulit limau nipis je
    kami amik alfafa tablet tok detox je..
    seriau..
    siap operation 2 kali remove

  • Wan Anie says:

    Saya sudah lama tidak gunakan deodorant, paling last guna 2 tahun lepas kut.. yang Amway tu ler…

    Sekarang gosok dengan bedak kulit rambai je masa mandi hehe

    Bagus juga perkongsian ni, nanti nak cuba Smell No More tu lah…

    Lagi satu nak request Little Mama share skincare apa yang bagus dan xde chemical.. puas mencari…

    • Shima says:

      @Wan Anie, sy guna zai’s beauty formula..cube google..mahal sket tp worth it utk long term..

  • karipapsayur says:

    Oh masalah sy! Tu pasal gugel dan jumpa entry ni. Baru2 ni tersilap beli Dr Mist yg perisa cool mist. Terua ketiak bau kita sapu bedak baby. Lama sikit dh jd busuk.

    Smelly no more atau apa2 tawas x menjadi pd sy. Mungkin sbb malas nk p ltk air. Tp utk trim kna spend rm15. Ms di SMSPP kelantan, adik dorm beli garam tawas rm2++ byk gile dpt. Of cos permukaan tajam berseranggah. Tp dia pakai smpi yg tajam tu jd smooth. Betapa gigih dia setia dgn garam tawas!

    Skrg after 13 years n dh blk kuantan, x jumpa tawas murah seranggah gitu dahh (mode jimat tp nak bau badan osem!)

  • aisyah says:

    Betul ker pasal body series tu ada aluminium tu berbahaya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *