Kadar Degupan Jantung Bayi | Apakah CTG (Cardiotocography) dan Kegunaannya?

CTG (Cardiotocography) ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga kontraksi (contraction).

Alat CTG biasa digunakan di hospital terutama dewan dan wad bersalin. Sesiapa yang mengandung dan masuk ke hospital untuk melahirkan mesti akan merasa pengalaman memakai CTG ini.

Fungsi CTG adalah sama dengan Fetal Doppler yang kecil iaitu untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Tetapi maklumat yang diperolehi dari mesin CTG adalah lebih lengkap kerana digunakan selama 30 minit setiap sesi bagi mendapatkan graf degupan jantung bayi dan juga kontraksi ibu jika ada.

CTG

Dari segi perubatan, cardiotocography (CTG) merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy) denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau electronic fetal monitor (EFM).

Alat CTG sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda ‘fetal distress’ iaitu bayi berada dalam keadaan tertekan.

CTG

Semasa saya ke PAC Hospital Sungai Bulih (sementara menunggu katil kosong di wad), setiap 4 jam sekali kena buat CTG. Bagi saya CTG bukanlah sesuatu yang seronok kerana kita perlu berbaring dan tidak boleh bergerak selama 30 minit dengan perut diikat dengan tali elastik serta besi ‘tranducers’ yang agak berat.

CTG

Bayi dalam kandungan juga tidak suka dengan CTG. Memang ketara kerana setiap kali perut saya diikat dengan ‘transducer’ CTG, bayi saya akan menendang dengan ganas dan sentiasa beralih tempat. Degupan jantung bayi saya juga agak tinggi (tachy) semasa kali pertama CTG dibuat dan menyebabkan saya terpaksa buat CTG sekali lagi.

CTG

Kertas keputusan CTG mengandungi dua baris graf. Graf di bahagian atas merekod degupan jantung bayi dalam kandungan (per minit) dan graf di bahagian bawah merekod kadar kontraksi ibu mengandung.

CTG

Kadar degupan jantung bayi dalam kandungan yang normal ialah antara 120 hingga 160 per minit. Sedikit perbezaan di bawah atau di atas paras normal disebut ‘variabiliti’ yang masih dianggap normal. Ia menunjukkan sistem saraf dan tindakbalas chemoreceptors, baroreceptors dan cardiac yang sihat.

CTG

Perbezaan di bawah atau di atas paras normal yang melebihi 15 minit menandakan kemungkinan berlakunya ‘acute hypoxia’ iaiatu bayi lemas (kekurangan oksigen) atau terbelit tali pusat.

Semasa saya di wad 6B, ada seorang pesakit yang mengandung 32 minggu tapi terpaksa dibedah secara kecemasan kerana CTG menunjukkan kadar degupan jantung bayi yang sangat lemah. Alhamdulillah. Bayinya selamat dilahirkan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *