Bersalin Secara Pembedahan | Pengalaman Bersalin Secara Caesar di Hospital Sungai Buloh

Saya pernah melahirkan anak sebanyak dua kali melalui pembedahan caesarean di Hospital Sungai Buloh. Saya memilih bersalin di hospital kerajaan kerana kos pembedahan yang sangat murah berbanding bersalin secara pembedahan di hospital swasta.

Kos bersalin secara pembedahan di hospital kerajaan hanya beberapa ratus ringgit sedangkan ia boleh mencecah hingga belasan ribu di hospital swasta. Terutama jika ada komplikasi kehamilan seperti saya iaitu uri di bawah tahap tiga.

Semasa mengandung anak pertama, saya alami uri bawah tahap 2. Saya bersalin secara pembedahan kecemasan kerana air ketuban sudah kering (bocor), uri di bawah dan kedudukan bayi melintang.

Ketika itu saya diberikan bius penuh (general anesthesia) kerana kes saya dikira sangat rumit. Saya langsung tidak sedarkan diri semasa pembedahan di jalankan. Malah saya terpaksa dimasukkan darah kerana kehilangan darah sebanyak 800ml.

Pengalaman bersalin secara caesar kali pertama itu ada saya tulis di sini dan sini (sila klik untuk baca).

Hospital Sungai Buloh

Semasa mengandung anak kedua, saya alami lagi uri bawah tetapi kali ini adalah tahap 3. Jadi, saya tidak berpeluang bersalin secara normal. Malah, saya terpaksa masuk ke wad hospital dua minggu lebih awal untuk pemantauan.

Tarikh pembedahan saya ditetapkan pada 17 December 2012 iaitu semasa kandungan saya masuk 37 minggu. Sehari sebelum pembedahan, doktor jalankan ultrasound untuk pastikan kedudukan bayi.

Bayi saya dalam kedudukan songsang (kaki di bawah) dan doktor menyatakan kedudukan ini memudahkan dia untuk menarik bayi keluar. Kalau kepala bayi di bawah, doktor perlu menggunakan forcep untuk menarik bayi keluar dan kemungkinan besar muka bayi akan ada kesan lebam.

Saya juga perlu menandatangani surat kebenaran pembedahan dan surat kebenaran dibius. Doktor memberitahu apa yang akan berlaku semasa pembedahan dan pakar bius juga akan menerangkan tentang prosedur pembiusan.

Jarum IV juga dicucuk pada urat tangan saya. Bukan satu tetapi dua jarum iaitu satu disetiap tangan. Sebelah kanan digunakan untuk masukkan air manakala sebelah lagi untuk kegunaan semasa pembedahan iaitu samada memasukkan darah atau memasukkan ubat-ubatan.

Hospital Sungai Buloh

Saya dimestikan berpuasa dari tengah malam hingga waktu pembedahan dijalankan. Sepanjang tempoh berpuasa, air dimasukkan melalui tiub IV untuk mencegah dehidrasi.

Pada pagi hari pembedahan, saya disuruh menukar baju kepada gaun putih khas untuk pembedahan. Saya diberikan ubat cecair yang agak pahit untuk ditelan sebelum katil saya disorong ke dewan pembedahan.

Ubat cecair itu bertujuan untuk mengelakkan kita muntah semasa pembedahan. Kali ini saya dibius separuh badan (bius spinal – tulang belakang). Saya akan sedar sepenuhnya semasa dibedah. Ngeri juga bila difikirkan. Sebab masa caesar anak pertama dulu saya dibius penuh.’Hanya sedar bila pembedahan selesai.

Sampai sahaja di dewan pembedahan, saya disuruh duduk seperti udang sambil memeluk bantal. Pakar bius memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang saya. Sakit juga macam kena gigit semut api.

Kemudian saya diminta berbaring dengan kedua belah tangan didepakan. Tangan kanan di letakkan alat pengesan degupan jantung dan tekanan darah. Tangan kiri digunakan untuk memasukkan ubat melalui jarum IV.

Beberapa minit kemudian saya mula terasa kebas dari pinggang ke bawah. Doktor meminta saya mengangkat kaki ke atas untuk memastikan ubat bius berkesan. Saya hanya boleh menggerakkan jari kaki tetapi tidak berupaya mengangkat kaki.

Doktor masukkan tiub catheter di saluran kencing dan kemudian menyapu sejenis cecair sejuk pada perut saya. Perut saya ditutup dengan kain yang berlubang.

Saya tidak nampak apa yang dibuat oleh doktor kerana ada tirai tebal di pasang di dada saya. Tetapi saya tetap boleh merasa apa yang diperlakukan kepada saya.

Semasa dibedah, saya juga boleh merasa pergerakan pisau di perut tetapi langsung tiada rasa sakit. Saya juga boleh mendengar doktor berbincang sesama mereka tentang pelekatan (adhesion) organ dalam badan saya.

Saya terasa agak senak apabila doktor mula menolak kepala bayi untuk dikeluarkan. Sebaik sahaja bayi keluar terasa kosong bahagian abdomen. Kedengaran cecair disedut dari mulut bayi dan bayi saya mula menangis.

Hospital Sungai Buloh

Saya tersenyum. Alhamdulillah. Bayi saya sudah selamat dilahirkan tepat jam 11.01 pagi.

Tetapi pembedahan belum selesai. Doktor mula menekan perut saya untuk mengeluarkan uri. Kali ini terasa lebih senak lagi.

Seorang lagi doktor memasukkan ubat melalui jarum IV di tangan kiri saya. Saya terasa sangat sakit dan memberitahu doktor itu. Tangan saya sudah bengkak jadi doktor mencabut jarum IV itu dan memasang satu lagi jarum IV di celah lipatan lengan saya.

Semasa pembedahan berjalan, saya kerap melihat mesin yang memaparkan degupan jantung dan tekanan darah saya. Saya dapati setiap kali saya risau tekanan darah mula naik sedikit demi sedikit.

Jadi, saya perlu sentiasa berfikiran positif. Saya anggap apa yang dilakukan doktor semasa pembedahan adalah pengalaman baru yang kelakar dan boleh di tulis di dalam blog. Sepanjang pembedahan saya sentiasa senyum dan ketawa di dalam hati. Malah ada kalanya saya tergelak seorang diri semasa doktor ‘menggodek’ perut saya.

Hasilnya, tekanan darah saya sentiasa stabil sehingga selesai pembedahan. Alhamdulillah.

Bayi saya selesai dibersihkan dan di bawa kepada saya untuk dicium. Sungguh wangi sekali bauan dari syurga yang masih melekat kuat pada bayi saya.

Pembedahan saya selesai tidak sampai setengah jam. Selepas itu saya disorong keluar ke sebuah bilik pemantauan. Pesakit yang siap dibedah (tak kira umur) di letakkan di situ selama setengah jam.

Saya mula menggigil kesejukan. Memang terasa sangat-sangat sejuk. Nasib baik nurse selimutkan saya dengan selimut berhaba panas. Tapi saya tetap menggigil kesejukan. Setengah jam saya menggigil. Mungkin itu kesan ubat bius.

Selepas itu baru saya disorong ke bilik lain dimana jururawat dari wad 6B sedia menunggu. Saya diminta mengiring untuk dipindahkan dari katil pembedahan ke katil wad.

Hospital Sungai Buloh

Saya perlu berbaring dalam keadaan terlentang (supine) selama 6 jam selepas pembedahan. Air dimasukkan melalui jarum IV dan saya hanya dibenarkan minum dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan muntah.

Jururawat-jururawat pelatih datang mengerumuni saya dan mula membersihkan bahagian kemaluan saya serta menukarkan pad. Terima kasih banyak-banyak adik semua.

Saya hanya kehilangan sebanyak 200ml darah semasa pembedahan kali ini. Jadi, tidak perlu dimasukkan darah. Alhamdulillah.

Berbaring terlentang selama 6 jam agak meletihkan. Saluran kencing terasa tidak selesa dan perit kerana masih dipasang tiub catheter. Tiub itu hanya boleh dibuka keesokan harinya.

Bayi saya sudah diletakkan dalam bassinet di sebelah katil saya setelah saya sampai di wad. Selepas 4-5 jam baru saya dapat menyusukan bayi dengan bantuan suami. Bayi dapat menghisap dan menikmati kolostrum yang kaya dengan antibodi sambil saya berbaring.

Memang sangat susah menyusukan bayi sambil berbaring sedikit mengiring. Saya tidak boleh bangun lagi kerana tempoh masa belum cukup 6 jam.

Selepas 6 jam berlalu, saya mula minum air sedikit demi sedikit sehingga habis hampir satu liter air sepanjang malam. Memang terasa sangat dahaga.

Pada malamnya, saya gagahkan diri untuk duduk demi untuk menyusukan bayi saya. Alhamdulillah, penyusuan susu ibu kepada bayi dipermudahkan.

Kesan sampingan dibedah dengan bius spinal bagi saya ialah berlaku kegatalan pada muka dan badan. Sebaik sampai di wad, saya meminta suami mengelap muka saya dengan tuala basah. Jadi, rasa rimas dan gatal di muka agak kurang.

Keesokan harinya, saya terasa gatal-gatal di badan terutama di belakang, peha dan tangan. Nasib baik kegatalan semakin hilang selepas saya mandi.

Saya juga mula batuk berkahak. Memang agak menyakitkan untuk batuk selepas pembedahan.

Selepas tiub catheter di saluran kencing ditarik keluar, saya alami sakit pada saluran kencing semasa membuang air kecil. Sakit ini hanya hilang selepas seminggu.

Kos pembedahan caesarean termasuk caj wad kelas 3 di Hospital Sungai Buloh selama 16 hari dan lain-lain caj ialah RM 2,719. Tetapi saya hanya perlu bayar RM163 sahaja. Kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM2,556. Alhamdulillah.

Hospital Sungai Buloh

Bayangkan jika saya dimasukkan ke hospital swasta selama 16 hari dan bersalin secara pembedahan. Paling kurang pun mesti kena belasan ribu ringgit. Beza yang sangat banyak.

Saya ada kencing manis semasa mengandung jadi bayi saya perlu dipantau kandungan gula dalam darah sebaik sahaja dilahirkan.

Bagi bayi yang ibunya ada kencing manis semasa mengandung, ada kemungkinan terjadi masalah kurang gula dalam darah bayi dan terpaksa di masukkan ke NICU.

Hospital Sungai Buloh

Alhamdulillah. Kandungan gula dalam darah bayi adalah normal.

Terdapat penemuan yang mengejutkan semasa pembedahan saya. Sebelum ini semua doktor pakar mengatakan masalah pelekatan organ yang disebabkan Endometriosis Tahap 3-4 saya akan menjadi semakin teruk. Sebab itu ada doktor menyarankan saya ikat peranakan kerana jika mengandung lagi ia boleh membahayakan nyawa saya.

Hospital Sungai Buloh

Tetapi semasa dibedah pada 17 December 2012, masalah pelekatan yang sebelum ini dikategorikan sebagai ‘dense adhesion’ sudah menjadi ‘mild adhesion’. Saya hanya mengalami Endometrisis Tahap 2 sahaja sekarang ini.

Doktor pun pelik. Tidak ada yang pelik doktor. Semuanya kuasa Allah. Alhamdulillah.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • Masyi says:

    Salam perkenalan dr saya:) saya sgt brminat dgn prkongsian Akak, saya brhadap dgn prkara yg sama iaitu endometriosis, susah brkahwn 5 thn belum prnah prgnnt, Akak ade buat ape2 treatment utk endo ke? Atau usaha sampingan sehngga berjaya mengandung kali kedua? Mungkin Akak kongsi kan bagi kami yg masih mncuba, terima kasih n tahniah atas kelahiran baby yg comel!:)

    • Ros says:

      @Masyi, saya tak buat apa2 treatment untuk endo tu.. cuma saya tukar beberapa perkara berkaitan lifestyle saya.. makan secara sihat dan ambil vitamin semulajadi.

  • bengkungmoden says:

    terima ksh ats perkongsian pengalaman puan…kos czer di hospital krajaan mmg jauh lbh murah..perkhdmatan pun dh semkin baik setanding hospital swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *