Persediaan Bersalin | Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir dan Senarai Barang Ibu Bersalin

Saya sudah menyediakan barang keperluan bayi sejak kandungan berusia 7 bulan. Saya beli awal sedikit demi sedikit supaya tidak kalut di kemudian hari.

Selain barang keperluan bayi baru lahir, saya juga sediakan barang keperlua ibu bersalin untuk diri sendiri.

Berikut ialah senarai barang keperluan bayi baru lahir yang telah disediakan.

Baju Bayi

Pakaian Bayi

  • Baju bayi lengan panjang dan pendek – 20 helai (beli newborn 2 helai sahaja, selebihnya beli 0-6 bulan dan 6-12 bulan)
  • Kain bedung – 2 helai (dan juga 3 helai kain bedung dari anak pertama yang masih elok)
  • Bedung bayi mudah guna – 7 helai (2 bedung dengan velcro tape di beli, 3 dijahit sendiri dan 2 helai dari anak pertama)
  • Sarung tangan dan kaki – 7 pasang (beli baru)
  • Topi – 3 helai (beli baru dan dalam proses menjahit 3 helai lagi)

Katil, Tilam dan Bantal Bayi

  • Baby cot dan tilam – tak perlu beli, warisan dari anak pertama.
  • Cot bumper dan sarung tilam – tak perlu beli, warisan dari anak pertama.
  • Set tilam kekabu dan bantal – beli baru
  • Sarung tilam dan bantal – 3 set dijahit sendiri

Penyusuan Bayi

  • Newborn feeding set – beli set Avent mengandung 2 botol susu kecil dan berus
  • Pam susu – beli Philips Avent: Manual Out & About (pam manual)
  • Storage bag susu – sudah beli 2 dozen
  • Sterilizer – tak perlu beli, sudah ada Philips Avent iQ24 Sterilizer

Perjalanan Bayi

  • Ring sling – sudah beli dari Manjaku Happy
  • Stork carrier – sudah beli dari SnugBaby
  • Mei Tai – tidak beli, warisan dari anak pertama
  • Car seat – belum beli
  • Stroller – belum beli

Lain-lain keperluan bayi

  • Tuala bayi – 5 helai beli baru (biasa, tanpa hood)
  • Barut bayi – 20 helai (beli baru barut bercorak 9 helai, barut plain 2 helai dan selebihnya dari anak pertama hasil jahitan emak saya)
  • Tungku bayi – beli 3 tungku habbatus sawda
  • Minyak bayi – beli minyak bayi Amway
  • Changing mat – sudah ada

Keperluan ibu bersalin

  • Set bersalin – beli set bersalin Tanamera
  • Tungku moden – beli tungku bantal elektrik
  • Pad – beli Sofy Body Fit dan Libresse
  • Nursing bras – tidak beli, yang lama masih boleh digunakan
  • Stokin – tidak beli, sedia ada
  • Kain batik – 7 helai (2 sedia ada, 4 baru)
  • Pakaian pelansing – tidak beli, sedia ada set Premium Beautiful
  • Resepi ibu berpantang – belum print (berpantang sendiri kena masak)

Set Bersalin Tanamera

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *