Pemeriksaan Semasa Mengandung | Kencing Kotor Semasa Mengandung

Saya ke Klinik Desa Kampung Nenas untuk buat ujian BSP (Blood Sugar Profile) dan pemeriksaan mengandung. BSP saya tiada masalah. Ukuran rahim dan degupan jantung bayi juga normal.

Tetapi saya dikatakan ada kencing kotor pulak. Ini kali pertama dalam seumur hidup saya dikatakan ada kencing kotor.

Apakah kencing kotor? Adakah sama dengan UTI – Urinary Tract Infection (jangkitan saluran kencing)?

Kencing Kotor

Tidak. Kencing kotor tidak semestinya UTI. Tapi kalau kita kena UTI kencing memang akan jadi kotor.

Istilah kencing kotor merujuk kepada wujudnya salah satu atau beberapa unsur-unsur berikut dalam air kencing.

Albumin

Sejenis protin merupakan komponen normal plasma (cecair darah). Albumin yang tinggi dalam air kencing mungkin menandakan unit penapisan kecil di buah pinggang (nefron) berlaku kerosakan.

Bilirubin

Unsur berwarna kuning yang wujud bila hemoglobin (pigmen sel darah merah) rosak. Bilirubin dalam air kencing adalah tanda kepada penyakit hati atau hempedu.

Glukosa

Gula dalam air kencing menandakan kita ada penyakit diabetis (kencing manis).

Keton

Unsur yang terhasil apabila lemak dipecahkan menjadi tenaga. Keton dalam air kencing menunjukkan kita ada diabetis, kelaparan atau dehidrasi (kekurangan air).

Mikroba

Mikro organisma seperti bakteria atau kulat. Mikroba menunjukkan kita ada jangkitan pada saluran kencing (UTI – urinary tract infection).

Sel Darah Merah

Darah tidak sepatutnya wujud dalam air kencing kerana sel darah terlalu besar untuk melepas unit penapisan nefron buah pinggang. Darah dalam air kencing menunjukkan kerosakan buah pinggang yang serius atau penyakit batu karang.

Sel Darah Putih

Sel darah putih memang wujud dalam air kencing tapi kuantiti yang sangat minimal. Sel darah putih dalam air kencing yang tinggi menandakan ada jangkitan pada saluran kencing, pundi kencing dan buah pinggang.

Klinik Desa melakukan ujian air kencing menggunakan urine stick. Ujian air kencing saya menunjukkan kehadiran sisa albumin (albumin trace). Jadi, saya dirujukkan kepada doktor di Klinik Kesihatan Meru.

Saya kena buat ujian air kencing lagi di KK Meru. Air kencing dianalisa di makmal menggunakan peralatan bagi mengesan kewujudan unsur-unsur seperti albumin, bilirubin, glukosa, mikroba , sel darah merah dan sel darah putih.

Keputusan air kencing makmal pada pukul 11 pagi adalah seperti dalam gambar di bawah. Banyak pulak unsur yang bertanda bintang menunjukan wujud beberapa unsur dalam air kencing saya.

Kencing Kotor

Susah juga orang biasa nak baca keputusan ujian air kencing sebegini. Selepas balik saya buat sedikit penyelidikan tentang maksud perkataan dalam keputusan urine test itu.

GLU -glucosa (glukosa/gula)

Apabila gula dalam darah terlalu tinggi (pesakit kencing manis), gula akan ditemui dalam air kencing. Glukosa juga akan wujud dalam air kencing jika buah pinggang rosak.

BIL – bilirubin

KET – ketone (keton)

Apabila lemak dipecahkan menjadi tenaga, sebatian bernama keton dihasilkan. Paras keton yang tinggi menunjukkan kencing manis yang serius atau masalah kebuluran. Diet yang rendah gula dan karbohidrat, kurang minum air, berpuasa atau muntah yang teruk juga menyebabkan keton ada dalam air kencing.

SG – specific gravity (keseimbangan air dalam urin)

Menunjukkan kecekapan buah pinggang memproses air. Semakin tingggi specific gravity, semakin pekat sebatian dalam air kencing. Bila kita minum banyak air, buah pinggang menghasilkan air kencing dengan jumlah air yang banyak (specific gravity rendah). Bila kita kurang air buah pinggang menghasilkan air kencing dengan air yang sedikir (specific gravity tinggi).

BLD – blood (sel darah merah)

pH – tahap keasidan atau kealkalian

Air kencing dengan pH 4 adalah sangat berasid, pH 7 adalah neutral dan pH 9 adalah sangat beralkali.

PRO – protein (albumin)

Albumin biasanya tidak ditemui dalam air kencing. Kewujudan albumin dalam urin mungkin disebabkan kita demam, lakukan senaman berat, mengandung atau ada penyakit tertentu seperti sakit buah pinggang.

UBG – urobilinogen (unsur bilirubin tanpa warna)

NIT – nitrite

Bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing menghasilkan enzim yg mengubah nitrates dalam air kencing kepada nitrites. Nitrite dalam air kencing menunjukan kita ada UTI – urinary tract infection).

LEU – leukocytes (sel darah putih)

Sel darah putih yang tinggi dalam air kencing mungkin menunjukkan kita ada jangkitan saluran kencing.

Doktor terkejut melihat paras keton saya terlalu tinggi iaitu +3. Katanya kalau kita berpuasa pun paras keton hanya +2. Keton yang tinggi menunjukkan badan saya kekurangan air.

Memang lah. Saya berpuasa sejak pukul 9 malam sebelumnya untuk tujuan BSP (blood sugar profile). Malah saya tidak makan langsung dan minum hanya sedikit air selepas BSP pukul 8 kerana perlu berkejar ke Klinik Kesihatan Meru.

Perut memang sangat lapar dan badan saya sudah tentu memproses lemak untuk dijadikan tenaga. Keton dalam air kencing sudah pasti akan tinggi.

Saya disuruh datang lagi pada pukul 3 petang untuk mengulangi ujian air kencing.

Keputusannya, keton sudah negative. Alhamdulillah.

Kencing Kotor

Saya sudah makan tengahari dan minum banyak air kerana terlalu dahaga. Jadi, unsur-unsur yang bertanda bintang sebelum ini juga sudah tiada kecuali sel darah putih.

Kencing Kotor

Tidak perlu risau tentang kehadiran sedikit sel darah putih dalam air kencing semasa mengandung. Ia mungkin terhasil dari lelehan faraj (keputihan) yang bercampur air kencing.

Doktor tidak menyatakan ianya satu masalah dan saya dibenarkan balik.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *