Uri di Bawah Semasa Mengandung | Uri di Bawah Tahap 3

Saya ke KPJ Selangor Specialist Hospital pagi tadi untuk berjumpa dengan Doktor Siti Esah. Cepat betul masa berlalu. Sudah sebulan sejak kali terakhir temujanji saya dengan Doktor Siti Esah.

Perkara utama yang saya ingin tahu ialah kedudukan uri saya. Imbasan ultrasound menunjukkan uri saya berada di bawah (low lying) semasa kandungan berusia 15 minggu.

Semasa imbasan ultrasound 25 minggu dibuat sebulan lepas, uri saya masih lagi berada di bawah. Bermakna tiada perkembangan baik selepas 10 minggu.

Hari ini kandungan saya sudah masuk minggu ke 30. Saya harap kedudukan placenta telah berubah. Jika tidak, saya perlu meminta surat rujukan untuk berjumpa pakar di Hospital Sungai Buloh.

Doktor Siti Esah mengatakan muka saya agak pucat. Saya tahu sebab saya belum sempat sarapan dan terpaksa berkejar ke makmal untuk ujian air kencing.

Paras hemoglobin dalam darah saya juga sudah menurun dari 9.6 ke 9.2. Geram juga rasanya. Sejak memakan Iberet Folic 500 yang mengandungi zat besi dan vitamin C tinggi, paras darah merah saya seakan tidak mahu naik langsung.

Kemungkinan besar sebab saya tidak lagi meminum Nutrilite All Plant Protein Powder. Protein diperlukan semasa pembentukan darah merah. Walaupun saya makan pil zat besi tetapi kalau badan tidak cukup protein pun darah merah tak dapat dihasilkan.

Mungkin juga saya tidak serasi dengan Iberet Folic 500 yang menggandungi Ferrous Sulphate? Saya buat keputusan untuk kembali mengambil pil zat besi Sangobion kerana Iberet Folic 500 tidak mampu menaikkan kembali darah merah saya. Semakin turun ada lah.

Setelah ultrasound dibuat, nampaknya kedudukan uri saya masih berada di bawah. Langsung tidak berganjak. Malah Doktor Siti Esah mengesahkan saya alami Placenta Previa Type III iaitu placenta previa major. Aduhai.

Placenta Previa Type 3

Sejarah kembali berulang. Kemungkinan besar saya tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan kena bedah seperti masa melahirkan anak pertama saya dahulu.

Anak pertama dulu, saya ada Placenta Previa Type II dan terpaksa dibedah secara kecemasan kerana kebocoran air ketuban semasa 34 minggu dengan keadaan uri di bawah.

Kos pembedahan melahirkan anak yang rumit itu hanya dikenakan bayaran RM400 sahaja. Kalau di hospital swasta, mesti kena antara RM8,000- RM12,000.

Terus saya minta doktor berikan surat rujukan ke Hospital Sungai Buloh.

Kalau minta surat rujukan dari Klini Desa atau Klinik Kesihatan Meru untuk ke Hospital Sungai Buloh memang tak akan dapat. Mereka bertegas bahawa mereka hanya akan keluarkan surat rujukan ke Hospital Klang.

Kami terus ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan temujanji doktor pakar. Saya rasa jika uri saya masih lagi bermasalah, saya bakal dinasihatkan masuk ke wad awal sebulan dari tarikh jangkaan bersalin.

Hospital Sungai Buloh

Kita tunggu apa doktor pakar akan cakap semasa temujanji saya di Hospital Sungai Buloh pada 2 November nanti.

Saya perlu membayar kos rawatan sebanyak RM30 untuk pertama kali berjumpa pakar sebab saya dirujuk ke hospital kerajaan dari hospital swasta. Kalau klinik kerajaan yang merujukkan saya tidak perlu bayar.

Nasib baik untuk rawatan seterusnya hanya kena bayar RM5.

Rujukan – Caj Perkhidmatan Hospital Kerajaan

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *