Mengidam | Durian Crepe Cik Min Macaron

Saya pernah beli macaron dari Cik Min yang menjalankan bisnes macaron dan kek secara online dari Bentong, Pahang. Macaron saya di hantar melalui kurier. Memang sedap.

Sejak beberapa minggu lepas saya ternampak Cik Min menampalkan gambar sejenis penkek berwarna kuning terang di Facebook.

Pancake durian crepe!

Durian Crepe

Mula-mula saya buat tak peduli. Tak nampak apa yang sedapnya kuih bantal durian atau nama popularnya, durian crepe itu.

Tapi lama kelamaan saya terasa nak makan pulak. Aduh. Mengidam durian crepe lah pulak!

Masalahnya, durian crepe ni bukan macam macaron yang boleh dikurier. Durian crepe dibuat daripada krim dan durian fresh, jadi tidak tahan lama.

Nasib baik Cik Min ni peniaga yang berinovasi. Dia ada buat kedai bergerak dari Bentong ke KL setiap hari Sabtu. Kalau nak beli dari kedai bergerak Cik Min kena order dan bayar dalam waktu ditetapkan.

Bila tiba masanya kena ke Petronas dekat Giant Batu Caves atau Petronas dekat Giant Ampang untuk pick up durian crepe tu.

Jadi, cepat-cepat saya order durian crepe Cik Min. Alang-alang sudah order durian crepe dari Cik Min,saya order juga kek Pecan Butterscotch.

Mabelesnya durian crepe Cik Min!

Saya beli 6 pack durian crepe (1 pack ada 3 biji). Kesemuanya habis dalam masa 2 hari. Berebut-rebut saya makan dengan suami.

Durian Crepe

Nasib baik anak saya kata bau durian busuk. Kalau tak dengan dia sekali berebut durian crepe. Heh heh.

Masa makan durian crepe bayi dalam perut pun turut sama menikmati kesedapannya. Menendang sakan dia masa saya makan durian crepe. Sedap kan baby?

Kek Pecan Butterscotch Cik Min pun sedap sangat. Suami yang tak suka kek pun makan dengan banyaknya. Heh heh.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *