Anemia Semasa Mengandung | Paras Hemoglobin Dalam Darah Rendah – Pil Zat Besi Iberet Folic 500 & Sangobion

Masalah kurang darah merah ketika mengandung atau anemia sering saya alami. Masa mengandung anak pertama dahulu paras hemoglobin saya hanya 8.5 ketika 15 minggu dan tidak pernah naik melebihi 9.3 sehinggalah bersalin.

Mengandung kali ini pun saya ada anemia ringan. Paras hemoglobin semasa minggu ke 15 ialah 10.8 iaitu di bawah paras normal. Paras hemoglobin dalam darah saya tetap kekal 10.8 semasa minggu ke 19.

Tetapi semasa pemeriksaan kehamilan minggu ke 25, paras hemoglobin saya mula jatuh ke paras 9.6 sahaja. Terasa geram pulak saya. Kenapa boleh jatuh paras hemoglobin saya?

Anemia Semasa Mengandung

Kemungkinan besar kerana semasa nurse ambil darah dia tidak betul-betul memicit keluar darah dari jari saya. Mula-mula darah diambil untuk ujian BSP. Kemudian jari saya dilap dan dipicit perlahan untuk ujian anemia pula.

Memang saya nampak darah yang keluar agak cair dan mungkin itu penyebab paras hemoglobin saya jatuh kepada 9.6. Mungkin juga mesin ujian hemoglobin dalam darah rosak? Heh heh.

Saya ada buat FBP dan masih menunggu keputusannya. Harapnya bacaan mesin di Klinik Desa itu salah lah.

Saya sangat berhati-hati dan mengambil berat tentang pemakanan zat besi semasa mengandung kali ini. Pengalaman mengajar saya tentang cara memakan pil zat besi yang betul untuk menaikkan darah merah.

Anemia Semasa Mengandung

Semasa kandungan 15 minggu, nurse Klinik Kesihatan ada bagi pil zat besi Ferrous Fumarate yang mengandungi 200mg zat besi dalam setiap pil kecil. Saya tidak makan. Sebab saya tahu ia pasti menyebabkan saya sembelit yang teruk.

Saya hanya makan Nutrilite Iron-Folik setiap pagi bersama pil vitamin C (Nutrilite Bio-C Plus). Pada malam hari saya makan pil zat besi Sangobion keluaran Merck.

Anemia Semasa Mengandung

Hasilnya paras hemoglobin saya tetap kekal pada 10.8 semasa kandungan masuk 19 minggu. Semasa mengandung anak pertama paras hemoglobin saya pada 19 minggu hanya 8.5 sahaja. Jadi, saya agak gembira dengan paras hemoglobin saya kali ini.

Pil Zat Besi Sangobion

Sangobion adalah kapsul penambah darah dengan kandungan yang lengkap. Setiap kapsul mengandungi.

  • Ferrous Glucanate 250mg *lebih tinggi dari pil zat besi Klinik Kesihatan*.
  • Manganese Sulphate 0.2mg
  • Copper Sulfate 0.2mg
  • Vitamin C 50mg
  • Folic Acid 1mg
  • Vitamin B12 7.5mcg
  • Sorbitol 25mg

Zat besi dengan kadar tinggi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin darah. Sangobion mengandungi zat-zat pembentuk darah yang lain terutamanya Vitamin B12. Malah Sangobion ada Vitamin C yang membantu penyerapan zat besi. Sangobion juga ada Sorbitol yang bertindak mencegah sembelit.

Anemia Semasa Mengandung

Sangobion boleh di dapati di farmasi seperti Guardian dengan harga RM23.90 sekotak untuk bekalan sebulan.

Saya suka makan pil zat besi Sangobion kerana ia tidak menyebabkan sembelit. Tetapi pengambilan Sangobion semasa malam di bulan puasa menyebabkan kencing saya terlalu lawas. Cepat sangat pundi kencing penuh. Mungkin tindakbalas Sorbitol yang menarik air ke sistem perkumuhan.

Anemia Semasa Mengandung

Oleh sebab pil zat besi Sangobion tidak menaikkan paras hemoglobin saya menjadi normal setelah sebulan, maka saya beralih kepada pil zat besi Iberet Folic 500.

Pil Zat Besi Iberet Folic 500.

Iberet Folic 500 keluaran Abbot adalah pil zat besi penambah darah yang sangat lengkap. Malah zat besi di dalamnya adalah jenis ‘sustained-release’ iaitu pelepasan zat besi sedikit demi sedikit.

Anemia Semasa Mengandung

Setiap tablet mengandungi:

  • Ferrous Sulphate 525mg
  • Vitamin C 500mg
  • Niacinamide 30mg
  • Calcium Pantothenate 10mg
  • Thiamine Mononitrate (Vitamin B1) 6mg
  • Riboflavine (Vitamin B2) 6mg
  • Pyridoxine HCI (Vitamin B6) 5mg
  • Cyanocobalamine (Vitamin B12) 25mcg
  • Folic Acid 800mcg

Iberet Folic 500 mengandungi zat besi dan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C menyokong metabolisme dan penyerapan zat besi dalam badan.

Anemia Semasa Mengandung

Ia juga mengandungi Vitamin B12 dan Folic Acid yang membantu dalam proses pembentukan sel darah merah.

Saya suka Iberet Folic 500 ini kerana ia juga tidak menyebabkan sembelit. Hanya warna najis bertukar warna kehitaman seperti juga jika mengambil pil zat besi Sangobion atau zat besi klinik kesihatan.

Iberet Folic 500 boleh dibeli di farmasi seperti Guardian dengan harga RM35.30 sekotak untuk bekalan selama sebulan.

Anemia Semasa Mengandung

Jenis-Jenis Zat Besi

Zat besi terdapat dalam pelbagai komposisi tetapi zat besi dalam bentuk garam Ferrous lebih mudah diserap daripada bentuk Ferric.

Kita boleh lihat pil zat besi berlainan menggunakan garam Ferrous berlainan.

  • Pil zat besi klinik kesihatan – Ferrous Fumarate 200mg (33% zat besi asas = 66mg)
  • Pil zat besi Sangobion – Ferrous Glucanate 250mg (12% zat besi asas = 30mg)
  • Pil zat besi Iberet Folic – Ferrous Sulphate 525mg (20% zat besi asas =105mg)

Anemia Semasa Mengandung

Ketiga jenis garam Ferrous adalah diserap berdasarkan miligram per miligram tetapi berbeza kandungan zat besi asas. Jika dibandingkan, pil zat besi Iberet Folic mengandungi paling banyak zat besi asas iaitu 105mg.

Zat besi lebih mudah diserap semasa perut kosong tetapi ia boleh menyebabkan perut tidak selesa. Makanan boleh mengurangkan penyerapan zat besi antara 40-60% tetapi kita boleh saja makan zat besi selepas makan untuk mengelakkan sakit perut.

Iberet Folic adalah dalam bentuk Gradumet atau sustained-released jadi ia dapat mengelakkan sakit perut walaupun diambil semasa perut kosong. Saya makan Iberet Folic setiap malam sebelum tidur (beberapa jam selepas makan). Tiada masalah sakit perut, loya atau sembelit dialami.

Anemia Semasa Mengandung

Vitamin C tinggi dalam Iberet Folic juga sangat membantu penyerapan zat besi. Vitamin C (ascorbic acid) mengelakkan pengoksidaaan zat besi ferrous menjadi bentuk ferric yang susah diserap.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • Noriza Rahman says:

    Saya pun alami mild anemia pregnant kali ke-3 ni. Makan macam-macam makanan kaya zat besi untuk naikkan HB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *