Air Ketuban | Sindrom Aspirasi Mekonium – Risiko Bayi Tertelan Najis Dalam Kandungan

Semasa mengandung anak pertama, air ketuban saya bocor pada usia kandungan 34 minggu.

Air ketuban saya keluar sedikit demi sedikit di waktu pagi. Pada mulanya, saya ingatkan saya gagal mengawal pundi kencing saya.

Tetapi bila diperhatikan, air yang keluar adalah sangat jernih. Tidak kuning dan tidak berbau seperti air kencing.

Pada mulanya saya tidak risau kerana air ketuban yang bocor biasanya akan diganti baharu. Lain lah kalau air ketuban pecah sekaligus sehingga membanjiri lantai.

Menjelang tengahari, air ketuban yang keluar masih berwarna jernih tetapi mula ada kepingan (flakes) berwarna hijau terapung di dalamnya. Mekonium!

Air ketuban saya sudah bercampur sisa najis atau mekonium. Saya masih lagi tenang kerana air ketuban sangat jernih walaupun ada kepingan mekonium yang terapung-apung. Ini menunjukkan najis itu sudah lama dan telah dibersihkan oleh air ketuban yang baru.

Menjelang petang, air ketuban semakin banyak keluar. Setiap kali saya bergerak ia akan keluar umpama hari pertama datang haid. Basah memenuhi pad Sofy Body Fit yang saya pakai.

Maka terus kami bergegas ke hospital. Saluran peranakan saya masih tertutup rapat. Fetal monitor menunjukkan bayi dalam kandungan masih tenang (tidak stress). Tetapi ultrasound menunjukkan air ketuban saya sudah tinggal sedikit. Maka doktor membuat keputusan untuk membedah saya keesokan pagi.

Anak saya lahir pada 34 minggu tanpa apa-apa masalah.

Risau juga takut berlaku Sindrom Aspirasi Mekonium iaitu masalah dimana bayi tertelan air ketuban yang bercampur najis dan najis melekat dalam paru-parunya. Sindrom Aspirasi Mekonium boleh menyebabkan bayi alami masalah pernafasan semasa dilahirkan.

Bayi sudah boleh membuang najis sejak dalam kandungan. Biasanya najis bayi akan dibersihkan dengan sendiri oleh air ketuban yang sentiasa bertukar baru.

Tetapi jika bayi membuang najis akibat tekanan atau stress semasa dalam proses dilahirkan, ada risiko besar bayi akan tertelan air ketuban bercampur najis yang pekat.

Perhatikan air ketuban kita. Jika ianya putih jernih atau putih jernih dengan kepingan kecil berwarna hijau terapung didalamnya – tidak perlu panik atau risau.

Jika air ketuban berwarna coklat atau keemasan (seperti warna teh susu cair) – tidak perlu risau kerana ia adalah dari najis lama.

Tetapi jika air ketuban berwarna hijau pekat atau hijau kehitaman serta melekit bermakna bayi bayi baru sahaja membuang najis. Segeralah ke hospital kerana jika kita sudah hampir bersalin dan bayi tertelan air ketuban bercampur najis baru ia boleh menyebabkan Sindrom Aspirasi Mekonium.

Bayi dalam kandungan akan stress (panik, tidak tenang) jika:

  • Uri melebihi usia (hilang fungsi)
  • Bayi tidak dapat oksigen secukupnya
  • Ibu alami kencing manis semasa mengandung
  • Proses bersalin yang sukar dan lama
  • Ibu alami tekanan darah tinggi

Tanda-tanda bayi yang dilahirkan sudah tertelan najis ialah:

  • Kulit bayi berwarna biru
  • Bayi sangat susah bernafas
  • Bayi tidak bernafas
  • Bayi bernafas terlalu laju
  • Ada bunyi kasar semasa bayi bernafas

Jika bayi alami Sindrom Aspirasi Mekonium, bantuan segera perlu diberikan. Tiub panjang akan dimasukkan ke dalam tekak bayi untuk menyedut keluar sisa mekonium dari paru-paru. Bayi juga mungkin perlu dimasukan dalam NICU dan diberikan bantuan oksigen untuk pernafasan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *