Masalah Keputihan Semasa Hamil | Jangkitan Kulat Pada Kemaluan dan Cara Atasi Masalah Keputihan

Keputihan (leukorrhea) adalah masalah biasa golongan perempuan. Setiap wanita ada alami masalah keputihan tetapi tahap keputihan yang dialami akan berbeza mengikut gaya hidup dan pemakanan yang diambil.

Leukorrhea adalah terma perubatan yang merujuk kepada cecair pekat berwarna putih atau kuning yang keluar dari kemaluan (vaginal discharge). Kita biasa merujuk vaginal discharge ini sebagai keputihan.

Masalah keputihan pada wanita boleh disebabkan oleh:

  • Kurang penjagaan kebersihan pada kemaluan
  • Gangguan hormon estrogen
  • Sembelit dan ketidakhadaman
  • Anemia (kurang darah merah)
  • Diabetes (penyakit kencing manis)
  • Mengambil antibiotik
  • Memakai pakaian ketat daripada kain sintetik

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Keputihan semasa mengandung juga adalah perkara biasa. Setiap wanita hamil akan alami keputihan samada banyak atau sedikit.

Semasa mengandung, paras hormon estrogen akan meningkat dengan banyak dan menyebabkan pengeluaran lelehan berlebihan dari faraj. Lelehan faraj (keputihan) bertindak membersihkan bahagian dalam faraj.

Jadi, tidak perlu risau jika ada masalah keputihan semasa mengandung. Ia adalah normal. Tetapi jika anda alami masalah keputihan yang gatal dan berbau busuk, ia adalah tanda berlakunya jangkitan bakteria atau kulat pada kemaluan.

Keputihan Biasa (Normal)

Keputihan yang normal adalah berwarna putih, pekat seperti susu (milky), tidak berbau dan tidak menyebabkan kemaluan gatal. Selagi keputihan tidak berbau, bertukar warna hijau dan menyebabkan kegatalan – tidak perlu risau. Kita perlu terus menjaga kebersihan kemaluan dengan:

  • mencuci dengan air bersih
  • menggunakan pencuci dengan PH yang sesuai
  • tidak gunakan pencuci berbau wangi
  • tidak berendam mandi dalam air panas
  • menukar seluar dalam dengan kerap
  • memakai seluar dalam daripada kain kapas
  • memakai panty liner
  • menukar panty liner dengan kerap

Keputihan Akibat Jangkitan Kulat & Bakteria

Masalah keputihan boleh menjadi serius jika ianya berbau busuk dan gatal. Keputihan akibat jangkitan kulat dan bakteria adalah sangat pekat dan berketul seperti tekstur keju cottage atau dadih (rujuk gambar cottage cheese di bawah), berwarna kuning atau hijau, mungkin bercampur darah, berbau busuk dan menyebabkan rasa gatal atau panas (burning sensation) pada kemaluan.

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Jangkitan kulat candida albicans

Keputihan biasa semasa mengandung boleh bertukar menjadi keputihan akibat jangkitan kulat yang sangat tidak menyelesakan. Jangkitan kulat semasa mengandung adalah disebabkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.

Kulat candida albicans ada dalam setiap badan manusia. Ia ada dalam mulut, tekak, usus besar dan sistem penghadaman kita. Biasanya kewujudan kulat candida albicans dikawal dan diseimbangkan oleh bakteria baik dalam badan kita.

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan faraj kita mengandungi paras gula yang tinggi (glikogen). Gula adalah makanan kulat candida albicans dan keadaan ini sangat menggalakan pembiakan kulat di dalam faraj.

Keadaan ini menjadi semakin teruk jika kita ada kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes), anemia, sembelit dan menjaga kebersihan kemaluan.

Bacterial vaginosis (BV)

Di dalam faraj kita ada bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik dan memberi pelindungan dari bakteria jahat. Bacterial vaginosis berlaku apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma membiak lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus.

Wanita berisiko tinggi untuk mendapat Bacterial vaginosis termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh dalam faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.

Bacterial vaginosis selalunya akan menyebabkan keputihan yang banyak, berwarna hijau dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid.

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Jangkitan bakteria pada kemaluan semasa hamil boleh menjadi sangat merbahaya jika disebabkan oleh bakteria Streptococcus. Ia boleh menyebabkan bayi meninggal dunia dalam kandungan atau beberapa hari selepas dilairkan kerana jangkitan kuman boleh merebak sehingga ke otak, paru-paru dan hati bayi.

Jika anda ada masalah keputihan yang teruk beserta demam, segera berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Biasanya doktor akan melakukan ujian swab (sampel keputihan diambil dari faraj) bagi menentukan jenis kuman.

Antibiotik berbentuk peluru akan diberi untuk dimasukkan dalam kemaluan selama beberapa hari. Bakteria mungkin kembali lagi selepas antibiotik habis. Anda akan diberikan lagi antibiotik semasa bersalin untuk elakkan jangkitan bakteria pada bayi semasa dilahirkan.

Cara Atasi Masalah Keputihan

Masalah keputihan semasa mengandung boleh diatasi dengan mengubah apa yang kita makan. Cuba lihat apakah yang kita gemar makan. Adakah ia diperbuat daripada yis atau mengandungi gula atau telah ditapai?

Sebaiknya kita hentikan pengambilan makanan tersebut selama seminggu dan lihat samada masalah keputihan dapat diatasi.

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Berikut adalah cara yang boleh diambil untuk atas masalah keputihan semasa mengandung.

  • Elak makanan berasaskan YIS seperti roti, donut, vitamin B semulajadi
  • Elak makanan berasid seperti sengkuang, soya, kobis dan sebagainya
  • Elak makanan diproses dan makanan segera
  • Elak makanan ditapai dan mengandungi cuka (sos soya, krim masam, buttermilk, tofu, mustard)
  • Elak makanan berunsur kulat seperti cendawan
  • Kurangkan makanan hasil tenusu seperti susu dan keju
  • Kurangkan gula dan makanan berkarbohidrat ringkas seperti madu, sirap mapel, gula pasir, fruktose, maltose, sirap jagung, jus buah etc
  • Makan yogurt asli (tanpa gula, tanpa pewarna, tanpa perisa) mengandungi probiotik tiap-tiap hari
  • Minum probiotik asli seperti Nutrilite Nutri Bifidus setiap hari
  • Makan lebih banyak sayuran hijau

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • SITI MARYAM BINTI MD TAHIR says:

    Ade tak cara untuk cari nutrilite nutri bifidus tu… g slh satu cawangan amway dah lame takde stok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *