Pemeriksaan Semasa Hamil | Doktor Pakar O&G KPJ Selangor Specialist Hospital

Selain membuat pemeriksaan semasa hamil di Klinik Desa dan Klinik Kesihatan, saya juga berjumpa gynae di KPJ Selangor Specialist Hospital.

Pemeriksaan semasa mengandung di Klinik Desa atau Klinik Kesihatan adalah agak menyeluruh dan percuma. Tetapi scan bayi dalam kandungan hanya dilakukan di awal kehamilan dan semasa penghujung kehamilan.

Jika kita ingin mengetahui perkembangan bayi melalui ultraosound, maka perlu ke klinik atau hospital swasta. Kita juga boleh berbincang dengan lebih dalam tentang kesihatan kandungan dengan gynae.

Ada beberapa pakar Obstetrician & Gynaecologist di KPJ Selangor Specialist Hospital. Saya memilih Dr Siti Esah Bahari sebagai gynae saya.

Dr Siti Esah Bahari - KPJ Selangor Specialist

Bagi saya Dr Siti Esah Bahari ini adalah seorang gynae yang baik dan tenang. Malah kita boleh bertanya apa sahaja (walaupun benda merepek) dan dia akan menjawabnya dengan senyuman.

Dr Siti Esah Bahari boleh ditemui di KPJ Selangor Specialist Hospital pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (9 pagi – 5 petang) dan hari Khamis dan Sabtu (9 pagi – 1 petang).

Dr Siti Esah Bahari - KPJ Selangor Specialist

Kalau kita bekerja sepenuh masa dan tidak mahu mengambil cuti (atau time off) semasa hari biasa, kita boleh jumpa Dr Siti Esah Bahari pada hari Sabtu.

Tetapi hari Sabtu agak ramai orang dan kos konsultansi adalah lebih tinggi daripada hari biasa.

Pemeriksaan semasa mengandung dengan Dr Siti Esah Bahari atau mana-mana gynae di KPJ Selangor Specialist Hospital boleh mencecah dari RM90 hingga RM500. Ini bergantung samada kita diberikan ubat/vitamin atau kita perlu menjalani ujian darah dan sebagainya.

Saya berjumpa Dr Siti Esah Bahari sebab nak buat O&G Report yang diminta Prudential Insurance (mohon PRUmy Child) dan juga nak scan bayi dalam kandungan untuk melihat jantina dan kedudukan uri.

Seronok saya kerana sudah tahu jantina bayi saya. Lelaki atau perempuan? Tunggu saya ceritakan dalam entri seterusnya.

Nampaknya pada usia kandungan 25 minggu, uri saya masih berada di bawah. Risau saya dibuatnya. Takut kena bedah lagi. Memang kalau bedah masa bersalin tak sakit langsung (sebab kena bius) tapi lepas itu terpaksa tanggung sakit yang maha hebat selama seminggu lebih.

Temujanji seterusnya dengan Dr Siti Esah Bahari KPJ Selangor Specialist Hospital dalam sebulan lagi semasa usia kandungan 30 minggu. Kalau masa itu uri saya masih di bawah, maka saya kena minta Dr Siti Esah Bahari untuk buat surat rujukan ke gynae Hospital Sungai Buloh.

Saya memang merancang bersalin di Hospital Sungai Buloh sebab kos yang murah. Kalau kena bedah pun kosnya hanya RM400 sahaja berbanding di swasta yang boleh cecah RM11 ribu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *