Uri Di Bawah Semasa Mengandung | Pengalaman Placenta Previa dan Air Ketuban Pecah Dengan Meconium

Semasa saya mengandung anak pertama, uri saya di bawah dikesan semasa kandungan 15 minggu. Ketika itu ia dipanggil Low Lying Placenta.

Selepas 20 minggu, uri masih di bawah dan di panggil Placenta Previa. Melalui ultrasound abdomen , doktor mengatakan saya ada Placenta Previa Major (samada type III atau IV) semasa kandungan 32 minggu. Saya perlu mendaftar masuk ke hospital sebulan awal dan tiada pilihan kecuali dibedah.

Sangat menyedihkan kerana tidak dapat bersalin normal. Tetapi kerana itu anak pertama yang didapati setelah 4 tahun berusaha (melalui IUI), saya hanya menurut nasihat doktor.

Uri di Bawah - Placenta Previa

Akibat masalah keputihan yang teruk (tanpa rawatan kerana tiada pengetahuan), air ketuban saya pecah awal pada minggu ke 34 (Premature rupture of membranes – PROM). Tiada kontraksi dan pintu serviks masik tertutup rapat.

Ultrasound menunjukkan uri masih di bawah, bayi dalam kedudukan melintang dan air ketuban yang semakin sedikit. Bayi masih tenang dan tidak panik.

Pada mulanya doktor pakar memberikan saya tempoh 2 minggu lagi untuk bersalin. Tetapi kemudian menukar keputusan untuk membedah saya keesokan pagi (saya ke wad kecemasan pada waktu malam). Saya tidak pasti kenapa perlu dibedah secara kecemasan kerana walaupun air ketuban sudah sedikit tapi bayi saya tiada tanda-tanda cemas (stress).

Uri memang masih di bawah tetapi saya tiada pendarahan langsung sejak awal mengandung dan tiada kontraksi. Malah pintu serviks masih tertutup rapat. Tekanan darah juga normal.

Faktor risiko saya hanya uri di bawah (tanpa pendarahan), anemia ringan, bayi dalam kedudukan melintang dan air ketuban pecah bercampur meconium (najis bayi). Tiga faktor pertama (uri di bawah, anemia dan bayi melintang) rasanya tidak memerlukan pembedahan kecemasan.

Mungkin sebab air ketuban pecah bercampur najis? Air ketuban saya masih jernih hanya ada kepingan halus najis berwarna hijau. Campuran meconium nipis dan tidak pekat. Ia tidak keluar sekaligus umpama banjir tetapi aliran sederhana memenuhi pad jika bergerak.

Bayi tiada tanda stress dan sudah pasti sangat rendah risiko hadapi meconium aspiration syndrome (paru-paru dicemari najis). Hmmm.

Mengikut kajian, kebocoran membran yang menyebabkan air ketuban mengalir keluar juga boleh tertutup (reseal) secara semulajadi jika diberi masa. Mungkin doktor tidak mahu mengambil risiko jadi pembedahan kecemasan dijalankan.

Saya tidak ada isu tentang pembedahan cesarean tersebut. Tapi selepas melahirkan, saya agak terkilan kerana masalah uri di bawah saya yang dikatakan Placenta Previa Major sebenarnya bukanlah major.

Saya hanya ada Placenta Previa Type II: marginal previa – hujung uri terlalu hampir dan menyentuh pintu serviks tetapi tidak menutupinya. Saya sebenarnya ada peluang bersalin normal kerana tiada pendarahan berlaku sepanjang kehamilan.

Uri di Bawah - Placenta Previa

Jika diberi masa sehingga 38-40 minggu, kemungkinan besar kedudukan uri saya akan kembali ke atas. Tapi disebabkan air ketuban pecah pada 34 minggu maka terpaksalah saya akur untuk dibedah pada 31.03.2008 demi keselamatan bayi.

Uri di Bawah - Placenta Previa

Alhamdulillah bayi saya sihat dengan berat 2.47kg dan skor Apgar 7/9.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *