Uri Di Bawah Semasa Mengandung | Apakah Placenta Previa, Bahaya dan Penyelesaian

Placenta atau uri adalah organ yang terbentuk pada dinding rahim semasa mengandung. Kegunaan uri ialah membekalkan bayi makanan dan oksigen daripada ibu. Berat uri di anggarkan 1/6 daripada berat bayi semasa dilahirkan (lebih kurang 500 gram).

Saya mengalami masalah uri di bawah (Placenta Previa Type II) semasa mengandung anak pertama. Akibatnya saya terpaksa dibedah semasa melahirkan.

Keadaan uri di bawah semasa mengandung anak pertama di kesan semasa kandungan 15 minggu. Ketika itu uri di bawah di panggil sebagai Low Lying Placenta.

Uri Di Bawah - Placenta Previa

Uri saya betul-betul berada di bawah dekat dengan pintu rahim. Ultrasound jelas menunjukan bayi saya menjadikan uri sebagai bantal.

Saya bernasib baik kerana walaupun uri di bawah namun saya tidak pernah alami masalah pendarahan ketika hamil. Saya dibedah pada usia kandungan 34 minggu kerana air ketuban telah pecah tetapi tiada tanda-tanda akan bersalin. Uri pula masih di bawah dan bayi berada dalam kedudukan melintang.

Uri Di Bawah - Placenta Previa

Kali ini saya juga dikatakan ada masalah uri di bawah. Ultrasound semasa 15 minggu menunjukkan uri saya di bawah (low lying). Tidak perlu risau kerana doktor mengatakan saya masih ada banyak masa untuk uri kembali ke atas.

Uri Di Bawah - Placenta Previa

Semasa awal mengandung, sebanyak 90% uri berada di segmen bawah rahim. Selepas tujuh bulan, 90% uri akan berpindah ke segmen atas rahim.

Lokasi uri di bawah boleh disahkan selepas kandung berusia 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah placenta previa ialah:

  • Pendarahan yang tidak sakit semasa trimester pertama
  • Kedudukan bayi yang tidak normal (melintang atau songsang)

Jenis Placenta Previa

  • Type I : low lying placenta – hujung uri hampir dengan pintu servik tapi tidak menyentuhinya
  • Type II : marginal previa – hujung uri terlalu hampir dan menyentuh pintu serviks tetapi tidak menutupinya
  • Type III : partial previa – sebahagian uri menutupi pintu serviks
  • Type IV : complete previa – uri menutupi keseluruhan pintu serviks

Uri di Bawah - Placenta Previa

Placenta Previa Type I dan Type II (uri di bawah jenis I dan II) dikategorikan sebagai Placenta Previa Minor. Uri tidak menutupi pintu serviks. Kita masih berpeluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan cesarean perlu dilakukan.

Placenta Previa Type III dan Type IV (uri di bawah jenis III dan IV) dikategorikan sebagai Placenta Previa Major. Uri menutupi sebahagian atau keseluruhan pintu serviks. Kelahiran hanya boleh dilakukan melalui pembedahan cesarean.

Uri di Bawah - Placenta Previa

Punca Uri Di Bawah (Placenta Previa)

  • pernah alami uri di bawah semasa mengandung
  • pernah lalui pembedahan cesarean
  • pernah lalui pembedahan melibatkan dinding rahim seperti pembedahan rahim, D&C (dilation and curettage, myomectomy)
  • umur melebihi 35 tahun
  • mengandung kembar
  • pernah mengandung dan melahirkan lebih daripada 5 kali
  • merokok semasa mengandung
  • endometriosis (pelekatan tisu rahim)

Cara Mengatasi Masalah Uri Di Bawah

Semasa awal mengandung, sebanyak 90% uri berada di segmen bawah rahim. Selepas tujuh bulan, 90% uri akan berpindah ke segmen atas rahim.

Kedudukan uri akan berubah apabila saiz rahim membesar. Biasanya diakhir kehamilan, tiada lagi masalah uri di bawah. Lokasi uri di bawah boleh disahkan selepas kandung berusia 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound.

Rawatan bagi uri di bawah semasa mengandung bergantung kepada keadaan kita:

Berapa banyak pendarahan berlaku. Masalah uri di bawah yang serius biasanya ada pendarahan yang tidak sakit sejak awal kehamilan. Pendarahan akan bertambah serius diakhir kehamilan dan memerlukan kita masuk wad 2-3 bulan awal untuk dipantau sehingga bersalin.

Uri Di Bawah - Placenta Previa

Jika kita ada anemia (masalah kekurangan darah merah) dan berlaku pendarahan berterusan akibat uri di bawah, ia adalah sangat merbahaya.

Jika kita disahkan ada placenta previa tetapi tiada pendarahan, kita perlu:

  • Elak membuat kerja-kerja berat seperti berlari atau mengangkat barang dengan berat melebihi 9 kilo.
  • Jumpa doktor dengan segera jika berlaku pendarahan.
  • Elak daripada melakukan seks berlebihan selepas 28 minggu mengandung.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *