Pergerakan Bayi Dalam Kandungan | Kick Chart – Carta Tendangan Bayi

Kick chart atau carta tendangan bayi adalah satu carta merekod gerakan bayi dalam kandungan. Carta ini sangat penting untuk memantau pergerakan bayi dalam kandungan. Jika bayi kurang atau tiada gerakan langsung dalam satu hari, kita kena cepat berjumpa doktor untuk diperiksa.

Gerakan bayi dalam kandungan adalah tanda baik bahawa bayi dalam keadaan sihat.

Satu kajian mendapati sejak minggu ke 20, bayi bergerak secara purata dalam 200 kali sehari. Kekerapan gerakan bayi dalam kandungan akan meningkat maksimum 575 kali pada minggu ke 32. Ia akan menurun kepada 282 kali pada minggu ke 40.

Carta Tendangan Bayi

Kajian lain pula mendapati pergerakan bayi dalam kandungan normal adalah sebanyak 4 kali atau lebih setiap jam sejak minggu ke 32. Pergerakan bayi dalam kandungan akan berkurangan 4-10 kali sejam pada minggu-minggu akhir kehamilan.

Kekerapan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Biasanya bayi dalam kandungan banyak bergerak pada waktu malam – antara pukul 9 malam hingga 1 pagi. Tapi ia berbeza antara individu. Bayi saya banyak bergerak semasa saya sedang tidur antara 2 – 5 pagi.

Bayi juga akan aktif selepas kita makan. Glukosa dalam makanan memberikan tenaga tambahan kepada bayi dan merangsang pergerakan bayi.

Bayi dalam kandungan juga akan bergerak pada siang terutama semasa kita duduk. Jika kita sibuk dan banyak bergerak, bayi akan lena terbuai dan berehat.

American College of Obstetrics and Gynecology menyarankan ibu mengandung mula mengira tendangan bayi semasa kandungan berusia 28 minggu.

Dalam masa sehari kita perlu mengira gerakan/tendangan bayi sebanyak 10 kali dalam masa 12 jam. Kick chart atau carta tendangan digunakan untuk merekod gerakan bayi dalam kandungan.

Jika kita ada buku merah dari Klinik Kesihatan terdapat dua muka surat carta pergerakan bayi yang boleh digunakan selepas dinasihati nurse. Kita juga boleh merekod gerakan bayi dalam kandungan di dalam buku nota.

Cara Merekod Gerakan Bayi Dalam Kandungan

  • Bermula dari pukul 9 pagi – 8 malam (12 jam), kita pergerakan bayi dalam kandungan sehingga 10 kali pergerakan.
  • Kira gerakan bayi dalam kandungan setiap hari, pada masa yang sama.
  • Pilih waktu bayi bergerak paling aktif. Biasanya selepas kita makan dan berehat.
  • Pastikan bayi tidak tidur. Kita boleh bangunkan bayi dalam kandungan dengan berjalan, menepuk perut atau minum air sejuk.
  • Berehat atau baring di atas sofa/katil dan rekod gerakan bayi pada carta tendangan.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *