Pergerakan Bayi Dalam Kandungan | Bilakah Bayi Dalam Kandungan Bergerak?

Saat mengandung paling indah apabila kita dapat merasa pergerakan bayi dalam kandungan kali pertama. Terasa satu perhubungan sedang terjalin.

Bayi dalam kandungan akan mula menendang, menumbuk, menggeliat, berguling dan berpusing sejak usianya 10 minggu. Tetapi kita tidak dapat rasa gerakan bayi dalam perut kerana saiz bayi yang masih kecil.

Bilakah kita akan rasa pergerakan bayi dalam kandungan?

Bergantung pada individu. Jika kita mengandung kali pertama, mungkin akan rasa gerakan bayi dalam kandungan semasa kandungan 17 minggu ke atas. Tapi jika mengandung kali kedua dan seterusnya, kita akan dapat mengesan gerakan bayi dalam kandungan lebih awal lagi.

Pergerakan Bayi Dalam kandungan

Semasa mengandung anak pertama, saya dapat rasa bayi bergerak ketika 17 minggu. Kali ini saya dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungan semasa 14 minggu!

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Bayi dalam kandungan banyak bergerak dalam trimester kedua berbanding trimester pertama dan ketiga. Kenapa begitu?

Trimester Pertama

Semasa 3 bulan pertama mengandung, bayi memang sudah aktif bergerak. Tapi sebab saiz bayi sangat kecil maka kita tidak dapat merasa gerakan bayi.

Kita hanya boleh melihat pergerakan bayi semasa ultrasound.

Trimester Kedua

Otot bayi menjadi semakin kuat dan sudah mampu menendang, berpusing dan menumbuk.

Pergerakan Bayi Dalam kandungan

Jika anda pernah mengandung sebelum ini atau punya badan yang kurus, anda mungkin boleh rasa gerakan bayi dalam kandung lebih awal.

Saya dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungan semasa usia kandungan 14 minggu. Ketika ini terasa ada getaran dan sesuatu mencucuk dari dalam. Terasa agak pedih dan perit umpama kekejangan otot.

Semakin besar bayi semakin aktif bayi dalam kandungan bergerak. Saya mula merasa bayi ligat berpusing dan menendang. Kadang-kandang terasa seperti libasan angin dan seakan ada letupan belon-belon buih dalam perut.

Sejak minggu ke 20, bayi dalam kandungan akan bergerak lebih kurang 200 kali sehari. Tetapi kita hanya dapat merasa sedikit sahaja daripada semua gerakan ini.

Bayi juga akan mula memberi respons kepada sentuhan tangan di perut. Jika kita menepuk perut bayi pasti akan bertindak-balas. Terutama jika bayi tidak tidur ketika itu.

Gerakan bayi dalam kandungan juga akan lebih aktif semasa kita berehat terutama ketika tidur pada waktu malam. Bayi juga akan bergerak aktif selepas kita makan.

Trimester Ketiga

Semasa kandungan 7 bulan ruang rahim menjadi semakin sempit. Tapi bayi masih ada cukup ruang untung berpusing dan melambung dengan kuat.

Gerakan bayi dalam kandungan ketika ini kadang-kadang boleh buatkan kita rasa terkejut.

Pergerakan bayi dalam kandungan akan berkurangan semasa usia kandungan 8 bulan ke atas. Bayi sudah kurang membuat gerakan akrobatik. Tetapi kita akan lebih merasakan tusukan siku dan lututnya.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pergerakan Bayi Dalam kandungan

Gerakan bayi dalam kandungan yang semakin besar mampu membuatkan kita tersentak dan sakit. Terutama bila kaki bayi terkena rusuk kita. Kita boleh legakan kesakitan dengan mengubahkan posisi badan.

Semasa minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, bayi akan berpusing dengan kedudukan kepala berada dalam mangkuk pelvis. Kita akan merasakan kepala bayi menekan lantai pelvis seperti sebiji tembikai yang bulat dan berat.

Carta Tendangan

Wanita mengandung mesti merekod pergerakan bayi dalam kandungan dengan menggunakan carta tendangan. Kita perlu merekod gerakan bayi dalam kandungan sehingga jumlahnya mencecah 10 kali gerakan setiap hari. Sebaik-baiknya dibuat pada masa yang sama setiapa hari.

Carta tendangan membantu kita memahami pola gerakan bayi dalam kandungan. Jika bayi kurang bergerak atau tiada langsung gerakan, kita perlu cepat-cepat berjumpa doktor.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *