Kencing Manis Semasa Mengandung | Tips Mengelakkan Sakit Semasa Ambil Darah Untuk Blood Sugar Profile (BSP)

Kalau kita disahkan ada kencing manis semasa mengandung, kena buat BSP (blood sugar profile) selang 2 minggu sehingga bersalin. Kalau result BSP asyik melebihi 6.7 confirm kena buat BSP seminggu sekali.

Kalau teruk sangat kena buat BSP setiap hari dan kena cucuk insulin.

Sesiapa yang kena buat BSP memang merana. Sakit jari kena cucuk untuk di ambil darah bagi menyukat paras gula dalam darah.

Blood Sugar Profile

BSP satu atau dua minggu sekali kena cucuk jari 4 kali sehari. Tapi BSP yang kena sekali sehari kena cucuk jari 7 kali sehari. Aduh!

Boleh lebam jari jemari asyik kena cucuk dengan jarum. Bukan pengalaman yang indah semasa mengandung.

Blood Sugar Profile

Saya adalah mangsa yang dikatakan ada kencing manis semasa mengandung. Result MGGT atau ujian minum air gula saya 8.0. Kantoi. Jadi, kena buat BSP dua minggu sekali.

Saya kena buat dalam 11 kali BSP sehingga saya bersalin. Banyak. Sebab saya kena minum air gula semasa mengandung 15 minggu. Masih panjang masa nak bersalin.

v

Bayangkan 11 kali BSP. 4 kali sehari kena cucuk jari. 11 x 4 = 44 kali jari kena cucuk dengan jarum!

Tidak adakah cara nak mengelakkan sakit jari semasa dicucuk untuk ambil darah? Pasti ada.

Mungkin bukan 100% menghilang rasa sakit jari dicucuk jarum semasa BSP. Mungkin hanya dapat mengurang rasa sakit. Tapi itu sudah cukup baik, bukan?

  • Basuh tangan dengan sabun dan air suam – jari akan bersih dan membantu saluran darah mengembang bagi memudahkan darah diambil.
  • Urut jari ke bawah hingga hujung jari – darah akan ditolak ke hujung jari dan akan keluar dengan mudah semasa di cucuk (tanpa perlu dipicit).
  • Elakkan memicit jari bagi mengeluarkan darah – ini sangat menyakitkan. Saya pernah merasainya. Jika perlu lebih darah boleh picit bahagian bawah jari ke atas.
  • Jari di letakkan tergantung ke bawah – darah lebih mudah mengalir ke hujung jari
  • Gunakan lancet (jarum) yang paling halus.
  • Gunakan glucometer yang hanya perlukan sampel darah yang sedikit.
  • Gilirkan jari jemari – jangan gunakan jari yang sama berulang kali.
  • Lembabkan jari dengan pelembab – jari yang kasar akibat sering dicucuk akan mengurangkan pengaliran darah.
  • Jari manis adalah jari yang paling kurang saraf dan paling kurang menyakitkan. Jari telunjuk adalah jari paling banyak saraf dan paling menyakitkan semasa dicucuk.
  • Cucuk jari pada hujung bahagian tepi berhampiran kuku. Bahagian tepi jari ada kurang saraf berbanding tengah jari.
Blood Sugar Profile
  • Gunakan lancet/jarum baru setiap kali. Jarum yang sudah digunakan akan menjadi tumpul dan menyakitkan jika diguna lagi.

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *