Braxton Hicks | Perut Mengeras Semasa Mengandung

Perut tegang dan mengeras semasa mengandung adalah perkara biasa. Keadaan ini dinamakan Braxton Hicks.

Perkataan Braxton Hicks berasal dari nama seorang doktor Inggeris, John Braxton Hicks (1872) yang menjelaskan tentang kontraksi yang berlaku sebelum masa bersalin yang sebenar.

Jangan risau. Braxton Hicks tidak merbahaya. Ia adalah latihan kepada otot rahim sebagai persediaan untuk melahirkan bayi bila tiba masanya.

Perut Mengeras

Braxton Hicks biasanya tidak menyakitkan. Hanya kurang menyelesakan. Tetapi bergantung juga pada daya tahan setiap individu dan juga bila ianya berlaku. Braxton Hicks akan bertambah kerap dan kuat di penghujung kehamilan. Bila ini berlaku ia dinamakan False Labor atau Practise Labor.

Saya pernah alami Braxton Hicks yang kuat dan menyakitkan semasa mengandung anak pertama ketika kandungan 28 minggu. Mungkin Braxton Hicks telah berlaku lebih awal tapi saya tidak pernah rasa sesakit itu. Perut tiba-tiba menegang dan mengeras seperti bebola batu. Nasib baik ia hanya dialami selama 1 minit dan tidak berulang terlalu kerap.

Braxton Hicks atau perut tegang ketika hamil boleh berlaku dari awal trismester kedua.

Otot-otot rahim akan menegang selama 30 saat hingga 2 minit. Kulit perut terasa seolah ditarik dan diregang dengan kuat. Perut pula akan mengeras umpama batu.

Kali ini, saya mula mengalami Braxton Hicks sejak kandungan berusia 18 minggu. Mula-mula ianya tidak menyakitkan. Hanya kurang selesa bila kulit perut menjadi tegang. Rasa kurang selesa hilang bila saya sapukan Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil.

Makin lama Braxton Hicks mula terasa semakin kuat. Kadang-kadang agak menyakitkan terutama apabila bayi dalam kandungan turut sama menendang. Menyapu minyak EMAB masih membantu mengurangkan ketidakselesaan. Saya juga mula berlatih teknik pernafasan HypnoBirthing semasa perut tegang dan mengeras.

Braxton Hicks atau perut mengeras ketika mengandung adalah berbeza dari sakit bersalin kerana ianya:

  • Tidak kerap
  • Tidak sama kekuatan (kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah)
  • Tidak dijangkakan
  • Tidak sakit dan hanya kurang selesa (bergantung pada individu)
  • Tidak bertambah dari segi kekerapan dan kekuatan
  • Hilang dengan cepat

Perut tegang semasa hamil atau Braxton Hicks boleh berlaku apabila:

  • Kita atau bayi dalam kandungan terlalu aktif
  • Pundi kencing penuh
  • Selepas hubungan seks
  • Dehidrasi (kekurangan air)

Cara Mengatasi Perut Mengeras Semasa Mengandung

  • Tukar posisi. Baring jika sedang berdiri. Berjalan jika sedang duduk atau baring.
  • Mandi air panas
  • Minum banyak air

 

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *