Anemia Semasa Mengandung | Masalah Kurang Darah Merah Semasa Hamil

Saya kena buat BSP kali ketiga pada 13 August 2012. Berulang-alik ke Klinik Desa dua minggu sekali sejak hamil 15 minggu memang sangat membosankan. Masa dan cuti terpaksa dikorbankan.

Tapi saya tidak kisah sangat pergi ke Klinik Desa dua minggu sekali. Masih boleh diterima.

Tapi kalau setiap kali pergi pemeriksaan di Klinik Desa Kampung Nenas kemudian dirujuk pula kepada doktor di Klinik Kesihatan Meru atas faktor risiko yang sangat kecil – memang rasa sangat menyampah.

Sudah dua kali hal ini berlaku. Saya rasa sudah malas nak buat pemeriksaan mengandung di Klinik Desa lagi. Terlalu ikut sangat protokol. Tidak boleh guna common sense langsung.

BSP saya kali kedua dibuat dalam bulan puasa. Bacaan pada malam hari agak tinggi. Terus saya diarahkan berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Meru pada esoknya.

Saya sudah menjangka bacaan gula dalam darah yang tinggi selepas berbuka puasa.

Sebab pola pemakanan bulan puasa terutama masa berbuka memang berbeza dari hari biasa. Memang lebih banyak makanan bergula untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa.

  • Makan kurma. Air soya sejuk. Nasi. Kuih. Semuanya ada gula.
  • BSP pula dibuat kurang dari 2 jam seperti kebiasaan.

Saya berjumpa doktor seperti diarahkan tapi hanya dinasihatkan buat BSP lagi dalam 2 minggu. Katanya memang kurang tepat BSP pada bulan puasa. Terbuang cuti saya separuh hari!

Kali ini berlaku lagi. Bukan pasal BSP. Tapi pasal paras hemoglobin atau darah merah. Saya memang ada anemia semasa mengandung. Tapi hanya anemia tahap sederhana.

Semasa buka buku merah (15 minggu mengandung), paras hemoglobin saya 10.8. Memang di bawah paras normal iaitu 11. Tak banyak beza pun. 0.2 sahaja. Tapi sudah kena tanda merah.

Anemia Semasa Mengandung

Hari ini paras hemoglobin saya diperiksa lagi. Masih 10.8. Tidak naik. Tidak turun. Statik sahaja dalam masa sebulan.

Bagi saya tidak ada faktor ancaman di situ. Lain lah kalau paras hemoglobin saya jatuh mendadak dalam masa sebulan.

Tapi saya diarahkan berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Meru lagi. Alasannya, saya kurang darah merah. Perlu dirujuk segera pada doktor.

Hmmm. 10.8 pun nak kecoh-kecoh. Saya dulu mengandung anak pertama darah merah hanya 8.5 dan hanya naik 9.0 hingga akhir mengandung pun tidak kecoh seperti ini.

Memang agak marah. Tapi saya saya tetap ke Klinik Kesihatan Meru.Menyesal pun ada. Bengang yang amat sangat pun ada.

3 jam menunggu hingga kebas bontot. Tapi jumpa doktor tak sampai 1 minit. Lagi angin sebab doktor hanya senyum dan cakap,

“10.8 bagi saya tak perlu risau. Kenapa kamu dirujuk ke sini?”

Arghhh!

Agaknya kalau tekanan darah saya masa itu diambil sudah pasti ianya naik mendadak.

Anemia Semasa Mengandung

Doktor kata dia hanya akan risau kalau paras hemoglobin bawah dari 9. Kalau kes macam saya (borderline case) tidak perlu dirujuk kepadanya.

Hmmm. Saya rasa saya kena menjauhkan diri dari Klinik Desa buat sementara waktu. Kalau ada masalah baik saya terus ke hospital sahaja. Itu lebih baik dan dapat mengurangkan stress saya semasa mengandung.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *