Alahan Semasa Mengandung | Loya Semasa Mengandung 19 Minggu

Hari ini saya sudah mengandung 19 minggu 5 hari. Sudah nak masuk minggu ke 20. Alhamdulillah.

Bangun tidur pagi tadi. Tiba-tiba saya terasa loya yang amat sangat . Alahan mengandung kembali menyerang?

Salah makan semasa sahur tadi? Macam tidak. Sebab saya makan macam biasa – nasi dan ayam goreng serta vitamin-vitamin yang sama diamalkan setiap hari.

Terasa loya dan ingin muntah. Juga pening dan sakit kepala. Dan terasa lapar!

Tapi saya tak dapat berbuat apa-apa. Hari ini saya berpuasa dan berniat untuk teruskan berpuasa. Tapi jika badan tidak bermaya mungkin petang nanti saya berbuka.

Sejak bulan Ramadhan 2012 ini, saya sudah 4 hari meninggalkan puasa. Kebanyakannya adalah pada hari cuti hujung minggu.

Masa cuti saya berada di rumah. Cuaca yang sangat panas menyebabkan saya tidak mampu menahan rasa dahaga yang melampau. Dahaga menyebabkan kepala sakitberdenyut-denyut. Jadi terpaksa berbuka puasa walaupun sudah petang hari.

Saya masih boleh bertahan puasa pada hari bekerja semasa mengandung ini. Sebab di pejabat terpasang hawa dingin dari pagi sampai petang. Suhu sejuk jadi tidak terasa penat dah dahaga.

Apa pun saya bersyukur sebab tidak alami masalah teruk puasa semasa mengandung kali ini. Masih boleh berpuasa. Walaupun ada lubang.

Kalau tidak kena ganti 30 hari puasa!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *