Alahan Mengandung | Loya dan Pening Semasa Mengandung 5 Bulan

Saya sudah mengandung selama 5 bulan (22 minggu). Loya dan pening kembali menyerang dengan hebat. Sepatutnya bila kandungan capai 5 bulan ke atas, alahan mengandung ini akan hilang dan kita akan berselera makan. Tapi, ini sebaliknya.

Semalam saya ke Balifeel, restoran masakan Bali. Perut terasa sangat lapar. Jadi, saya order nasi ayam penyet. Tetapi bau nasi ayam penyet menyebabkan kepala saya bertambah pening.

Saya tidak berselera untuk makan. Terasa loya. Hanya separuh nasi ayam penyet disentuh. Sangat membazir.

Hari ini saya sarapan pagi dengan nasi lemak. Sangat berselera sekali saya makan. Tambahan pula perut sangat lapar di pagi hari.

Setelah sarapan saya makan Iberet Folic yang mengandungi zat besi, vitamin C dan vitamin B yang tinggi.

Tidak lama selepas itu saya terasa loya dan pening.

Saya rasa mungkin disebabkan nasi lemak yang bersambal dan juga Iberet Folic. Semalam pun saya makan Iberet Folic pada waktu pagi. Tidak mengapa. Esok saya akan ubah masa pemakanan Iberet Folic kepada waktu malam (sebelum tidur).

Bayi dalam kandungan juga sangat aktif bergerak disertai perut yang menegang akibat Braxton Hicks. Perut terasa sebu. Loya dan pening umpama baru mengandung.

Berikut ialah jadual pemakanan vitamin semasa hamil yang saya amalkan sebelum ini. Saya kena kembali ikuti jadual ini untuk mengelakkan loya dan pening.

  • Pagi – Iron Folic, Vitamin C, Vitamin B, Salmon Omega 3, Lecithin-E dan Nutri Bifidus
  • Tengahari – Kalsium, Vitamin B
  • Malam – Vitamin C, zat besi Iberet Folic atau Sangobion
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *