Review Produk | Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil

Saya nak kongsi satu produk yang saya gunakan sepanjang kehamilan. Produk ini berasal dari Amerika Syarikat dan ada dipasarkan di Malaysia melalui beberapa kedai online.

Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil adalah produk ajaib untuk saya semasa mengandung. Saya rasa semua wanita mengandung perlukannya!

Jika ada alami ruam (perut atau bahagian lain badan), kulit kering dan gatal, stretch mark pada perut dan peha dan kegatalan pada faraj akibat keputihan dari jangkitan kulat, saya sarankan anda cuba Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil.

Earth Mama Angel Baby

Saya telah gunakan semasa mengandung anak pertama pada 2007 dan masih terus menggunakan untuk kehamilan kali ini.

Kebaikan Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil Untuk Wanita Mengandung

RUAM PADA PERUT (BADAN)

Perut saya yang pertama kali meregang mula ditumbuhi ruam-ruam merah yang gatal semasa memasuki Trimester Kedua. Rasa gatal adalah sangat teruk hingga membuatkan saya menggaru kulit perut tanpa sedar semasa tidur!

Kulit perut saya juga menjadi sangat tegang, pedih dan perit.

Mulanya saya menggunakan Palmer Cocoa Butter yang dibeli di farmasi. Tapi masalah ruam dan kulit perut gatal semakin menjadi-jadi.

Kebetulan pada masa itu saya ada Earth Mama Angel Baby C-Mama Healing Salve yang dibeli untuk hilangkan parut. Sebaik di sapu pada kulit perut, rasa gatal terus hilang.

Saya menyapu C-Mama Healing Salve (khas untuk menyembuhkan luka pembedahan) selama beberapa hari. Tetapi kulit perut terasa pedih seolah-olah ‘terbakar’ dan kemudian menjadi kehitaman.

Saya berhenti menggunakan salve tersebut dan membeli Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil dari kedai online. Bersyukur sangat sebab Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil memang sangat berkesan!

Ia melegakan kegatalan pada perut dan sangat selesa untuk menghilangkan rengsaan akibat kulit perut menegang. Saya terus gunakan Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil sehingga saya selamat bersalin.

Untuk kehamilan kali ini, saya telah bersedia lebih awal dengan Earth Mama Angel Baby Natural Strech Oil.

GATAL BAHAGIAN SULIT (JANGKITAN KULAT)

Beberapa hari lepas bahagian sulit terasa gatal dan bengkak. Kadang-kadang terasa pedih.

Saya berjaya mengurangkan dan seterusnya menghilangkan rasa gatal, bengkak dan pedih dengan menggunakan produk Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil dan New Mama Bottom Spray.

Saya sapukan rata setiap kali selepas mandi. Alhamdulillah. Rasa gatal dan bengkak hilang selepas 1-2 hari.

Walaupun rasa gatal dan bengkak sudah hilang, tetapi saya tetap sapu setiap hari untuk mencegah dari berulang. Lagipun, Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil ini adalah minyak yang sangat sesuai digunakan sebagai perineal massage!

URUTAN PERINEAL (PERINEAL MASSAGE)

Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil juga sangat sesuai digunakan sebagai minyak untuk disapu dan urut perlahan bibir dan lubang faraj (perineum) bagi memudahkan bayi keluar semasa beranak.

Perineal massage adalah sangat penting dilakukan selepas kandungan berusia 34 minggu. Ia dapat mengelakkan perineum terkoyak atau terpaksa digunting (episiotomy) semasa melahirkan anak.

Baca tentang cara-cara membuat perineal massage di sini.

http://suite101.com/article/how-to-do-perineal-massage-a71961

Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil mengandungi bahan-bahan semulajadi yang tidak toksik dan berbau lembut.

  • Vitis vinifera (grape) seed oil
  • Simmondsia chinensis (organic jojoba) seed oil
  • Borago officinalis (organic borage) seed oil
  • Matricaria recutita (organic Chamomile) flower extract
  • Calendula officinalis (organic calendula) flower extract
  • Citrus sinensis (organic sweet orange)
  • Citrus aurantium dulsis (Orange) oil

Maklumat lanjut tentang produk penjagaan semasa mengandung dan selepas bersalin boleh didapati di laman web Earth Mama Angel Baby.

 Nota: Tampalan ini adalah tidak berbayar dan ditulis khas untuk berkongsi produk-produk yang saya pernah gunakan. Harap bermanafaat.

Mana Nak Beli Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil?

Korang boleh beli di kedai online LittleWhiz.com. Klik banner di bawah dan search Earth Mama. Nanti akan terpapar segala produk Earth Mama Angel Baby yang ada dijual di LittleWhiz. Ni favorite online store aku sejak 2009. Trusted online seller!!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *