Pemeriksaan Semasa Hamil | Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) – Minum Air Gula!

10 Julai 2012, Selasa. Saya ke Klinik Desa Kampung Nenas. Buka buku merah. Saya memilih bersalin di hospital kerajaan. Jadi wajib buka buku merah.

Mengandung usia lewat memang banyak risiko. Terutama jika mengandung selepas umur 35 tahun. Macam-macam risiko.

Hmmm. Risiko. Bukan pasti. Hanya risiko. Dibezakan dengan catatan menggunakan pen merah.

  • Umur 38 tahun (> 35)
  • Sejarah keguguran berulang (>3 kali)
  • Sejarah kelahiran dahulu tidak cukup bulan (34 minggu)
  • Darah merah, hemoglobin 10.8 (<11)
  • Sejarah keluarga kencing manis

Bam!!! Terus saya diarahkan buat ujian MGGT – Modified Glucose Tolerance Test di Klinik Kesihatan Meru.

Usia kandungan baru masuk 15 minggu. Sudah kena buat ujian MGGT atau minum air gula. Biasanya MGGT dibuat lepas kandungan berusia 28 minggu. Saya awal-awal sudah kena.

MGGT - Minum Air Gula

Apakah ujian MGGT atau minum air gula?

MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan seperti berikut.

  • Kena berpuasa dari pukul 10 malam
  • Datang ke klinik keesokan harinya mengikut tarikh temujanji pada pukul 8 pagi
  • Darah diambil untuk ujian FBS (Fasting Blood Sugar)
  • Kena minum air gula pekat likat dan tersangat manis (75gm glucose + 250ml air)
  • Tunggu selama 2 jam (sambung berpuasa makan – boleh minum air kosong)
  • Darah diambil untuk ujian 2HPP (two hours post prandial)

*Jika muntah selepas minum air gula, kena ulang semula MGGT!

MGGT - Minum Air Gula

Saya memang tidak suka minum air bancuhan bergula seperti teh dan kopi dan tidak suka makanan manis. Ujian MGGT atau paksaan meminum air gula pekat likat adalah sangat menakutkan!

Air gula bancuhan nurse Klinik Kesihatan Meru adalah tanpa perisa. Air gula tulen berwarna putih. Tetapi saya berjaya habiskan minum air gula dengan 3 kali teguk.

Dua tiga orang yang mula minum air gula sebelum saya masih terhegeh-hegeh menghirup. Tapi saya sudah selesai. Apa rahsianya?

Tips Ujian MGGT atau Minum Air Gula

  • Minum dengan pantas semasa air gula masih suam. Tarik nafas panjang dan teguk 2-3 kali untuk habiskan.
  • Lepas minum terus berkumur bagi hilangkan rasa air gula di tekak.
  • Minum air kosong untuk hilangkan dahaga.

Itu sahaja rahsianya!

Jangan sesekali minum air gula secara perlahan atau sedikit-sedikit. Jika air gula mula sejuk, anda akan mudah terasa loya. Rasa gula akan melekat lama pada tekak. Anda mungkin muntah dan terpaksa ulang ujian MGGT.

Saya minum dengan pantas tetapi rasa gula masih melekat pada tekak. Saya hilangnya rasa gula itu dengan berkumur.

Keputusan Ujian MGGT – Minum Air Gula

Paras gula dalam darah semasa berpuasa (sebelum minum air gula) adalah 5.5. Normal.

Tapi paras gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula ialah 8.0. Lebih dari paras normal 7.7. Kantoi sudah. Ditandakan dengan pen merah!

PARAS NORMAL MGGT

  • Ketika berpuasa < 6.7 mmol/L
  • 2 jam selepas minum air gula  <7.8 mmol/L

MGGT - Minum Air Gula

Berdasarkan keputusan MGGT, saya dikatakan berisiko mendapat GDM – Gestatitional Diabets Mellitus atau kencing manis semasa mengandung.

GDM adalah bersifat sementara (semasa mengandung sahaja) kerana perubahan hormon menyekat keberkesanan hormon insulin meneutralkan gula dalam darah.

Kerana risiko GDM saya kena buat BSP – Blood Sugar Profile setiap 2 minggu sekali sehingga bersalin!!!

MGGT - Minum Air Gula

Saya juga kena mengikuti ceramah pemakanan oleh Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Adooi.

BSP bertujuan untuk memantau paras gula dalam darah. Ujian darah menggunakan glukometer kena dibuat 4 kali sehari.

PARAS NORMAL BSP

  • Ketika berpuasa < 5.6 mmol/L
  • 2 jam selepas makan <6.7 mmol/L

Hmmm. Agak menyusahkan tapi ada kebaikan. Jika paras gula semasa BSP melebihi 6.6, pasti ditandakan dengan pen merah.

Jika ada merah nanti kena buat BSP seminggu sekali pulak!!!

Sakit tau jari asyik kena cucuk dengan jarum. Huwaaaa.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *