Pemeriksaan Semasa Hamil | Klinik Desa Kampung Nenas

Hmmm. Buku merah. Bagaimana saya boleh ‘terjebak’ dengan buku merah klinik kesihatan ni?

Begini. Masa mengandung anak pertama saya alami moderate anemia dan placenta previa. Kes saya dirujuk dari LPPKN ke Hospital Sungai Buloh semasa kandungan 16 minggu.
.
Saya terus ke Hospital Sungai Buloh berbekalkan surat rujukan LPPKN. Tapi kena reject sebab tak ada buku merah. Buku merah WAJIB ada jika ke hospital kerajaan. Oh.. begitu.

Terpaksa saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk membuka buku merah. Tapi bila sudah buka buku merah bermula pula cerita lain. Kena ulang-alik buat pemeriksaan semasa mengandung di klinik kesihatan.

Memang percuma. Tapi sangat meletihkan. Cuti juga banyak habis.

Kini saya mengandung lagi. Ikutkan hati malas rasanya nak buka buku merah awal-awal. Leceh kerana banyak pemeriksaan rutin. Kena cuti pulak tu.

Tapi sejak awal mengandung 6 minggu, suami sudah bising. Bila nak buka buku merah?

Minggu demi minggu. Saya tangguhkan. Kandungan masuk minggu 15 baru saya ke Klinik Desa Kampung Nenas.

Klinik Desa Kampung Nenas

Kerana banyak faktor risiko (umur >35, emak ada kencing manis, sejarah keguguran berulang), saya kena buat ujian MGGT – minum air gula!

Kantoi pulak tu sebab selepas 2 jam paras gula melebihi 7.7 iaitu 8.0. Hanya lebih 0.3. Tapi sudah kena buat BSP (blood sugar profile) 2 minggu sekali!

Bosannya. Sekarang saya kena ulang-alik ke Klinik Desa Kampung Nenas 2 minggu sekali sehingga saya bersalin. Berapa kali lagi tu? Ada dalam11 kali lagi!!

Risau. Bengang. Cuti saya bukannya ada banyak. Terpaksa cover dengan MC agaknya.

Hmmm. Tarik nafas. Lepas. Syukur. Alhamdulillah.

Kandungan sihat. Itu yang penting. Ulang alik ke Klinik Desa Kampung Nenas pun tak apalah. Bukan selalu pun saya mengandung. Pengalaman buat MGGT dan BSP boleh dikongsi dalam blog. Ada hikmah sebalik segala kejadian.

Klinik Desa Kampung Nenas. Di mana? Terletak di Jalan Kopi, Meru. Rumah saya tak jauh dari situ.

Sudah tentu tidak secanggih Klinik Kesihatan Sungai Buloh atau Klinik Kesihatan Meru. Jauh langit dari bumi. Tidak ada makmal. Tidak ada pemapar nombor giliran berkomputer. Tidak ada mesin ultrasound.

Klinik Desa Kampung Nenas

Sebahagian Klinik Desa Kampung Nenas berlantai kayu jarang. Pesakit menunggu duduk bersimpuh. Pemeriksaan kesihatan semasa hamil paling santai!

Klinik Desa Kampung Nenas

Malah tandas pun berada di luar. Macam rumah di kampung tahun 70-80 an. Sangat klasik!

Klinik Desa Kampung Nenas

Klinik Desa Kampung Nenas tiada kemudahan seperti klinik kesihatan yang besar. Jadi ada hari-hari tertentu dikhususkan untuk pendaftaran dan pemeriksaan. Jangan datang sebarang hari. Nanti kena datang lagi!

Klinik Desa Kampung Nenas

  • Isnin – Pemeriksaan ibu mengandung terutama bagi yang kena buat BSP – blood sugar profile. Klinik di buka hingga 8.30 malam untuk BSP. Update 27/9/12: Sekarang BSP tidak lagi dibuat pada hari Isnin. Sudah ditukar pada hari Selasa sebab doktor sendiri nak check ibu mengandung yang ada tag kuning. Jadi, tak ada lah buang masa asyik kena rujuk ke doktor di Klinik Kesihatan Meru. Patut dah lama buat macam ni tau.
  • Selasa – Pendaftaran buku merah dan pemeriksaan ibu mengandung. Staff nurse datang hari Selasa untuk buka buku merah dan ambil sampel darah untuk pelbagi ujian. Doktor juga ada pada hari ini. Update 27/9/12: Pemeriksaan ibu mengandung terutama bagi yang kena buat BSP – blood sugar profile. Klinik di buka hingga 8.30 malam untuk BSP.
  • Rabu – Jumaat – Pemeriksaan bayi dan kanak-kanak
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *