Pemeriksaan Semasa Hamil | Apakah BSP (Blood Sugar Profile)?

Saya telah kantoi ujian MGGT (minum air gula). Paras gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula ialah 8.0 (normal 7.7). Tak banyak beza tapi sudah dianggap berisiko mendapat kencing manis semasa mengandung.

Bila ujian MGGT kantoi maka terpaksa buat BSP (Blood Sugar Profile) 2 minggu sekali! Semua yang kantoi WAJIB buat. Tak boleh mengelat.

BSP memang menyusahkan bagi saya yang bekerja. Lebih-lebih lagi saya kena buat BSP sejak 15 minggu mengandung sehingga bersalin. 11 kali kena buat BSP. Habis semua cuti!

Blood Sugar Profile

Prosedur buat BSP:

  • Puasa dari pukul 10 malam hari sebelumnya
  • 8 am – ambil darah
  • Sarapan
  • 10 am – ambil darah
  • Makan tengahari
  • 2 pm – ambil darah
  • Minum petang/makan malam
  • 8 pm – ambil darah

*Selepas makan kena puasa 2 jam sebelum BSP berikutnya (tidak boleh makan/minum kecuali air kosong dalam masa 2 jam sebelum BSP)

Semasa hari BSP kena ulang-alik ke klinik desa atau klinik kesihatan untuk uji paras gula dalam darah. 4 kali jari akan dicucuk untuk diambil darah!!

Saya sangat risau sebab kena ambil banyak kali cuti untuk BSP. Cuti saya tidak tinggal banyak. Apa saya patut buat?

Nurse kata pagi hari BSP wajib datang klinik kerana BSP dibuat bersama pemeriksaan perut. 8 dan 10 pagi BSP buat di klinik desa.

Blood Sugar Profile

BSP pada waktu petang dan malam boleh di buat di klinik swasta atau boleh buat sendiri jika ada glucometer.

Glucometer adalah alat mengukur gula dalam darah termasuk jarum dan lancet untuk mengambil darah dari jari. Suami saya ada alat ini!

BSP saya kali pertama ialah pada 16/7/2012 (ada lagi 10 kali BSP kena lakukan!). Pagi-pagi saya ke Klinik Desa Kampung Nenas. Bacaan pada pukul 8 pagi ialah 5.0.

Sementara menunggu pukul 10, saya makan sekeping roti high fiber dan minum air mineral. Bacaan BSP saya naik 5.5.

Cepatnya naik? Memang. Sebab nurse lambat ambil darah saya pagi itu. Bacaan pukul 8 pagi adalah ujian darah yang dibuat pada pukul 9 pagi. Maka saya ada hanya sejam sebelum BSP pukul 10.

Tidak mengapa. Masih bacaan BSP yang normal.

PARAS NORMAL BSP

  • Ketika berpuasa < 5.6 mmol/L
  • 2 jam selepas makan < 6.7 mmol/L

BSP pukul 2 petang saya buat di klinik swasta berhampiran tempat kerja. Kena bayar RM20! Sangat costly untuk buat BSP di klinik swasta.

Blood Sugar Profile

Malamnya saya ke Klinik Desa Kampung Nenas kerana glucometer suami kehabisan jarum.

Bacaan BSP saya. Selamat. Normal. Alhamdulillah.

Blood Sugar Profile

 

Sekali kantoi MGGT maka kena buat BSP 2 minggu sekali. Kalau result BSP pun kantoi kena buat BSP seminggu sekali!

Kalau result BSP sentiasa lebih dari 6.7, mungkin kena suntik insulin 3 lagi sehari. Lagi menyeksa dan menyusahkan diri.

Jadi kena kurangkan makanan bergula dan berkanji. Banyakkan makan sayuran, buahan dan bijirin. Rajinkan diri bersenam secara ringan.

Apa yang saya makan pada hari BSP tersebut?

  • Sarapan – sekeping roti high fiber dengan sedikit air mineral
  • Makan tengahari – nasi dengan ayam goreng, sayur lemak labu, tempe dan separuh epal hijau
  • Makan malam – kueteow goreng, telur dadar , air jus epal hijau dan sedikit air kulit kayu manis.

Hmmm. Saya makan macam biasa. Cuma sarapan tu agak ringan sebab terpaksa bersarapan di klinik.

Petua mengurangkan paras gula dalam darah. Ada banyak petua untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Tetapi kebanyakannya tidak sesuai untuk ibu mengandung. Epal hijau dan minuman kulit kayu manis boleh diamalkan dalam kadar sederhana.

  • EPAL HIJAU. Mungkin boleh membantu mengurangkan gula dalam darah.
  • KULIT KAYU MANIS. Ada kajian dapati kulit kayu manis atau cinnamon dapat membantu insulin bekerja lebih berkesan. Saya beli serbuk kayu manis dan bancuh separuh sudu teh dengan air suam. Minum selepas makan. Sangat menyegarkan.

Serbuk Kulit Kayu Manis

Insyaallah. Berkesan!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *