Review Produk | Baby Sound Fetal Doppler

Baru-baru ini saya beli Baby Sound Fetal Doppler secara online dari kedai di Facebook. Sudah lama mencari Fetal Doppler yang kecik dan senang dibawa macam ini.

Kegunaan Baby Sound Fetal Doppler adalah untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Jadi, boleh kita dengar dan pantau degupan jantung bayi bila-bila masa kita suka.

Baby Sound Fetal Doppler ini ada dua jenis. Type A (RM190) tanpa digital display dan Type B (RM230) dengan digital display. Saya beli Type B sebab malas nak kira kadar degupan secara manual.

Baby Sound Fetal Doppler

Type B mempunyai LCD yang akan memaparkan kadar degupan jantung per minit bayi dalam kandungan secara automatik.

Baby Sound Fetal Doppler

Saya dapat Baby Sound Fetal Doppler berwarna pink, earphone, ultraosound gel dan audio recording cable.

Saya menggunakan Baby Sound Fetal Doppler buat kali pertama masa kandungan 11 minggu. Memang ada terdengar degupan jantung tapi saya rasa itu adalah degupan jantung saya sendiri. Sebab saya ada terdengar lagi satu degupan jantung yang lebih pantas pada masa yang sama. Mesti itu degupan jantung bayi saya!

Degupan jantung saya berbunyi dup dup dup dup (ada jarak antara bunyi) tapi degupan jantung bayi dupdupdupdup. Tapi saya hanya dapat dengar sekali sahaja. Lepas tu susah nak jumpa balik degupan itu. Mungkin bateri sudah lemah sebab hampir setengah jam saya menggunakannya secara berterusan.

Baguskah Baby Sound Fetal Doppler ini?

Hmmm… saya kurang suka pada Baby Sound Fetal Doppler ini.

  • Degupan jantung hanya boleh didengar menggunakan earphones. Agak menyakitkan telinga semasa mencari bunyi degupan. Sangat tidak suka!
  • Tidak dapat tengok digital display semasa menggunakannya. Sebab probe (muncung alat pengesan) dan digital display adalah terletak pada satu alat yang sama. Semasa mengesan degupan jantung memang tidak dapat tengok langsung digital display walaupun menggunakan cermin. Sangat tidak user friendly.
  • Probe (muncung alat pengesan) sangat pendek dan menyakitkan kulit perut.

Baby Sound Fetal Doppler

Jika anda tetap ingin membeli Baby Sound Fetal Doppler, saya cadangakan beli saja Type A tanpa digital display. Kalau beli Type B, seseorang perlu membantu anda mengesan degupan jantung bagi melihat kadar degupan di digital display.

Baby Sound Fetal Doppler

Saya lebih suka jika dapat Sonoline B Fetal Doppler. Sebab probe (muncung alat pengesan) adalah berasingan dari badan digital display – maka kita sendiri boleh tengok kadar degupan di monitor. Bunyi degupan jantung boleh didengar tanpa perlu menggunakan earphones sebab ada built-in speaker.

Baby Sound Fetal Doppler

Hmm.. mana nak dapat Sonoline B Fetal Doppler ni? Akan diusahakan!

Baby Sound Fetal Doppler

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • june says:

    salam,
    kalau nak cari poket fetal doppler,
    saya ada jual rm180,

    kalau nak info,blh pm sy,nti sy htr gambar.

    • aza says:

      Saya berminat..leh tak wssupkn ke saya gmbarnye..
      Pn aza 017-6216447
      (Nk beli poket fetal doppler)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *