Mengidam | Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk

Kandungan saya sudah masuk minggu ke 13. Alhamdulillah. Alahan mengandung seperti loya, mual, mengantuk dan keletihan sudah semakin berkurangan. Masih ada tapi tidak seteruk minggu-minggu awal kehamilan.

Mengidam! Banyak betul makanan yang saya teringin nak makan. Bila rasa teringin itu datang sampai boleh kecur air liur. Kalau boleh nak makan masa itu juga!

Hari itu saya mengidam asam boi dan ikan cencaru masin. Sudah dapat dan setelah dua-tiga kali makan saya tidak teringin lagi. Sudah puas.

Sekarang saya tengah hebat mengidam masakan Pantai Timur (Kelantan/Terengganu). Teringin nak makan nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk yang sering di makan masa saya kecil dahulu. Saya mahu yang asli dan dimasak oleh orang Pantai Timur sendiri.

Nasi Kerabu

Tiba-tiba terbayang kesedapan nasi kerabu buatan emak saya. Masa saya kecil dahulu, saya sering disuruh untuk ke tepi hutan bagi memetik ulam-ulaman nasi kerabu. Masih terbau aroma daun-daun muda Pucuk Serai Kayu dan Pucuk Putat yang baru dipetik dan dihiris halus. Nostalgia sungguh!

Terbayang juga kesedapan nasi berlauk yang menjadi santapan pagi semasa kecil. Nasi berlauk adalah nasi putih yang dimakan bersama sambal dan gulai ayam kuning. Masakan ringkas yang mampu membuatkan saya kecur air liur bila teringatkannya.

Beberapa minggu lepas saya meminta kakak saya memasak nasi dagang. Tapi tidak dapat dipenuhi permintaan saya. Sebab proses memasak yang agak leceh. Nasib baik saya sudah merasa makan nasi dagang yang dibeli suami. Walaupun rasanya kurang sedap tapi sudah cukup untuk mengurangkan rasa teringin saya ini.

Nasi kerabu biru asli menggunakan pewarna bunga Telang dimakan bersama ulam pucuk serai kayu dan pucuk putat. Memang susah nak dapat pada hari ini. Kebanyakan nasi kerabu sekarang menggunakan pewarna buatan dan berulamkan kubis dan timun. Nasib baik bunga kantan masih digunakan.

Hari ini saya sangat puas hati kerana dapat makan nasi kerabu biru!

Walaupun nasi kerabu ini bukan 100% menggunakan ramuan asli tetapi rasanya masih sedap. Saya beruntung kerana ada gerai menjual masakan Pantai Timur berhampiran pejabat. Setiap hari saya singgah di situ untuk membeli sarapan dan bekalan makan tengahari daripada penjual berasal dari Kelantan itu. Ada nasi kerabu biru, nasi berlauk dan nasi dagang!

Nasi Kerabu

Nasi kerabu adalah nasi yang kaya dengan ulam-ulaman. Ia perlu digaul rata dengan ulam, sambal tumis dan sambal kelapa sebelum dimakan. Sangat sedap!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *