Gambar Scan Bayi Dalam Kandungan | Ultrasound Minggu 11 Mengandung

Saya pernah alami dua kali keguguran pada minggu 10/11 *missed miscarriage*. Jadi saya agak kerisauan bila kandungan kali ini masuk minggu ke 11.

Walaupun kandungan kali ini disahkan ‘viable’ atau berkembang selari dengan usia kandungan (rujuk imbasan ultrasound minggu 8) dan berbeza dengan dua kandungan yang gugur sebelum ini, rasa risau tetap ada.

Dua kandungan yang disahkan missed misscariage menunjukkan gestational sack (kantung bayi) langsung tidak membesar. Pada minggu 10/11, kantung hanya berukuran 4/5 minggu. Memang jelas kandungan itu tidak menjadi dan menunggu masa untuk gugur.

Tapi kali ini, gambar ultrasound minggu ke 8 menunjukkan kantung adalah selari dengan usia kandungan. Malah fetal pole atau fetus yang mula membentuk seperti biji kekacang juga jelas kelihatan.

Saya ke Klinik Puteri Anwar Meru untuk jalani imbasan ultraosound. Saya ingin mengesahkan bahawa kandungan saya sihat dan membesar dengan baik. Saya juga perlukan gambar ultraosound sebagai pengesahan sebelum mendaftar di klinik kesihatan.

Imbasan Ultrasound 11 Minggu

Bayi saya kelihatan dengan jelas dalam skrin ultraosound. Mula-mula dia kelihatan diam tetapi kemudian mula bergerak-gerak. Malah bayi saya memusingkan badan ke belakang seolah-olah tidak suka privasinya diganggu!

Sangat comel dan mengujakan. Anak saya Izzah juga melihat adiknya di skrin ultrasound dan menjerit kegembiraan. Syukur pada Allah.

Ukuran bayi saya pada usia 11 minggu ialah 38 mm *ukuran dari kepala ke punggung*. Tarikh jangkaan bersalin saya beranjak dari 4hb Januari 2013 kepada 2hb Januari 2013.

Alhamdulillah.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *