Alahan Mengandung | Masalah Jerawat Semasa Mengandung

Jerawat mula menghiasi muka saya. Hmm. Saya tidak pernah alami masalah jerawat sebegini teruk sebelum mengandung. Jerawat hanya muncul 1-2 biji di muka menjelang haid. Kemudian hilang dengan berakhirnya haid.

Tapi sejak 8 minggu mengandung, jerawat meriah sungguh!

Terutama pada bahagian tepi muka yang ditutupi tudung. Sangat gatal dan bengkak. Ada juga sebiji jerawat batu di dagu. Jerawat nasi yang kecil dan banyak juga terdapat di dahi. Terasa diri sangat hodoh dan comot.

Jerawat

Sejak mengandung kali ini, saya langsung tidak menyentuh alat solek. Bedak asas, pembayang mata, eyeliner serta gincu bibir langsung tidak digunakan. Tidak ada keinginan langsung untuk bersolek.

Saya hanya sapukan pelembab dan sedikit bedak sebelum ke pejabat. Kadang-kadang langsung lupa.

Tetapi jerawat makin meriah pula walaupun tanpa solekan. Kenapa begitu?

Sudah tentu kerana perubahan hormon. Masalah jerawat semasa mengandung berkait rapat dengan paras hormon androgen yang semakin tinggi.

Hormon androgen merangsang pengeluaran minyak muka yang berlebihan sehingga muncul masalah jerawat semasa hamil. Biasanya masalah jerawat semasa mengandung muncul seawal trimester pertama dan akan hilang selepas melahirkan anak. Tapi ada juga yang terus mengalaminya!

Bagaimana nak hilangkan jerawat semasa mengandung?

Mudah saja.

  • Pastikan muka sentiasa dibersihkan. Pilih pencuci muka sesuai untuk kulit sensitif kerana semasa mengandung kulit muka akan berubah menjadi lebih sensitif.
  • Minum lebih banyak air mineral dan makanan berserat tingg
  • Jangan amalkan memegang kulit muka dan jangan menyentuh jerawat dengan jari. Bakteria yang banyak pada jari jemari akan memburukkan lagi masalah jerawat semasa mengandung.
  • Jangan gunakan ubat jerawat yang biasa digunakan seperti Oxy 10 dan sebagainya itu. Sebab ubat jerawat komersil mengandungi bahan kimia yang sangat merbahaya kepada bayi dalam kandungan.

Sebaiknya dapatkan nasihat doktor jika masalah jerawat semasa mengandung adalah sangat teruk. Juga pastikan ubat jerawat yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia berikut:

  • Accutane – boleh menyumbang pada keguguran dan cacat yang parah pada bayi.
  • Retinoid topikal Differin (adapalene), Tazorac (tazarotene), dan Retin-A (tretinoin).
  • Tetrasiklin – boleh mengganggu pertumbuhan tulang dan discolor gigi pada janin.

Sebaiknya cuba hilangkan jerawat semasa mengandung menggunakan ubat dari bahan organik dan semulajadi.

Saya gunakan pencuci muka dan juga minyak Tea Tree Oil dari Thursday Plantation Australia. Boleh didapati di Farmasi Guardian.

Tea Tree Oil

Tea Tree Oil adalah selamat diguna secara luaran semasa mengandung. Saya rasa minyak Tea Tree memang sangat berkesan untuk hilangkan jerawat semasa mengandung.

Mungkin kerana kandungannya 100% Tea Tree Oil asli bersifat antiseptik, antifungal dan antibakteria.

Tea Tree Oil

Saya tidak perlu sapu banyak. Hanya sedikit pada malam hari selama 1-2 hari. Jerawat akan kering dengan sendiri. Bengkak dan rasa gatal juga terus hilang. Jerawat akan hilang tanpa kesan parut. Alhamdulillah.

Tapi awas jika kulit muka sangat sensitif. Jangan sapu terlalu banyak kerana minyak Tea Tree asli boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Kandungan Thursday Plantation Tea Tree Oil ini ialah Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil dan Limonene. Nama saja Tea tapi tidak mengandungi teh ya.

Jika anda tidak mengandung, Tea Tree Oil juga berguna untuk:

  • Luka kecil pada tangan
  • Gigitan serangga
  • Sunburn
  • Merawat sore throat – larutkan 5-6 titik dalam air suam dan gunakan untuk berkumur sebelum tidur
  • Merawat selsema – larutkan dalam air panas dan hidu wapnya
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *