Alahan Mengandung | Keputihan, Gatal dan Bengkak Kemaluan

Semasa saya mengandung anak pertama 4 tahun lepas, saya alami masalah keputihan yang sangat teruk. Ia adalah jangkitan kulat (fungal) yang menyebabkan keluar keputihan seumpama ketulan susu basi atau bedak pekat bercampur air. Kadang-kadang berbau, kadang-kadang tidak.

Saya ingat keputihan seperti itu adalah biasa pada wanita mengandung. Jadi, saya tidak memberitahu doktor. Saya hanya memakai panty liner kain dan menukarkannya dengan kerap. Tidak ada rasa gatal pada kemaluan.

Semasa kandungan berusia 34 minggu, air ketuban saya telah pecah. Doktor memberitahu saya ada keputihan yang teruk apabila melakukan pemeriksaan vagina (VE – vaginal examination).

Rupa-rupanya saya telah alami jangkitan kulat Candida Albicans pada kemaluan semasa mengandung. Sepatutnya saya mendapatkan rawatan antibiotik dari doktor bagi menghilangkan keputihan akibat jangkitan kulat tersebut.

Selepas melahirkan anak melalui pembedahan, masalah keputihan tersebut hilang dengan sendiri. Tetapi saya mengalami rasa sakit yang amat sangat (pedih dan perit dalam vagina) semasa bersama dengan suami buat kali pertama selepas pantang. Mungkin itu adalah kesan yang ditinggalkan jangkitan kulat dan keputihan semasa saya mengandung. Nasib baik rasa sakit hilang selepas dua hari.

Kandungan saya kali ini sudah masuk 13 minggu. Alhamdulillah, saya tidak alami masalah keputihan yang teruk seperti kandungan pertama dahulu.

Masih ada masalah keputihan semasa mengandung tetapi ianya sangat sedikit. Saya sentiasa mencuci kemaluan dengan air bersih dan pencuci khas berasaskan daun sireh.

Saya juga menggunakan panty liner Libresse semasa siang hari dan kerap menukar seluar dalam pada waktu malam. Saya juga berhati-hati semasa mencuci dubur supaya bakteria pada dubur tidak singgah di kemaluan yang boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing.

Beberapa hari lepas saya terasa kemaluan gatal dan bengkak. Kadang-kadang terasa pedih. Terdapat lelehan kuning dari faraj tetapi jumlah sangat sedikit.

Saya berjaya mengurangkan dan seterusnya menghilangkan rasa gatal, bengkak dan pedih pada kemaluan dengan menggunakan produk Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil dan New Mama Bottom Spray.

Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil

Sebenarnya saya memang suka menggunakan produk Earth Mama Angel Baby sejak saya mengandung anak pertama pada tahun 2007. Saya gunakan EMAB Natural Stretch Oil untuk hilangkan ruam, rasa gatal dan pedih pada perut yang pertama kali membesar. Memang sangat berkesan!

Kini saya gunakan EMAB Natural Stretch Oil untuk hilangkan rasa gatal, bengkak dan pedih pada kemaluan. Ternyata sangat berkesan!

EMAB New Mama Bottom Spray pula saya gunakan selepas membuang air besar untuk melegakan keperitan akibat sembelit. Sangat selesa dan nyaman.

Mana Nak Beli Earth Mama Angel Baby Natural Stretch Oil?

Korang boleh beli di kedai online LittleWhiz.com. Klik banner di bawah dan search Earth Mama. Nanti akan terpapar segala produk Earth Mama Angel Baby yang ada dijual di LittleWhiz. Ni favorite online store aku sejak 2009. Trusted online seller!!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *