Alahan Mengandung | Hamil Minggu ke 12 dan Masih Loya dan Pening

Saya sudah mengandung selama 12 minggu. Alhamdulillah.

Usia bayi dalam kandungan sudah hampir 3 bulan. Saya juga hampir menamatkan Trimester Pertama dan bakal memasuki Trimester Kedua kehamilan.

Tapi alahan semasa mengandung semakin kuat. Petanda baik bahawa bayi dalam kandungan sedang membesar dengan sihat dan sempurna.

Mengandung

Berikut ialah alahan semasa mengandung yang saya sedang alami.

  • Bau nasi yang sedang ditanak adalah sangat busuk. Nasib baik saya tetap boleh makan nasi selepas masak.
  • Bencikan daging ayam walau dimasak dengan apa cara sekalipun. Pandang pun tak ingin.
  • Tidak boleh makan makanan berkuah santan – kari dan kurma memang tidak boleh tengok. Rasa macam geli pun ada.
  • Air mineral atau air masak kosong adalah sangat payau.
  • Air bancuhan macam air milo pula sangat meloyakan.
  • Rasa mengantuk sepanjang masa sudah berkurangan tapi masih belum hilang.
  • Rasa sangat sangat sangat penat dan letih. Terutama lepas balik kerja.
  • Kerap kencing tapi ini sudah biasa lah.
  • Kerap rasa lapar dan akan sakit kepala berdenyut-denyut jika lambat makan bila rasa lapar.
  • Kulit muka jadi berminyak dan mudah berjerawat.

Hmm… teruk juga alahan semasa mengandung kali ini. Tapi saya bersyukur kerana alahan yang dialami semasa mengandung alah petanda baik untuk bayi dalam kandungan.

Alhamdulillah.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *