Mengandung | Ujian Kehamilan Dip & Tell Positif Pada Waktu Malam{May 2012}

Saya masih belum memberitahu suami berita gembira tentang kehamilan saya ini. Hati risau takut kecewa lagi. Tapi suami seolah-olah dapat menghidu ada bayi dalam rahim saya.

Dia bertanyakan tentang kedatangan haid saya. Saya senyum. Dia pun ketawa. Alhamdulillah.

Hari ini saya terasa ingin membuat ujian kehamilan sekali lagi. Kelakar. Semacam ketagih dengan ujian kehamilan. Agaknya orang yang susah mengandung memang hobinya membuat ujian kehamilan.

Bila ujian kehamilan positif masih belum seratus peratus percaya dan akan diulangi ujian kehamilan beberapa kali. Saya pun sama!

Untuk kehamilan kali ini, saya sudah dua kali membuat ujian kehamilan.

  • 1 May 2012 – 7.30 pagi – Dip & Tell
  • 5 May 2012 – 5.30 pagi – Clear Blue Non Digital

Hari ini saya buat ujian kehamilan pada waktu malam!

Ujian kehamilan digalakkan buat pada awal pagi (sebaik lepas bangun tidur) sebab kandungan hormon HCG adalah paling tinggi pada masa ini. Tapi saya ingin pastikan yang hormon HCG saya adalah berada pada paras tinggi setiap masa.

Kerana ini memastikan bahawa kandungan saya membesar dengan baik diiringi dengan peningkatan HCG setiap hari, tidak kira masa.

Ujian Kehamilan Positif

Saya gunakan ujian kehamilan Dip & Tell pada pukul 8.30 malam. Jalur positif yang sangat terang terus kelihatan dalam masa beberapa saat.

Ujian Kehamilan Positif

Hati saya melonjak gembira. Alhamdulillah.

Jalur positif lebih terang daripada ujian yang dilakukan pada 1 May 2012. Malah jalur positif sama terang dengan jalur penanda.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *