Gambar Scan Bayi Dalam Kandungan | Mengesahkan Kandungan Dalam Rahim

Beberapa orang kawan saya pernah alami kandungan ektopik iaitu hamil di luar rahim. Biasanya berlaku dalam saluran falopian dan hanya disedari bila terasa kesakitan yang amat sangat bila saluran falopian pecah.

Malah mereka tidak boleh berjalan dan hampir terkena strok. Akibatnya, saluran falopian terpaksa dibuang melalui pembedahan. Berita yang pahit untuk diterima terutama bagi mereka yang susah mengandung. Peluang untuk hamil tinggal 50% sahaja dengan hanya satu saluran falopian yang tinggal.

Saya juga risau tentang risiko kehamilan luar rahim. Jadi, saya ke Klinik Mediviron Bangsar South untuk mengesahkan kehamilan saya.

Scan Kandungan 8 Minggu

Alhamdulillah. Kandungan saya berada di dalam rahim. Satu risiko telah dihapuskan.

Saya suka dengan sikap profesional Dr Daniel Klinik Mediviron The Sphere, Bangsar South ini. Dia melakukan scan dengan lembut tanpa menekan perut saya dan juga menjelaskan bagaimana melihat skrin imbasan di hujung kaki saya.

Scan Kandungan 8 Minggu

Saya dapat lihat dengan jelas satu gestational sack (kantung) dan satu objek putih umpama kacang kecil dalam kantung. Dr Daniel kata mesin scan yang digunakan bukan jenis high resolution jadi imej tidak berapa jelas. Malah bladder (pundi kencing) saya tidak penuh jadi agak sukar mendapatkan imej fetal pole bayi yang jelas buat masa ini.

Scan Kandungan 8 Minggu

Dr Daniel mengukur kantung bayi dan mengesahkan ukuran kantung adalah selari dengan usia kandungan saya iaitu 8 minggu 0 hari. Alhamdulillah!

Sebelum ini saya agak pelik kenapa mesin imbasan (abdominal scan) kebanyakan hospital/klinik tidak dapat memberikan imej yang jelas pada usia kandungan 7-8 minggu. Sebab saya dapat melihat imej bayi yang jelas beserta denyutan jantung semasa mengandungkan Izzah pada 7 minggu 4 hari.

Scan Kandungan 8 Minggu

Kini baru saya faham. Ia bergantung kepada jenis mesin imbasan. Mesin scan di LPPKN yang fokus pada rawatan kesuburan sudah tentu adalah jenis yang high resolution dan canggih. Sebab itu ia boleh mengimbas telur-telur dalam ovari dan mengesan bayi pada minggu awal kehamilan.

Mesin scan di LPPKN juga adalah jenis transvaginal iaitu imbasan melalui vagina jadi ianya lebih jelas. Mesin scan di klinik dan hospital biasanya adalah abdominal iaitu imbasan melalui perut. Sudah tentu kurang jelas semasa di awal kehamilan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *