Alahan Mengandung | Mengantuk Sepanjang Masa

Saya mengantuk. Teramat sangat. Sepanjang masa!

Masa berjalan pun saya hampir tertidur. Masa memandu kereta pun sama. Terpaksa saya memasang radio dengan kuat untuk elak daripada tertidur. Memang sangat teruk.

Saya juga rasa mengantuk semasa bekerja. Terpaksa saya mencuri-curi tidur beberapa minit. Tetapi rasa mengantuk tetap ada. Rasa nak ambil cuti dan balik tidur!

Rasa penat dan mengantuk yang keterlaluan adalah salah satu jenis alahan mengandung. Perkara ini biasa berlaku pada wanita hamil semasa trimester pertama.

Mengantuk

Rasa mengantuk di awal kehamilan menunjukkan kandungan sedang berkembang dengan baik. Tahap hormon progesterone yang meningkat dengan cepat dalam badan menyebabkan badan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Paras hormon progesterone yang meningkat menyebabkan badan meningkatkan bekalan darah, paras gula dalam darah dan melaraskan metabolisma badan. Badan bekerja lebih masa dan menyebabkan kita rasa penat dan mengantuk.

Peningkatan paras hormon progesterone bukan sahaja menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan, malah ia menyebabkan kepeningan, kembung perut dan mudah terkena jangkitan kulat (keputihan dan sebagainya).

Biasanya rasa mengantuk dan letih akan beransur hilang selepas minggu ke 12. Harapnya saya akan kembali bertenaga setelah masuk trimester 2 nanti. Ameen.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *